Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Umar Hamzah, Lee CR, Abd. Ghani Rafek
    Sains Malaysiana, 2007;36:1-8.
    Empat puluh sampel batuan granit berbutir kasar daripada Kuala Kubu Bharu telah dikumpulkan daripada 14 lokaliti di sepanjang singkapan jalan daripada Taman Bukit Bunga hingga ke kampung Pertak. Sampel-sampel teras selinder dan blok empatsegi telah disediakan daripada sampel lapangan tersebut untuk menjalani ujian halaju sonik dan mekanik setelah pengukuran beberapa sifat fizik. Nilai purata porositi berkesan sampel-sampel tersebut ialah 1.33 % manakala purata ketumpatan kering dan tepu adalah 2542 dan 2555 kg/m3. Graviti spesifik yang dihitung berjulat 2.1-2.9. Halaju denyut ultrasonik min gelombang P dan S yang melalui bahan batuan yang diuji ialah 5359 m/s dan 2890 m/s. Ujian-ujian mampatan sepaksi menunjukkan purata kekuatan mampatan sepaksi sampel yang bernilai 138.6 MPa. Nilai purata bagi indeks kekuatan beban titik Is(50) pula ialah 5.63. Oleh itu perkaitan kekuatan mampatan sepaksi dengan kekuatan beban titik ialah dengan faktor multiplikasi 25.
  2. Abd. Rahim Samsudin, Umar Hamzah, Abd. Ghani Rafek, Haryono
    The whole Bachok area is covered by alluvial deposit. The alluvium has three aquifers at depth of 0 - 5, 15 - 30 and 40 - 60 meters below surface. Preliminary geophysical surveys including seismic refraction, reflection and resistivity techniques have been carried out to investigate thickness and depth of the aquifers, depth of bedrock and the salinity of the underground water. Results show that the position of first aquifer has been well determined by seismic refraction technique. Whereas the details of deeper aquifers and the bedrock have been determined by seismic reflection techniques. Geoelectrical resistivity low obtained for the first aquifer suggest that it could be due to either salt water intrusion or the presence of marine clay.
    Keseluruhan kawasan Bachok merupakan endapan aluvium. Endapan ini mempunyai tiga akuifer pada kedalaman 0 - 5 meter, 15 - 30 meter dan 40 - 60 meter. Kajian geofizik pada tahap awal yang merangkumi aspek seismos biasan, seismos pantulan dan kerintangan geoelektrik telah dilakukan untuk menyiasat ketebalan dan kedalaman akuifer, kedalaman batu dasar dan kemasinan air tanah. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik seismos biasan telah dapat menghasilkan maklumat mengenai kedudukan akuifer pertama. manakala teknik seismos pantulan menghasilkan maklumat terperinci mengenai akuifer kedua dan ketiga serta batu dasar. Nilai kerintangan geoelektrik rendah bagi akuifer pertama menunjukkan sama ada disebabkan oleh intrusi air masin atau kehadiran lempung samudera.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links