Displaying publications 1 - 20 of 399 in total

Abstract:
Sort:
  1. Hng, S.H., Brenda, B.J., Ngu, Z.L.
    Medicine & Health, 2020;15(2):9-16.
    MyJurnal
    Kemahiran pemikiran kritikal adalah satu kemahiran yang penting bagi para jururawat membuat keputusan klinikal yang lebih baik untuk memberi jagarawatan yang selamat. Seseorang mesti mempunyai kecenderungan awal untuk berfikir kritis bagi pembangunan kemahiran pemikiran kritikal. Pembentukan kecenderungan pemikiran kritis disokong oleh harga diri yang mencukupi. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kecenderungan pemikiran kritis dan harga diri di kalangan pelajar ijazah sarjana muda kejururawatan di sebuah universiti awam Malaysia. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan di universiti melibatkan 99 orang pelajar. Data dikumpul dengan responden menjawab sendiri borang soal selidik. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisa secara kuantitatif. Sejumlah 97% pelajar kejururawatan mempunyai tahap yang tinggi untuk mempunyai kecenderungan pemikiran kritis. Hampir 3/4 daripada pelajar kejururawatan mempunyai tahap sederhana bagi tanggapan harga diri (74.7%). Kecenderungan pemikiran kritis didapati signifikan berkait dengan tanggapan harga diri (rho = 0.203, p
  2. Kevin, T.T.M., Nur Idanis, A.S., Anastasha, B., Mohd Faris, M.R., Faizah, O., Taty Anna, K.
    Medicine & Health, 2020;15(2):26-36.
    MyJurnal
    Curcumin adalah satu rempah tradisional yang mempunyai potensi untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit inflamatori, termasuk artritis. Kajian ini dijalankan untuk memerhatikan kesan-kesan curcumin ke atas perubahan histopatologi dan aras interleukin-1β (IL-1β) di dalam artritis aruhan kolagen (CIA). Tiga puluh ekor tikus jantan Sprague-Dawley (150+50 g) dibahagikan kepada lima kumpulan secara rawak. Satu kumpulan dijadikan kumpulan kawalan normal (CTRL), manakala selebihnya disuntik dengan 150 μg emulsi kolagen secara subkutan pada hari 0. Kumpulan CTRL dan CIA-Curcumin-d0 masing-masing diberi suplimentasi harian minyak zaitun oil (1 ml/kg) dan curcumin (110 mg/ml/ kg) bermula pada hari 0. Kumpulan CIA-OV (kawalan negatif), CIA-Beta dan CIA-Curcumin-d14 pula, masing-masing diberi suplimentasi harian minyak zaitun (1 ml/kg), Betamethasone (0.5 mg/ml/kg), dan curcumin (110 mg/ml/kg) bermula pada hari 14. Suplimentasi harian tersebut diberi kepada tikus-tikus sehingga hari ke 42. Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan CIA-Beta (**P=0.00) dan CIA-Curcumin-d0 (**P=0.01) masing-masing mempamerkan purata skor histologi yang lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan CIA-OV. Aras IL-1β di dalam serum untuk kumpulan CIA-Beta dan CIA-Curcumin-d0 tidak meningkat secara signifikan pada hari ke 42 berbanding hari 0. Purata peningkatan aras IL-1β dari hari 0 ke hari 42 juga adalah rendah secara signifikan (**P≤0.01) untuk semua kumpulan CIA berbanding kumpulan CIA-OV. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalan purata skor histologi dan aras IL-1β kumpulan of CIA-Curcumin-d0 berbanding kumpulan CIA-Beta. Kesimpulannya suplimentasi awal curcumin berpotensi untuk meminimakan perubahan yang disebabkan penyakit artritis aruhan kolagen pada tikus.
  3. Rachael D., Leelavathi M.
    Medicine & Health, 2020;15(2):17-25.
    MyJurnal
    Obesiti semakin meningkat di seluruh dunia dan secara umumnya ramai wanita mempunyai persepsi yang tidak tepat mengenai berat badan mereka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kadar obesiti di kalangan wanita mengandung dan dan persepsi mereka tentang berat badan sendiri. Seramai 315 wanita mengandung telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Indeks jisim badan (BMI) mereka direkod dan persepsi tentang berat badan mereka dinilai dengan menggunakan soal selidik. Lebih dari separuh peserta (60.6%, n=191) dalam kajian ini didapati mempunyai berat badan yang melebihi paras normal dimana peratusan obes adalah 29.8% (n=94) manakala 30.8% (n=97) mempunyai berat badan yang berlebihan. Analisa kappa (kappa = 0.185 (95% CI, 0.119 hingga 0.258, p
  4. Cheng, T.C., Jemaima, C.H., Safinaz, M.K.
    Medicine & Health, 2020;15(2):313-320.
    MyJurnal
    'Carotid-cavernous fistula' (CCF) boleh berlaku secara spontan atau akibat kecederaan. Disebabkan komplikasi pada mata, proses mengenalpasti penyakit dan rawatan tidak harus ditangguhkan. Kami ingin melaporkan satu kes di mana seorang wanita tua yang mengalami kemerahan mata dan kemudiannya mata menjadi semakin bengkak. Beliau disyaki menghidapi penyakit CCF tetapi pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer pada otak dilaporkan normal. Pesakit kemudiannya dijadualkan untuk cerebral angiografi dan beliau dikenalpasti menghidap penyakit CCF. Malangnya, pesakit tersebut mengalami komplikasi seperti retinopati stasis vena dan glaukoma neovascular disebabkan rawatan tergendala. Penglihatan beliau tidak dapat disembuhkan walaupun rawatan agresif telah diberikan. Kes ini bertujuan untuk menekankan kepentingan mengesyaki sesuatu penyakit melalui pemeriksaan klinikal walaupun dengan imbasan imej yang normal. Ini adalah untuk mengelakkan komplikasi seperti kebutaan yang tidak dapat disembuhkan.
  5. Farrah-Hani, I., Mohamed Sam-Aan, H., K., Enda, Srijit D.
    Medicine & Health, 2020;15(2):321-326.
    MyJurnal
    Lecuran tar, walaupun dikelaskan sebagai kecederaan kimia, disebabkan oleh perbezaan mekanisma kecederaan dan kesukaran untuk mengeluarkan agen daripada kulit tanpa menyebabkan kerosakan kulit dengan lebih lanjutnya, merupakan satu masalah yang sukar untuk diselesaikan. Terutamanya, apabila pesakit pediatrik terlibat. Lecuran tar biasanya merupakan kecederaan pekerjaan dan kebanyakannya berlaku kepada lelaki dewasa. Dua kes dibentangkan di sini, seorang budak lelaki berusia enam tahun dan seorang gadis berusia 15 tahun yang mengalami luka lecuhan tar dan berjaya dirawat dengan menggunakan enema minyak mineral Fleet® dan paraffin tulle Bactigras®, yang mudah didapati di kebanyakan hospital.
  6. Noor Akmal Shareela, I.
    Medicine & Health, 2020;15(2):327-332.
    MyJurnal
    Sesi praktikal konvensional sebelum ini telah dilaporkan kurang berkesan dalam mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu “Speedy Biochemistry” diperkenalkan untuk membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Teknik ini memupuk semangat kerja berpasukan dan penerapan pengetahuan dalam penyelesaian masalah yang dapat dicapai melalui pembelajaran aktif. Pendekatan pembelajaran aktif telah kian diminati oleh para akademik kerana memberikan lebih banyak faedah kepada pelajar. Sesi “Speedy Biochemistry” telah dijalankan di kalangan pelajar perubatan Tahun 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan maklum balas mereka telah direkodkan. “Speedy Biochemistry” boleh menjadi contoh sesi pembelajaran aktif yang baik dalam meningkatkan minat pelajar perubatan di dalam mata pelajaran Biokimia.

  7. Hatta, S.
    Medicine & Health, 2020;15(1):1-4.
    MyJurnal
    Psychophysiological effect associated to an event is inseparable with regard to the human’s mental health (Celik 2010; Cannon 1987; Roxo et al. 2011; Laird & Lacasse 2014). The manifestation of psychophysiological phenomenon in relation to an event has been observed during pre-modern era and inspired physician like Avicenna from the influence of the great thinker of Aristotle and Plato. Avicenna or IbnuSina, the Persian-born philosopher and physician from the Greco-Islamic era, has made his standpoint on the clinical importance of pulsology (Celik 2010). In his earlier concepts on pulse patterns, it was found that pulse would rise when he or she is anticipating an event, especially if an event is meaningful and related to him or her. Avicenna documented in dealing with such events, the psychophysiological changes that were observed, i.e. increased pulse from normal pulse. For example, a man who is approaching a house with a lady that he loved, started to experience tachycardia and palpitation. Sphygmology, a study of pulses is based on the contribution by Ibnu-Sina (Zarshenas et al. 2013). It is a relatively simple, practical and inexpensive means, having a significant diagnosis yield (Zarshenas et al. 2013). It has been recognised through the history of medicine, over the centuries, that we have a better understanding on the fundamental concept of coping with stress by observing our own pulses. Using this modest physiological approach, it has contributed to the modern way in dealing with distressed situation-the psychophysiology of biofeedback therapy and instilling the Buddhist teaching of mindfulness. For example in the former, biofeedback is a simple way of overcoming stress. Biofeedback therapy is a method that trains people to enhance their health by regulating certain bodily processes that normally happen involuntarily (Abgrall-Barbry & Consoli 2006). Once we are in a stressful state, our pulse and blood pressure will increase. Meditating, or self-dialogueand telling our brain that, “I am in control and can dictate my pulse from the highest to lowest possible beat,” can be helpful in dealing with our stress level via higher mental function coordination. Indeed, regulation of basic physiological phenomena and psychological input-“calming the mind” has both anatomical and neurophysiological explanation via the reticular activating system and thalamic integration. Understanding a simple way in managing with stress, especially during the difficult and stressful time can be gratifying and rewarding. This is especially true when it comes to inconveniences, hassle and problems due to coronavirus disease 2019 (COVID-19) pandemic, and during the movement control order (MCO).
  8. Fitri Fareez, R., Ahmad Nazrun, S., Isa, N.M., Rashidi, M.P.M.
    Medicine & Health, 2020;15(1):5-17.
    MyJurnal
    Gangguan fungsi ereksi adalah salah satu kesan sampingan metadon yang paling lazim. Gangguan ini menjejaskan lebih daripada separuh populasi pesakit metadon dari segi fungsi seksual mereka. Masalah ini dikaitkan dengan penurunan kualiti hidup yang ketara. Gangguan fungsi ereksi boleh menyebabkan masalah yang lebih besar jika tidak dirawat kerana pesakit mungkin memilih untuk menggunakan rawatan sendiri yang berbahaya seperti menyalahgunakan methamphetamine. Penggunaan dadah untuk mengatasi kesan sampingan metadon boleh menyebabkan gangguan penggunaan dadah ganda yang dapat mengganggu rawatan ketagihan dadah. Untuk mengatasi masalah ini, pengamal dan pesakit memainkan peranan yang penting dalam pengurusan gangguan fungsi ereksi. Kesedaran pesakit mengenai gangguan fungsi ereksi dan impaknya serta intervensi aktif oleh doktor untuk mengesan gangguan fungsi ereksi, adalah penting untuk meningkatkan tingkat pengesanan dan pengurusan gangguan fungsi ereksi. Saringan gangguan fungsi ereksi yang kerap dan faktor risikonya akan membantu mengenalpasti pesakit yang menderita gangguan fungsi ereksi. Pelbagai pilihan rawatan seperti rawatan bupropion, trazodone dan banyak lagi tersedia untuk merawat gangguan fungsi ereksi yang akan diterokai lebih lanjut dalam kajian ini.
  9. Muhammad Iqbal, S., Bahman, J., Aslinda, C.M.
    Medicine & Health, 2020;15(1):18-33.
    MyJurnal
    Kejatuhan adalah isu kesihatan yang sering dikaitkan dengan warga emas di seluruh dunia. Kejatuhan boleh menyebabkan kesan negatif pada individu dan juga menyebabkan kematian dalam kes tertentu. Kajian semasa kejatuhan adalah amat terhad di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk merumuskan kajian semasa yang dijalankan di Malaysia yang mengenai prevalens dan ciri-cirinya. Artikel telah dikenalpasti melalui menggunakan pangkalan data elektronik berikut: EBSCOhost, ClinicalKey, ScienceDirect, Wiley Online Library, SpringerLink dan Google Scholar. Pemilihan artikel adalah terhad kepada artikel bahasa Inggeris yang diterbitkan antara tahun 2013 hingga 2019. Kajian ini menilai golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas; sama ada di kediaman, komuniti atau institut perubatan. Sembilan artikel yang berkaitan telah dikenalpasti dan disiasat. Hasil kajian menunjukkan variasi yang ketara dengan julat 4-74 % dalam prevalens kejatuhan di kalangan warga emas di Malaysia. Salah satu kajian yang dijalankan dalam komuniti menunjukkan prevalens kejatuhan yang lebih rendah. Majoriti peristiwa kejatuhan berlaku pada waktu pagi seperti yang dilaporkan oleh tiga kajian iaitu sebanyak 49%-64.7%. Kejatuhan dalam kawasan bangunan adalah jumlah tertinggi lokasi jatuh dengan 50-87% manakala di luar bangunan adalah 13-49.3%. Lokasi di bilik mandi / tandas mempunyai peratusan kejatuhan tertinggi dalam bangunan. Kejatuhan yang menyebabkan kecederaan adalah antara 47% -82%. Perubahan pada prevalens kejatuhan dalam warga emas ditentukan oleh faktor-faktor seperti lokasi dan keadaan kesihatan. Maklumat yang dikumpulkan dalam kajian ini menunjukkan terdapat kekurangan alat ukur piawai bagi mengkaji ciri-ciri kejatuhan di Malaysia. Kajian prospektif diperlukan untuk menubuhkan prevalens dan hubungan faktor-kesan kejatuhan di Malaysia.
  10. Norrabiátul Adawiyah, A., Teh, L.K., Fathimah, M., Nuraliza, A.S.
    Medicine & Health, 2020;15(1):54-69.
    MyJurnal
    Penuaan ovari telah dikaitkan dengan tekanan oksidatif dan kehilangan fungsi ovari. Tokotrienol telah dibuktikan dapat memberi kesan yang baik terhadap sistem pembiakan wanita. Walau bagaimanapun, peranan tokotrienol ke atas metabolisma ovari dan seterusnya peningkatan kualiti oosit dalam mencit tua masih tidak diketahui. Oleh itu, hubungan antara perubahan aktiviti metabolik dalam ovari dan kualiti oosit dalam mencit tua selepas suplementasi fraksi kaya tokotrienol (TRF) telah dikaji. Mencit betina berusia enam minggu digunakan sebagai kumpulan Muda. Mencit betina berusia enam bulan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan pertama yang diberikan minyak jagung-bebas tokoferol (kawalan) manakala tiga kumpulan yang lain diberi suplimen TRF pada dos 90, 120, dan 150 mg/kg. Rawatan diberikan secara oral selama dua bulan. Pada akhir rawatan, mencit dari semua kumpulan disuperovulasi dan kemudian dikorbankan. Kualiti oosit dinilai dan analisis metabolomik secara tidak disasarkan, pada tisu ovari dijalankan dengan menggunakan 'liquid chromatography tandem mass spectrometry of quadrupole time-of-flight' (LC-MS Q-TOF). Peratusan oosit normal adalah lebih tinggi (p
  11. Subramaniam S., Mohamad, N.V., Chan, C.Y., Soelaiman, I.N., Chin, K.Y.
    Medicine & Health, 2020;15(1):70-77.
    MyJurnal
    Pengukuran ketumpatan mineral tulang oleh 'Dual-energy X-ray Absorptiometry' (DXA) adalah penting untuk mengenalpasti osteoporosis. Ralat ketepatan DXA adalah ukuran yang penting untuk menentukan perubahan sebenar dalam nilai ketumpatan mineral tulang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pekali variasi jangka pendek mesin QDR Wi DXA Discovery Hologic. Ketumpatan mineral tulang pinggul dan tulang belakang untuk lima belas sukarelawan (purata umur: 30.67 + 10.41 tahun) dan ketumpatan tulang keseluruhan badan untuk lima belas ekor tikus Sprague-Dawley betina (berusia tiga bulan) diimbas menggunakan mesin HDR Discover QDR Wi DXA. Setiap sukarelawan dan tikus menjalani imbasan sebanyak tiga kali untuk menilai kebolehulangan nilai ketumpatan tulang. Imbasan untuk subjek manusia dilakukan dalam tempoh 1 hingga 12 minggu. Untuk sampel haiwan, imbasan diulang pada hari yang sama selepas posisi semula. Ralat kepersisan dinyatakan sebagai peratusan pekali variasi (%CV). %CV diperolehi untuk tulang belakang lumbar adalah 1.8% dan 1.2% untuk tulang pinggul. %CV untuk keseluruhan BMD tikus adalah 1.4%. %CV jangka pendek yang ditunjukkan untuk kedua-dua manusia dan haiwan dalam kajian ini adalah setanding. Ralat kepersisan DXA mesti dipantau untuk memastikan prestasi yang optimum.
  12. Abd Samat, A.H., Ida, Z.Z., Yat, Keong Y., Isa, M.H.
    Medicine & Health, 2020;15(2):297-305.
    MyJurnal
    Kenaikan segmen ST di elektrod aVR elektrokardiografi di dalam kes diseksi aorta mempunyai risiko kematian yang tinggi. Ia melibatkan diseksi yang berlaku di akar aorta. Kami melaporkan kes pesakit lelaki muda yang menghidap penyakit darah tinggi, yang datang ke Jabatan Kecemasan dengan sakit dada dan sakit di bahagian kaki. Pemeriksaan fizikal pada bahagian bawah kiri anggota adalah konsisten dengan iskemia akut. Elektrokardiogram menunjukkan serangan jantung akut di bahagian elektrod anterolateral, dan kenaikan ST segmen di elektrod aVR. Ekokardiografi menunjukkan akar aorta yang berukuran 4.51 cm dan kehadiran flap intimal, meningkatkan kebarangkalian diseksi pada akar aorta dan arteri koronari. Tomography Computed Angiogram menunjukkan terdapat diseksi aorta dari akar aorta termasuk flap intimal berhampiran permulaan arteri koronari kiri, hingga ke arteri iliac utama ke arteri iliac kiri. Malangnya, pesakit memilih untuk tidak menjalani pembedahan dan akhirnya meninggal dunia selepas 48 jam di masukkan ke wad. Kes ini menjelaskan bahawa, dalam kes diseksi aorta yang hadir dengan sindrom 'malperfusion', kenaikan segmen ST pada elektrod aVR akan meningkatkan kebarangkalian terjadinya diseksi aorta yang teruk melibatkan akar aorta dan juga arteri koronari, yang menjadikan prognosis pesakit lebih teruk.
  13. Eng, K.J., Safinaz, M.K., Malisa, A.
    Medicine & Health, 2020;15(2):306-312.
    MyJurnal
    Sindrom distensi beg kapsul ialah salah satu komplikasi yang jarang berlaku selepas fakoemulsifikasi dengan implan kanta intraokular dimasukkan ke dalam bag kanta dalam mata. Kami menerangkan satu kes sindrom distensi beg kapsul yang berlaku pada seorang lelaki berusia pertengahan yang menjalani fakoemulsifikasi dengan ‘plat haptic’ implan kanta intraokular (Zeiss CT ASPHINA 509MP) ke dalam mata kanan. Penglihatan mata kanan semasa pemeriksaan susulan 1 minggu and susulan 5 minggu selepas pembedahan tidak menunjukan penambahbaikan dengan refraksi kuasa mata bertukar menjadi minus 2.5 diopter. Tekanan intraokular hanya meningkat pada 2 jam selepas pembedahan dan normal semasa pemeriksaan susulan berikutnya. Beg kapsul distensi telah disahkan dengan menggunakan IOL Master 700. IOL Master 700 menunjukkan pengasingan abnormal beg kapsul dari implan kanta intraokular. Diagnosis sindrom distensi beg kapsul yang disebabkan oleh pengekalan viskoelastik dibuat. Pengeluaran viskoelastik yang tertinggal di dalam mata kanan telah dilakukan dan sindrom distensi beg kapsul berjaya diselesaikan dengan penglihatan mata kanan kembali ke 6/6. Oleh itu, pengeluaran viskoelastik dengan sepenuhnya semasa fakoemulsifikasi dengan ‘plat haptic’ implan kanta intrakular adalah penting untuk mengelakkan sindrom distensi beg kapsul.
  14. Mohd Harimi, A.R., Sumithira N., Ashwini S., Mohd Fitri, H., K., Qiu-Ting
    Medicine & Health, 2020;15(2):37-46.
    MyJurnal
    Kemahiran persepsi visual adalah penting bagi golongan dewasa untuk menjalankan aktiviti harian mereka seperti membaca, menulis dan memandu. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kemahiran persepsi visual (bukan motor) dalam kalangan golongan dewasa di Selangor, Malaysia. Seramai 120 subjek dari Selangor yang berumur 20 hingga 59 tahun telah dipilih secara rawak dalam kajian keratan rentas ini. Kajian ini melibatkan pengukuran akuiti visual jauh dan dekat menggunakan carta Snellen dan carta penglihatan dekat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ujian saringan kognitif menggunakan soal selidik Mini Mental State Examination (MMSE) serta penilaian kemahiran persepsi visual (bukan motor) menggunakan Ujian Kemahiran Persepsi Visual (Bukan Motor)-Revised (TVPS-R). Purata umur subjek ialah 39.41+11.81 tahun. Keputusan menunjukkan purata skor TVPS-R bagi setiap sub-ujian iaitu Visual Discrimination (VD), Visual Memory (VM), Visual-Spatial Relationships (VSR), Visual Form Constancy (VFC), Visual Sequential Memory (VSM), Visual Figure-Ground (VFG) dan Visual Closure (VC) adalah 14.12+1.10, 13.42+1.58, 14.53+1.26, 12.47+1.03, 12.35+2.26, 13.67+1.64 dan 13.73+2.23. Analisis ANOVA menunjukkan skor VD, VM dan VSM dipengaruhi oleh tahap pendidikan (p
  15. Faiz, D., Siti Norbani, A., Azimatun, N., Nik Azlan, N.M.
    Medicine & Health, 2020;15(2):47-55.
    MyJurnal
    Laporan prestasi kerja adalah laporan penilaian yang sistematik dan komprehensif secara kuantitatif bagi menilai tahap prestasi penjawat awam di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sama ada prestasi kerja kakitangan sokongan di Hospital Mersing setanding dengan prestasi kakitangan awam lain di Malaysia. Objektif lain adalah untuk mengenal pasti anggota yang berprestasi tinggi dan rendah dalam organisasi dan menentukan faktor yang mempengaruhi prestasi kerja. Kajian ini adalah pensampelan rentas, retrospektif, mudah digunakan dengan menggunakan data sekunder dari buku perkhidmatan pekerja, Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan rekod perubatan kakitangan pada tahun 2016 digunapakai. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor sosio-demografi dengan prestasi kerja yang jantina, pendapatan bulanan dan tahap pendidikan. Bagaimanapun, tiada hubungan yang signifikan antara etnik, umur, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan. Tiada hubungan yang signifikan antara faktor kesihatan dan faktor pekerjaan dengan prestasi kerja. Dapatan yang diperolehi dari kajian ini boleh digunakan oleh pentadbiran hospital dan penyelia untuk mengambil langkah-langkah bagi memperbaiki tahap prestasi kerja kakitangan dengan sewajarnya di mana ia dapat memberi manfaat kepada individu dan organisasi secara keseluruhan.
  16. Ahmad N., Osman, E., Abdul Ghani, N.A., Leong, W.Y., Arzaee, M.Z., Seow, Y.Y., et al.
    Medicine & Health, 2020;15(2):108-123.
    MyJurnal
    Toksoplasmosis pendam dapat menyebabkan pelbagai gangguan hormon dan tingkah laku dalam hos terjangkit. Kami berhasrat untuk mengkaji sero-prevalens Toxoplasma gondii (T. gondii) pendam serta hubungan antara jangkitan dengan pengetahuan dan tingkah laku dalam kalangan 400 ibu hamil. Sampel plasma diuji untuk kehadiran antibodi IgG T. gondii dan soal selidik berstruktur digunakan untuk merekodkan ciri-ciri sosio-demografi responden, maklumat umum dan pengetahuan mengenai faktor risiko, gejala, masa jangkitan, pengetahuan pencegahan serta tingkah laku pencegahan toksoplasmosis. Sero-prevalensi toksoplasmosis pendam dalam wanita hamil adalah 31.8%. Kajian menunjukkan, 69.5% daripada mereka mempunyai kurang pengetahuan mengenai toksoplasmosis. Walau bagaimanapun, majoritinya (99.8%) mengamalkan tingkah laku pencegahan. Analisis regresi logistik berganda menunjukkan wanita hamil dengan tahap pendidikan rendah mempunyai hampir dua kali lebih risiko (nisbah ods terlaras: 1.91, 95% SK 1.18, 3.10; p = 0.008) untuk T. gondii IgG seropositif. Wanita hamil yang mempunyai sejarah perubatan lalu mempunyai dua kali lebih kemungkinan (nisbah ods terlaras: 2.32, 95% SK 1.32, 4.06; p = 0.003) untuk T. gondii IgG seropositif. Selain itu, wanita yang tidak pasti mengenai mod penyebaran penyakit melalui pemindahan darah mempunyai empat kali lebih ods (nisbah ods terlaras: 3.93, 95% SK 1.54, 10.01; p = 0.004) untuk sero-prevalens kronik toksoplasmosis. Wanita yang tidak pasti mengenai keperluan menghindari kucing liar mempunyai nisbah ods terlaras: 0.42 (95% SK 0.24, 0.71, p = 0.001) untuk sero-prevalens kronik toksoplasmosis. Penterjemahan pengetahuan tentang toksoplasmosis kepada amalan tingkah laku pencegahan melalui program pendidikan kesihatan adalah penting untuk mengurangkan risiko penularan penyakit ini dalam kalangan wanita hamil.
  17. Asma, A.A.A., Rohaya, M.A.W., Juhaida, S., Badiah, B., Zaleha, S.
    Medicine & Health, 2020;15(2):96-107.
    MyJurnal
    Rawatan ortodontik boleh menjejaskan keseimbangan mikrobiota oral yang memainkan peranan utama dalam etiologi penyakit periodontium. Kajian klinikal prospektif ini bertujuan untuk menilai kesihatan periodontal dan profil mikrobiologi pesakit periodontal yang sihat (Kumpulan 1) dan yang telah stabil (Kumpulan 2) selama tiga bulan pertama semasa rawatan ortodontik. Aplian ortodontik atas dan bawah tetap dipasang. Kesihatan periodontium dinilai menggunakan skor plak (PS), pendarahan pada probing (BOP) dan kedalaman poket (PD). 29 tapak telah diambil untuk persampelan plak subgingival. Sampel plak diinokulasikan pada agar Trypticase Soya Darah (TSBA) dan agar Trypticase Soya Bacitracin Vancomycin (TSBV) untuk penilaian aerob, anaerob, bakteria berpigmen hitam (BPH) dan Aggregatibacter actinomycetemcomitans. Semua ukuran diambil sebelum pendakap gigi dipasang (T0), 1 minggu (T1), 1 bulan (T2) dan 3 bulan selepas dipasang pendakap gigi (T3). Secara umumnya, kesihatan periodontium dalam kedua-dua kumpulan hampir sama. Selepas 1 minggu, bilangan aerob adalah lebih tinggi dalam Kumpulan 1 (88%) manakala anaerob adalah lebih tinggi dalam Kumpulan 2 (45%). A. actinomycetemcomitans lebih tinggi dalam Kumpulan 1 pada T0 dan T1 tetapi jauh lebih tinggi dalam Kumpulan 2 di T3. BPH adalah minimal pada setiap masa dengan tiada perbezaan signifikan. Oleh itu, semasa 3 bulan pertama rawatan ortodontik dijalankan, terdapat perubahan ketara dalam bilangan aerob-anaerob pada kedua-dua pesakit periodontal yang sihat dan stabil. Bakteria patogenik akan meningkat semasa rawatan awal ortodontik.

  18. Mariani, A.N., Marhanis-Salihah, O., Adliah, M.A., Mohd, M.B.
    Medicine & Health, 2020;15(2):56-65.
    MyJurnal
    Peningkatan jumlah warga tua dikaitkan dengan penambahan masalah dalam penjagaan kesihatan. Dengan kerumitan penyakit yang berkaitan dengan usia, sistem pengurusan ubat yang baik adalah penting untuk mencegah kesilapan ubat. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan soal selidik untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) penjaga terhadap pengurusan ubat di rumah jagaan kejururawatan (RACFs). Satu kajian keratan rentas telah dijalankan dan melibatkan penjaga dari 90 RACF di seluruh Malaysia. Soal selidik yang dibangunkan berdasarkan tinjauan literatur dan pendapat pakar ini mengandungi 41 item yang dibahagikan kepada tiga domain. Dalam kajian ini, kadar respons adalah 71% dengan 128 soal selidik yang dikembalikan. Skor median yang diperolehi untuk pengetahuan, sikap dan amalan masing-masing adalah 77.27, 70.83 dan 68.66. Majoriti penjaga (71.9%) disifatkan mengetahui asas pengurusan ubat, bagaimanapun, hampir separuh daripada mereka (48.4%) tidak pernah menerima sebarang latihan mengenainya. Lebih separuh daripada penjaga mempunyai tahap pengetahuan yang baik (69.5%, n = 89), separuh lagi (57.8%, n = 74) mempunyai sikap yang baik dan kurang daripada separuh mempunyai amalan yang baik (46.9%) terhadap pengurusan ubat. Tahap pendidikan, kelayakan khusus dan pengalaman latihan pengurusan ubat adalah faktor yang dikaitkan dengan hasil skor yang baik (p
  19. Wong, C.L., Bastion, M.L.C., Ropilah, A.R., Jamalia, R.
    Medicine & Health, 2020;15(2):66-84.
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubung kait antara diameter kornea dan diameter kanta di kalangan kanak-kanak. Kajian ini melibatkan sejumlah empat puluh kanak-kanak (40 mata) yang kurang daripada 4 tahun yang menjalani pemeriksaan, prosedur atau pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dari Januari 2010 sehingga September 2011. Pemeriksaan dijalankan dengan menggunakan bius am di dewan bedah. Diameter kornea diukur dengan ‘Holladay-Godwin cornea gauge’ sementara diameter kanta diukur dengan menggunakan mesin ultrasound yang mempunyai resolusi tinggi ‘ultrasound biomicroscope (UBM)’. Purata umur populasi kajian adalah 24.7 + 12.1 bulan. Purata diameter kornea melintang adalah 11.62 + 0.50 mm, lebih besar berbanding dengan purata diameter kornea menegak yang berukuran 11.20 + 0.58 mm. Purata diameter kanta adalah 7.94 + 0.47 mm. Diameter kornea didapati mempunyai korelasi positif yang sederhana dengan diameter kanta (r=0.479, p=0.002). Terdapat hubung kait yang kukuh di antara diameter kanta dengan umur pesakit (r=0.718, p
  20. Yin, Ping W., L., C-Khai, Hamidah, A., Nur Maya Sabrina, T., Muaatamarulain, M., Geok, Chin T.
    Medicine & Health, 2020;15(2):124-139.
    MyJurnal
    Empat subkumpulan molekul teras medulloblastoma yang mempunyai profil transkripsi dan nilai prognostik yang berbeza diperkenalkan baru-baru ini. Kajian ini bertujuan untuk menentukan varian histologi dan subkumpulan molekul medulloblastoma melalui aplikasi imunohistokimia (YAP-1 dan beta catenin) sebagai penanda surrogate di populasi kami, di samping menghubungkan varian histologi dan subkumpulan molekul ini dengan parameter klinikopatologi. Kami telah melibatkan seramai tujuh belas pesakit medulloblastoma yang berusia empat bulan hingga 14.3 tahun dari tahun 2002 hingga 2017. Histologi klasik (76.5%) adalah histologi medulloblastoma yang paling umum, diikuti oleh varian sel besar/ anaplastik (LCA) (17.6%) dan desmoplastik/nodular (DN) (59%). Subkumpulan molekul yang paling kerap adalah tumor bukan SHH/WNT (64.7%), diikuti oleh tumor SHH (35.3%). Di antara tumor SHH, 66.7% adalah histologi klasik dan selebihnya 33.3% adalah varian LCA. Yang menariknya, satu kes yang menunjukkan histologi DN memaparkan imunonegativiti kepada YAP-1 dan beta catenin, dan tergolong kepada subkumpulan molekul bukan SHH/WNT. Majoriti (88.2%) medulloblastoma berada di lokasi pertengahan ventrikel keempat, termasuk varian DN. Dianggarkan tiga tahun kelangsungan hidup bebas penyakit (DFS) dan survival keseluruhan (OS) masing-masing adalah 60% dan 86.7%. Umur 5 cm, histologi LCA dan kumpulan berisiko tinggi adalah berkorelasi terbalik dengan DFS. Bayi
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links