Displaying publications 1 - 20 of 81 in total

Abstract:
Sort:
  1. A.N. Yusoff
    Sains Malaysiana, 2013;42:765-771.
    Kajian pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) subjek tunggal ini menyelidiki interaksi psikofisiologi (PPI) antara girus presentral (PCG) dan lobus parietal superior (SPL) kanan semasa tepikan jari rentak sendiri secara bilateral. Model kehubungan efektif antara PCG dan SPL kanan dibina menggunakan analisis PPI dengan mengambil daya dan laju tepikan sebagai faktor uji kaji. Keputusan menunjukkan bahawa peningkatan daya dan laju tepikan masing-masing mengaktifkan PCG bilateral dan SPL kanan secara bererti (p<0.05). PCG dan SPL kanan didapati saling berhubungan semasa tepikan jari dilakukan dengan daya dan laju tepikan sebagai faktor uji kaji yang mempengaruhi kehubungan efektif antara mereka. Kajian ini telah mendedahkan maklumat asas berguna untuk kajian fMRI pada masa depan ke atas koordinasi motor dan boleh digunakan untuk mengkaji ketaktertiban otak misalnya strok.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  2. Abdul Fattah Abu Bakar, Siti Nathasa Md Barkawi, Marlia Mohd. Hanafiah, Lee KE, Azhar Abdul Halim
    Sains Malaysiana, 2016;45:1509-1516.
    Keberkesanan rawatan air sisa industri automotif ditentukan dengan menggunakan kaedah penjerapan turus. Peratusan penyingkiran ammonia dan logam berat terpilih telah dikaji menggunakan pasir biasa dan pasir terubah suai secara kimia sebagai bahan penjerap. Dua model matematik iaitu Model Thomas serta Model Yoon-Nelson telah digunakan untuk menentukan kapasiti penjerapan maksimum ammonia. Peratusan penyingkiran ammonia menunjukkan pasir terubah suai secara kimia mencatatkan julat peratusan penyingkiran yang lebih tinggi iaitu 43.68% hingga 96.55% berbanding pasir biasa yang mencatatkan julat 0% hingga 89.66%. Logam berat zink, mangan, kromium, kuprum, arsenik, nikel, kobalt dan ferum mencatatkan peratusan penyingkiran antara 93% hingga 100% apabila menggunakan pasir terubah suai secara kimia manakala pasir biasa mencatatkan julat peratusan penyingkiran daripada 0.8% hingga 100%. Keputusan analisis menggunakan Model Thomas menunjukkan kapasiti penjerapan maksimum, qo ammonia menggunakan pasir terubah suai secara kimia (8.80 mg/g) adalah empat kali lebih tinggi daripada pasir biasa (2.57 mg/g) manakala masa bolos, t0.5 bahan penjerap yang ditentukan menggunakan Model Yoon dan Nelson mencatatkan masa tertinggi bagi pasir terubah suai secara kimia iaitu 30.18 min berbanding 9.57 min bagi pasir biasa. Kajian ini menunjukkan peratusan penyingkiran dan kapasiti penjerapan ammonia dan logam berat terpilih iaitu zink, mangan, kuprum, arsenik, nikel, kobalt dan ferum lebih tinggi bagi turus pasir terubah suai secara kimia berbanding pasir biasa.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  3. Ahmad Firdaus Mohd Salleh, Anita Talib, Mohamed Abdullah Marwi, Noor Hayati Mohd Isa, Syamsa Rizal Abdullah, Raja Muhammad Zuha Raja Kamal Bashah, et al.
    MyJurnal
    Chrysomya megacephala (Fabricius) dan Chrysomya rufifacies (Macquart) adalah merupakan dua spesies lalat penting yang boleh dijadikan sebagai penunjuk terbaik untuk menganggarkan selang masa kematian atau Post Mortem Interval (PMI) untuk kegunaan dalam sains forensik. Penentuan PMI adalah berdasarkan kepada saiz dan peringkat perkembangan larva. Kajian perkembangan telur, larva dan pupa lalat Ch. megacepahala dan Ch. rufifacies dijalankan di bawah suhu 27ºC, 30ºC dan 33ºC di makmal dengan menggunakan kebuk pertumbuhann serangga. Data daripada kajian digunakan untuk menghasilkan satu graf pertumbuhan dan Jam Darjah Terkumpul (ADH) bagi kedua-dua spesies. Ch. megacephala mengambil masa selama 9.15 hari pada suhu 27ºC, 8.54 hari (30ºC) dan 6.76 hari (33ºC) untuk melengkapkan satu kitar hidup. Pada C. rufifacies pula, kitar hidupnya lebih lama berbanding Ch. megacephala iaitu 9.92 hari pada suhu 27ºC, 9.13 hari (30ºC) dan 7.44 hari (33ºC). Telur bagi kedua-dua spesies menetas lebih cepat pada suhu 33ºC berbanding dua suhu yang lainnya. Nilai ADH yang rendah pada sesuatu suhu, menunjukkan sesuatu spesies lebih cepat melengkapkan suatu kitar hidup. Penemuan ini berguna dalam menganggarkan selang masa kematian bagi mayat yang dijumpai pada suhu persekitaran yang berlainan.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  4. Amirah Audadi Madzen, Lam KC
    Sains Malaysiana, 2017;46:421-428.
    Fenologi tumbuhan menggambarkan fasa kitaran hidup atau aktiviti tumbuhan dan adalah penting untuk memahami
    interaksinya dengan iklim. Kajian dilakukan untuk mengenal pasti respons fenologi tumbuhan dan metrik fenologi
    hutan dipterokarpa, kelapa sawit dan pokok getah menggunakan data indeks tumbuhan Enhanced Vegetation Index
    (EVI) daripada MODIS-Aqua (produk MYD13Q1) dan purata hujan bulanan sepanjang tahun 2007 dan 2009 di negeri
    Johor. Pola hujan pada tahun 2007 menunjukkan taburan hujan normal, manakala tahun 2009 mengalami kekurangan
    hujan sepanjang tempoh sebelas tahun (2000-2010). Hasil mendapati tren EVI hutan dipterokarpa lebih bervariasi pada
    2009 dengan nilai EVI antara 0.39-0.64 berbanding tren pada 2007 yang tekal dengan nilai EVI antara 0.33-0.57. Tren
    fenologi kelapa sawit pada 2007 lebih kerap mengalami turun naik berbanding pada 2009, masing-masing dengan EVI
    antara 0.45-0.71 dan 0.5-0.74. Corak fenologi pokok getah pada kedua-dua tahun kajian adalah sama dan julat EVI
    pada 2009 adalah lebih kecil berbanding 2007, masing-masing dengan EVI antara 0.39-0.62 dan 0.30-0.73. Pengaruh
    masa susulan ke atas tahap kehijauan tumbuhan telah dikesan, khususnya selepas peristiwa hujan lebat dalam dua
    tahun tersebut dan sedikit sebanyak mempengaruhi nilai korelasi antara pemboleh ubah purata hujan bulanan dengan
    EVI tumbuh-tumbuhan. Permulaan dan pengakhiran musim pertumbuhan hutan dipterokarpa bagi kedua-dua tahun
    berlaku dalam bulan yang sama, iaitu Februari (permulaan musim) dan Disember (pengakhiran musim). Tidak wujud
    perbezaan yang ketara antara panjang musim pertumbuhan kelapa sawit bagi kedua-dua tahun, iaitu hanya 32 hari
    lebih panjang pada 2007 berbanding 2009. Musim pertumbuhan pokok getah pula adalah lebih panjang pada 2007 dan
    lebih singkat pada 2009, masing-masing 176 hari dan 113 hari.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  5. Ani Shabri, Abdul Aziz Jemain
    Kaedah momen merupakan salah satu teknik termudah dan sering digunakan dalam statistik hidrologi. Bagaimanapun, penganggar momen selalunya memberikan kualiti yang rendah dan tidak sebaik penganggar L-momen terutamanya untuk taburan dengan tiga parameter atau lebih. Pada masa kini, banyak kajian analisis frekuensi serantau dalam hidrologi menggunakan gambar rajah nisbah L-momen untuk memilih taburan yang sesuai bagi data hidrologi dan meteorologi. Kelebihan utama gambar rajah nisbah L-momen adalah pemilihan beberapa taburan yang sesuai boleh dilakukan menggunakan satu graf sahaja. Tujuan utama kertas ini untuk melihat kembali LQ-momen dan untuk membangunkan gambar rajah LQ-momen berdasarkan penganggar median. Menggunakan data aliran banjir dari 73 buah stesen dalam Semenanjung Malaysia, kami meninjau kesesuaian pelbagai model kebarangkalian menggunakan gambar rajah nisbah LQ-momen dan dibandingkan dengan gambar rajah nisbah L-momen. Hasil kajian menunjukkan gambar rajah nisbah LQ-momen secara umumnya memberikan keupayaan yang baik sebagaimana gambar rajah nisbah L-momen dalam memilih taburan frekuensi dan ini membuatkan ianya sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan yang menarik untuk digunakan dalam analisis frekuensi banjir.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  6. Atmaja P. Rosyidi, Tajul Anuar Jamaluddin, Lim CS, Mohd Raihan Taha
    Sains Malaysiana, 2011;40:1393-1405.
    Gempa bumi pada 30 September 2009, dengan kekuatan 7.6 MW yang melanda Bandar Padang, Padang Pariaman dan wilayah Sumatera Barat, Indonesia, telah mengorbankan lebih daripada 1200 orang. Ribuan buah rumah, bangunan dan infrastruktur lain telah mengalami kerosakan tahap ringan hingga teruk. Kajian ini bertujuan untuk melaporkan kesan gempa bumi Padang terhadap kerosakan bangunan dan tanah runtuh yang berlaku pada kawasan Bandar Padang, Padang Pariaman, Pariaman dan Agam. Kesan gempa bumi ini dianalisis berdasarkan data geologi, geoteknik dan impak geo-bencana yang telah dikumpulkan daripada berbagai sumber dan hasil kajian lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kerosakan di kawasan bandar Padang dan Padang Pariaman lebih disebabkan oleh kualiti bangunan yang tidak memenuhi piawaian bangunan dan pengaruh geologi kawasan, iaitu berlakunya amplifikasi tanah disebabkan oleh endapan aluvium yang tebal. Kerosakan teruk pada bangunan antara lainnya dikaitkan dengan kehadiran jalur-jalur sesar kecil atau ketakselanjaran pada lapisan bawah tanah. Beberapa kejadian tanah runtuh besar yang berlaku di Pariaman dan Agam adalah disebabkan oleh geologi kawasan, geomorfologi dan morfologi cerun yang curam. Kajian lanjut diperlukan bagi mengenal pasti dan menilai risiko bencana untuk persediaan menghadapi bencana gempa bumi di masa hadapan.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  7. Ayob MTM, Mohd HMK, Abdul Rahman I, Mohamed F, Hidzir NM, Radiman S
    Sains Malaysiana, 2016;45:1265-1273.
    Kami melaporkan hasil kajian terhadap nanokomposit Ag-ZnO dengan nisbah berat yang berbeza bagi Ag:ZnO (0:10,
    7:10 & 25:10) yang telah disediakan melalui kaedah sonokimia. Kajian fotomangkin terhadap nanokomposit Ag-ZnO
    menunjukkan peningkatan kecekapan fotomangkin terhadap foto-penguraian larutan akues metilena biru berbanding
    nanobahan ZnO tulen di bawah penyinaran cahaya nampak. Sampel Ag-ZnO pada nisbah 7:10 menunjukkan aktiviti
    fotomangkin terbaik dan mencapai kadar penguraian sehingga 94% bagi tempoh masa penguraian selama 80 min,
    diikuti 86% bagi sampel ZnO tulen dengan menggunakan kaedah yang sama. Morfologi, struktur bahan, sifat optik dan
    kehabluran bagi nanokomposit Ag-ZnO juga dibincangkan menerusi data yang diperoleh melalui mikroskop elektron
    transmisi, spektroskopi ultralembayung-cahaya nampak dan difraktometer analisis sinar-X. Hasil kajian menunjukkan
    bahawa dengan penambahan zarah Ag kepada ZnO telah meningkatkan kadar serapan cahaya bagi ZnO di kawasan
    cahaya nampak dan meningkatkan kadar pemisahan cas foto-aruhan bagi menghasilkan rawatan air tercemar pewarna
    yang lebih baik.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  8. Azhar Abdul Halim, Muhammad Ikram A Wahab, Nor Hasleda Mamat @ Alias
    Sains Malaysiana, 2011;40:1271-1276.
    Penyingkiran boron dalam larutan akuas secara penjerapan telah dikaji dengan menggunakan penjerap komposit yang menggabungkan zeolit, batu kapur, karbon teraktif dan buangan arang sekam padi. Parameter optimum seperti pH, masa sentuhan optimum dan dos bahan penjerap dikaji. Kajian isoterma penjerapan dan kinetik penjerapan turut dijalankan. Hasil penyelidikan menunjukkan penyingkiran boron paling optimum berlaku pada pH5 dan masa sentuhan optimum ialah pada minit ke 120. Dos optimum bagi penyingkiran boron dalam larutan akuas ialah pada dos 280 g/L dan penyingkiran yang dapat dilakukan ialah sebanyak 50.49%. Dalam kajian isoterma, model isoterma Langmuir dan Freundlich telah diaplikasikan dan hasil kajian membuktikan bahawa kajian isoterma penjerapan adalah mematuhi model isoterma Langmuir (R2 = 0.8792). Nilai kapasiti penjerapan maksimum (qm) yang diperoleh daripada model isoterma Langmuir adalah 1.8985 mg/g. Kajian kinetik penjerapan dijalankan untuk mengetahui mekanisme proses penjerapan dan hasil kajian menunjukkan kadar kinetik bagi penjerapan boron ini adalah mematuhi model kinetik tertib kedua. Pekali korelasi yang diperoleh untuk model kinetik tertib kedua ini adalah 0.9929. Ini mencadangkan bahawa kinetik penjerapan boron adalah dipengaruhi oleh proses kimia.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  9. Azlina Abdul Aziz, Mohamed Zabri Johari, Hawa Ismail
    MyJurnal
    Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2006 menunjukkan amalan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) masih rendah di kalangan wanita Malaysia walaupun berbagai program kesedaran telah dilakukan. Kajian ini dilakukan dari bulan Mei hingga Disember 2008, untuk mengkaji perubahan tahap pengetahuan, amalan dan sikap jururawat di Hospital Kuala Krai, Kelantan terhadap amalan PSP setelah program intervensi pendidikan kesihatan diadakan. Objektif kajian ialah untuk meningkatkan amalan PSP di kalangan jururawat di hospital tersebut. Kajian dilakukan secara intervensi pra dan pasca uji tanpa perbandingan. Responden terdiri daripada 43 orang yang dipilih melalui persampelan rawak mudah. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik melalui sesi temu ramah bersemuka dengan responden. Program intervensi pendidikan kesihatan termasuk ceramah, demontrasi PSP, kaunseling dan pameran diadakan untuk mengajar jururawat tentang masa yang sesuai, kekerapan dan teknik melakukan PSP dengan betul. Hasil menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan bagi tahap pengetahuan (p < 0.001)sebelum dan selepas intervensi. Namun, analisis amalan pula menunjukkan tidak terdapat perubahan yang signifikan terhadap amalan PSP yang betul (p = 0.083). Analisis sikap menunjukkan kesemua 43 orang atau 100% responden telah berubah dari negatif menjadi positif terhadap persepsi-persepsi kerentanan, halangan dan faedah melakukan PSP. Tidak terdapat hubungan di antara sosio-demografik responden dengan tingkah laku PSP (p = 0.63). Walaupun dalam aspek amalan, perubahan sebelum dan selepas intervensi masih rendah dan tidak signifikan, perlaksanaan intervensi pendidikan kesihatan ini telah dapat mencetuskan sedikit perubahan di kalangan jururawat dari Hospital Kuala Kerai walaupun tidak secara menyeluruh.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  10. Bariah Mohd-Ali, Muhammad Afzam Shah Abdul-Rahim, Zainora Mohammed, Norhani Mohidin
    MyJurnal
    Kajian terdahulu banyak menunjukkan perbezaan dalam dimensi okular mengikut kaum. Walau bagaimanapun hanya terdapat sedikit data mengenai dimensi okular bangsa Melayu di Malaysia yang dilaporkan. Kajian ini bertujuan untuk menetapkan nilai normal dimensi okular bangsa Melayu muda di Malaysia. Seramai 584 orang telah diundang untuk menjadi subjek untuk kajian secara sukarela. Pengukuran yang dilakukan meliputi kelengkungan dan ketebalan tengah kornea, nilai esentrisiti kornea (e), diameter iris horizontal dan vertikal yang kelihatan, saiz pupil dan bukaan palpebral. Subjek dibahagikan kepada 3 kumpulan berikut mengikut umur dan dipadankan mengikut jantina dan umur: Kumpulan 1 (7-12 tahun, n = 188), Kumpulan 2 (13 to 18 tahun, n = 196) and Kumpulan 3 (19 to 24 tahun, n = 200). Pengukuran dilakukan menggunakan topografer kornea (CTK 922 dari Haag Streit, Jerman), pakometer ultrasonik (Corneo-Gage Plus 2 dari Sonogage Incorporated) dan auto refraktometer (Auto-Ref R1 dari Canon, Jepun). Dimensi okular bangsa Melayu yang diukur didapati lebih kecil dari bangsa lain di seluruh dunia. Perbezaan yang signifikan juga didapati untuk semua pengukuran dengan peningkatan umur (p < 0.05). Keputusan kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk nilai dimensi okular populasi Melayu muda Malaysia di masa hadapan.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  11. Chee, Winnie Siew Swee, Ting, Geik Poh, Tan, Soon Yean, Chan, Siew Pheng, Zaitun Yassin, Suriah Abdul Rahman
    MyJurnal
    Kehilangan jisim tulang adalah lebih ketara selepas menopaus. Jangka masa menopaus dan umur yang meningkat dikaitkan dengan penurunan jisim tubuh tanpa lemak, peningkatan lemak badan dan peningkatan berat badan. Kajian ini melihat sumbangan relatif jisim tubuh tanpa lemak dan lemak badan ke atas ketumpatan mineral tulang (KMT) di kalangan 139 wanita Cina posmenopaus sihat di Kuala Lumpur. KMT di kawasan seluruh tubuh, tulang belakang ( L2-L4), leher femur dan keseluruhan tulang pinggul diukur dengan alat dual-energy X-ray absorptiometry (DxA). Hasil kajian mendapati 80% daripada wanita posmenopaus Cina mempunyai jisim tulang yang rendah (osteopenia) manakala 8% daripada mereka mengalami osteoporosis di bahagian tulang belakang atau tulang pinggul. Secara keseluruhan, lemak badan mempunyai korelasi yang positif dengan KMT di semua bahagian diukur (keseluruhan tubuh, r = 0.265, p < 0.001; tulang belakang r = 0.214, p < 0.05, leher femur, r = 0.254, p < 0.001; keseluruhan tulang pinggul r = 0.332, p < 0.001). Jisim tubuh tanpa lemak juga mempunyai korelasi yang positif dengan KMT kebanyakan kawasan diukur (keseluruhan tubuh, r = 0.239, p < 0.001; leher femur r = 0.365, p < 0.001; keseluruhan tulang pinggul r = 0.352, p < 0.001) kecuali tulang belakang. Analisis regresi menunjukkan lemak badan dapat meramal KMT pada keseluruhan badan (p < 0.0001) dan tulang belakang (p < 0.005) manakala jisim tubuh tanpa lemak dapat meramal KMT pada tulang femur dan tulang pinggul (p < 0.0001). Hasil kajian menunjukkan kedua-dua lemak tubuh dan jisim tubuh tanpa lemak memainkan peranan dalam mempengaruhi KMT, di mana lemak badan memainkan peranan yang lebih di kalangan wanita posmenopaus. Oleh itu, wanita posmenopaus perlu elakkan mempunyai berat badan yang terlalu rendah (kurang lemak badan) dan mengekalkan jisim tubuh tanpa lemak untuk mencegah osteoporosis.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  12. Darfizzi Derawi, Jumat Salimon
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Kajian pengoptimuman tindak balas pengepoksidaan minyak sawit olein (POo) dengan menggunakan mangkin asid performik (HCOOOH) telah dijalankan. Kesan tindak balas terhadap nisbah kepekatan HCOOH : H2O2 dan masa tindak balas telah dikaji pada suhu 45oC. Kandungan oksigen oksirana (OOC) optimum sebanyak 3.61% diperoleh dengan menggunakan nisbah mol 1 : 5 : 2 pada 150 min dan sebanyak 96.5% penukaran dapat dicapai. Hasil tindak balas adalah sebanyak 91.3%. Puncak kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) bagi minyak sawit olein terepoksida (EPOo) telah berubah sepenuhnya berbanding puncak HPLC POo. Spektrum transformasi Fourier infra-merah (FTIR) telah menunjukkan kehadiran puncak ikatan gelang oksirana pada 844 cm-1.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  13. Darfizzi Derawi, Jumat Salimon
    Sains Malaysiana, 2016;45:817-823.
    Sebatian hidroksi-eter-POo
    (80% hasil) disintesis melalui pembukaan gelang oksirana minyak sawit olein terepoksida
    (EPOo
    ) secara alkoholisis. Hasil optimum pembukaan gelang oksirana (99.2%) dicapai dengan menggunakan asid
    sulfurik 3% v/bt pada suhu tindak balas yang tinggi (80o
    C) selama 30 minit masa tindak balas. Spektrum resonan
    magnetik nukleus-proton (1
    H-NMR) hidroksi-eter-POo
    telah menunjukkan kehadiran puncak proton pada karbon eter
    (3.2, 3.5 ppm) dan proton pada kumpulan hidroksil (4.8 ppm). Spektrum resonan magnetik nukleus-karbon (13C-NMR)
    hidroksi-eter-POo
    telah menunjukkan kehadiran puncak karbon yang terikat dengan kumpulan hidroksil (75 ppm) dan
    karbon pada karbonil kumpulan eter (72 ppm). Kelikatan kinematik hidroksi-eter-POo
    adalah 234.4 cSt (40o
    C) dan 28.1
    cSt (100o
    C) dengan indeks kelikatan 156.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  14. Emee Marina Salleh, Norinsan Kamil Othman, Azman Jalar
    Sains Malaysiana, 2018;47:1867-1872.
    Pengecilan saiz antarahubung dalam papan litar bercetak (PCB) membawa kepada migrasi elektrokimia (ECM) dan
    kemudiannya menyebabkan litar pintas. ECM merupakan salah satu jenis kakisan yang ketara menjejaskan kebolehtahanan
    kakisan kepada peralatan elektronik. Migrasi ini ialah fenomena ion logam bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang
    lain di dalam medium logam, menyebabkan endapan berlaku di bahagian katod logam ataupun aloi. Justeru, kajian ini
    dijalankan untuk menentukan kelakuan kakisan melalui ujian titisan air (WDT) pateri bebas plumbum Sn-3.0Ag-0.5Cu
    (SAC305) di dalam larutan natrium hidroksida (NaOH) yang berbeza kepekatan iaitu 0.05M, 0.1M, 0.5M dan 1.0M.
    Purata masa-ke-kegagalan (MTTF) pateri SAC305 berkurangan apabila didedahkan kepada medium larutan NaOH
    yang semakin tinggi kepekatannya. Pembentukan dendrit dikesan selepas kakisan pateri SAC305 akibat proses ECM dan
    menyebabkan litar pintas. Hasil kakisan Cu(OH)2
    dan SnO2 juga didapati terbentuk selepas pateri terkakis. Bopeng
    kecil kelihatan terbentuk terutamanya pada kepekatan yang tinggi adalah disebabkan oleh perlarutan pada anod Sn.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  15. Ghani RA, Nasir R, Wan Shahrazad WS, Yusooff F
    Jurnal Psikologi Malaysia, 2013;olume 27:3-14.
    Kajian kuasai-eksperimental ini dijalankan bertujuan untuk mengukur kesan terapi keluarga ke atas herotan kognitif pesalah remaja. Subjek kajian terdiri daripada 18 orang pesalah jenayah remaja yang menerima perintah bon berkelakuan baik berserta perintah tambahan bengkel interaktif sebagai kumpulan rawatan dan 18 orang pesalah remaja yang menerima perintah bon berkelakuan baik tanpa perintah tambahan bengkel interaktif sebagai kumpulan kawalan. Herotan kognitif diukur menggunakan soal selidik laporan kendiri Cognitive Distortion Scale (CDS). Subjek rawatan diberikan enam sesi terapi keluarga dalam jangka masa 2 - 3 bulan selama 50 ke 90 minit bagi setiap sesi. Ujian SPANOVA digunakan untuk mengukur kesan terapi keluarga ke atas pesalah remaja. Hasil kajian menunjukkan terapi keluarga berkesan secara signifikan untuk mengurangkan herotan kognitif pesalah remaja.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  16. HALIM A, MOHD FIRHAD AHMAD
    Sains Malaysiana, 2013;42:1689-1696.
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan isoterma dan kinetik penjerapan bahan pencemar boron daripada air sisa sintetik menggunakan batu kapur sebagai bahan penjerap berkos rendah. Penjerapan boron berlaku secara optimum pada julat pH6-8, masa sentuhan pada 90 min dan dos batu kapur 240 g/L yang penyingkirannya mencapai 40%. Isoterma penjerapan lebih diwakili oleh model Freundlich (R2 = 0.91) berbanding model Langmuir (R2 = 0.78) yang menunjukkan penjerapan secara multilapisan adalah dominan. Kajian kinetik penjerapan menunjukkan penjerapan boron ke atas batu kapur mematuhi dengan baik model penjerapan pseudo-tertib pertama (R2 = 0.93), pseudo-tertib kedua (R2 = 0.987), Elovich (R2 = 0.931) dan Intrapartikel (R2 = 0.960). Mekanisme penjerapan secara kimia adalah dominan berdasarkan nilai R2 yang paling tinggi bagi model pseudo-tertib kedua.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  17. Halim A, Meerah TS, Lilia Halim
    Kajian berkaitan dengan salah konsep pelajar dalam kursus fizik kuantum jarang dilakukan, kerana tidak ramai pelajar yang terlibat dalan kursus berkenaan. Kajian ini dijalankan bagi membantu mengenal pasti salah konsep pelajar pada tahap awal. Kajian ini bertujuan untuk membina ujian diagnostik yang boleh mendiagnosis salah konsep pelajar sains dan menggunakan dapatan kajian bagi membaiki kaedah Pengajaran dan Pembelajaran kursus fizik kuantum. Ujian Diagnostik Fizik kuantum (UDFK) aneka pilihan yang merangkumi konsep cahaya, model atom, sifat keduaan gelombang-zarah, fungsi gelombang dan graf tenaga keupayaan kuantum, dilakukan kepada 200 pelajar universiti. Kajian menunjukkan bahawa ramai pelajar menggunakan konsep klasik untuk menjelaskan fenomena kuantum. Sebagai contoh pelajar menjelaskan bahawa cahaya adalah gelombang, elektron adalah zarah, dan struktur atom selari dengan sistem suria. Bagi mengatasi masalah ini, dicadangkan agar pensyarah mengambil masa lebih untuk menjelaskan takrifan asas dan kaedah penggunaan analogi dalam pengajaran fizik kuantum.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  18. Hani Nabilia Muhd Sahimi, Chubo, John Keen, Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Noor Bahiah Saripuddin, Siti Sarah Ab Rahim
    Trop Life Sci Res, 2018;29(1):139-154.
    MyJurnal
    Tarsius bancanus borneanus (kera hantu) pertama kali dicam oleh Elliot pada
    tahun 1990 merupakan spesies endemik yang boleh ditemui di kepulauan Borneo yang
    terdiri dari Sabah dan Sarawak (Malaysia), Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.
    Sub-spesies ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terlindung sepenuhnya di bawah
    Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak (1998) dan disenaraikan sebagai spesies
    yang terdedah kepada kepupusan oleh IUCN. Kajian ini telah dijalankan di Universiti Putra
    Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), dari Oktober 2014 hingga Mac 2015. Menerusi
    persampelan tangkap-lepas yang meliputi kawasan seluas 37 ha hutan sekunder dan 7.13
    ha hutan yang dipulihara, sebanyak 16 ekor kera hantu telah ditangkap menggunakan jaring
    kabut manakala seekor kera hantu telah berjaya ditangkap semula. Kepadatan populasi
    kera hantu yang ditangkap menggunakan jaring kabut di dalam hutan sekunder adalah
    38 individu/km² manakala 28 individu/km² dicatatkan bagi hutan yang dipulihara. Dengan
    menggunakan kaedah penangkapan per satu unit usaha (net-jam), masa purata bagi
    seekor kera hantu ditangkap di dalam hutan sekunder adalah 26.6 jam/haiwan dan 30 jam/
    haiwan di dalam hutan yang dipulihara. Keputusan membuktikan data mengenai kehadiran
    kera hantu di dalam kedua-dua hutan sekunder dan hutan yang dipulihara terutamanya di
    kampus UPMKB sekaligus menonjolkan nilai pemuliharaan kawasan hutan tersebut.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  19. Intan Elya Suka, Nur Farhana Roslan, Zamri Zainal, Nurulhikma Md Isa, Bee LC
    Sains Malaysiana, 2018;47:1465-1471.
    Gen Proteolisis 6 (PRT6) merupakan gen yang memainkan peranan penting dalam tapak jalan N-end rule dan berfungsi
    sebagai enzim E3 ligase. PRT6 berperanan dalam pengenalan protein sasaran bagi proses degradasi. Objektif utama kajian
    ini adalah untuk mentransformasi konstruk RNAi PRT6 ke dalam tomato berperantarakan Agrobacterium tumefaciens.
    Ini bertujuan untuk memahami peranan tapak jalan N-end rule semasa proses pemasakan buah. Beberapa faktor yang
    memberi kesan kepada transformasi seperti masa ko-penanaman dan juga kepekatan antibiotik yang digunakan telah
    dioptimumkan. Keputusan kajian menunjukkan pengeraman kotiledon selama 48 jam pada medium ko-penanaman dapat
    meningkatkan penghasilan kalus sebanyak 61% manakala penggunaan 500 mg/L antibiotik karbenisilin dalam medium
    regenerasi pucuk dapat mengurangkan kontaminasi A. tumefaciens sehingga 5.2%. Selain itu, strain A. tumefaciens
    C58 merupakan strain A. tumefaciens yang paling sesuai digunakan sebagai perantara dalam kajian ini. Tindak balas
    berantai polimerase (PCR) telah dijalankan pada pucuk yang terhasil untuk mengesahkan integrasi fragmen PRT6 ke dalam
    genom tomato. Berdasarkan analisis PCR, kesemua tujuh pucuk putatif transgenik adalah merupakan transforman positif.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  20. Jamal Othman, Wan Nur Shaziayani Wan Mohd Rosly, Norshuhada Samsudin, Sharifah Sarimah Syed Abdullah, Noor Azizah Mazeni, Muniroh Hamat, et al.
    Jurnal Inovasi Malaysia, 2020;3(2):12-25.
    MyJurnal
    Penyata Peperiksaan merupakan dokumen rasmi yang membolehkanpelajar menduduki peperiksaan. Maklumat slip peperiksaan yang tidak lengkap boleh menyebabkanpelajar lewat ketempatpeperiksaan atau lebih teruk lagi tidak hadir peperiksaankerana tersalah menyemak jadualdan tempatpeperiksaan. Bagi mengatasi masalah ini, metodologi SDLC (System Development Life Cycle) untuk pembangunan sistem berasaskan webtelah dijalankan.Slip Peperiksaan Komprehensif atau singkatannya ComprESS membolehkan pelajar menjana dan mencetak slip peperiksaan baharu yang mengandungi maklumat lengkapseperti tarikh,masa,tempatdan nombor meja. Pengguna sistem telah memberikan maklumbalas positif melalui pengujian sistem sertamaklumbalas dariatas talian. Melalui temubual dengan pelajar dan staf, mereka sangat yakinbahawa ComprESS telahmenyelesaikan isu maklumat peperiksaan yang tidak lengkap pada penyata peperiksaan dan seterusnya pengurusan peperiksaanlebih efisien.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links