Displaying publications 41 - 60 of 182 in total

Abstract:
Sort:
  1. Suhairullah Bin Omar Ramih, Ambrews Andau, Roslee Bin Talip, Muhamad Suhaimi Bin Taat
    MyJurnal
    This study looks at the impact on program management on social interaction in outdoor education programs at Sabah Co-Curriculum Center. This quantitative study uses questionnaire instruments. A total of 113 respondents were involved in the west coast of Sabah. The findings show that mean scores for program management and social interaction levels are high. While the correlation results showed a significant but modest positive relationship (r = 0.469 , k
  2. Nurul Izzati Binti Hasnun, Nurul Aziera Binti Zainol Abidin, Nurhana Binti Roslan, Mohamad Shukri Bin Abdul Hamid
    MyJurnal
    Friendship is a topic that should be emphasized and studied, and it can be positive or negative. There are many forms of friendship that can be termed, but it may also differ from one's perspective and certain characteristics of a person. The value of friendship is very important to study in order to know the level of our friendships. In college student development, peer influence can also influence student engagement in engaging in their college activities. It can be seen in terms of involvement in sports activities, curriculum activities and more. The main purpose of this study was to develop of Friendship instrument in chemistry and engagement of SQS UUM students and find the relationships between genders with chemistry and engagement. Using Factor Analysis in order to develop valid and reliable of the friendship Instrument based on chemistry and engagement. In order to study the validity of the data, face validity was used before the instrument was distributed in which the pilot study was conducted. To determine which factor is best, the analysis uses varimax rotation and selects which component is best and meets the criteria. Normality test was used to find the data was normal or nonnormal. Spearman Correlation and Chi Square Test method used in the non-normal data to find the relationship of selected variables.
  3. Noorazmil Bin Noorta, Maureen De Silva
    MyJurnal
    Darwinisme sosial merupakan sebuah teori yang diagungkan oleh kuasa Barat bagi mewujudkan jurang perbezaan manusia dalam pelbagai aspek dengan mengangkat status mereka sebagai bangsa ‘superior’, manakala bangsa kulit hitam dan berwarna pula dikategorikan sebagai ‘inferior’ atau “lesser breed’’ pada abad ke-19. Justeru kajian ini akan memberi tumpuan kepada analisis bagaimana kuasa barat cuba untuk mengimplementasikan teori ini kepada penduduk di Borneo Utara dengan menggunakan dan menerapkan sistem sosial serta budaya mereka sebagai acuan bagi membentuk masyarakat yang mempunyai ketamadunan moden seperti yang mereka percayai bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka menerusi slogan “white man burden”. Bagi mencapai objektif ini, kaedah kajian secara kualitatif telah digunakan dengan merujuk kepada sumber primer dan sekunder sebagai sumber utama. Sumber-sumber tersebut merupakan bahan yang dapat diakses di Arkib Negeri dan perpustakaan, serta terdiri daripada buku dan artikel yang terdapat dalam jurnal. Selain itu, sumber daripada laman sesawang yang releven juga digunakan bagi mengukuhkan hujah dan perbincangannya. Dapatan utama kajian ini mendapati bahawa penjajahan kuasa barat khususnya British dalam menguasai Borneo Utara bukan hanya bermatlamatkan pengeksploitasian ekonomi sahaja, namun mereka juga bertujuan untuk mengubah kehidupan tradisional penduduk tempatan memandangkan mereka beranggapan bahawa itu adalah suatu tanggungjawab yang mereka pikul dalam mendidik bangsa yang lebih rendah dari mereka, banyak berkait rapat dengan status dan maruah mereka sebagai kuasa imperialis yang mempromosikan ketamadunan. Maka, demi mencapai matlamat tersebut, pelbagai transformasi dan perubahan yang telah dilakukan oleh British dalam pelbagai aspek bagi mengubah taraf hidup penduduk tempatan khususnya dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, penulis akan membincangkan secara lebih mendalam mengenai justifikasi teori tersebut, serta dengan lebih lanjut bagi membincangkan apakah aspek dan pendekatan yang digunakan oleh Barat dalam mentamadunkan penduduk di Borneo Utara seperti apa yang mereka percayai menurut Darwinisme Sosial.
  4. Mohd Hanafi Jumrah, Haryati Abdul Karim
    MyJurnal
    Filem-filem alternatif bukan hanya sekadar cerita, tetapi terdapat mesej dan idea yang tersirat yang wujud sebagai wadah media menyampaikan sesuatu ideologi. Idea yang dilontarkan melalui filem alternatif lebih bersifat kritikal dalam memaparkan realiti hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada resepsi audiens remaja terhadap filem alternatif Malaysia yang mana tumpuan adalah kepada pendekatan neo-realisme yang wujud dalam penafsiran mesej di antara informan dengan teks filem alternatif Nasi Lemak 2.0 (NL 2.0). Kajian ini juga melihat adakah wujud pendekatan neorealisem dalam penafsiran mesej di antara informan dengan teks filem? Kajian ini menggunakan dua kaedah analisis iaitu analisis tekstual dan analisis tematik dalam mencari pendekatan neo-realisem yang wujud dalam filem NL 2.0 ini. Kajian ini terdiri daripada 56 orang pelajar iaitu 28 orang pelajar lelaki dan 28 pelajar perempuan dari pelbagai etnik. Neo-realisme adalah gambaran awal tentang sesuatu perkara sebenar (terutamanya aspek kehidupan) dan tidak bersifat khayalan (Bazin Andre diterjemah oleh Gray Hugh, 1972). Pendekatan neo-realisme yang dipaparkan oleh Namewee dalam filem ini sangat jelas melalui representasi kepelbagaian kebudayaan etnik di Malaysia. Pendekatan neo-realisme ini membawa kepada cerminan realiti kehidupan masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia pada masa kini yang mana informan mengaitkan naskah filem alternatif ini dengan kehidupan seharian. Selain itu juga, kajian ini melihat pendekatan neo-realisme membentuk sosiobudaya kepelbagaian etnik dalam naskah filem dan realiti sebenar informan. Penghasilan filem ini cuba memaparkan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik secara semulajadi dan jelaslah menunjukkan bahawa filem alternatif sebagai wadah penyampaian ideologi yang membentuk penyatuan dalam kalangan masyarakat Malaysia
  5. Latifah Binti Ayang, Mohd Khairuddin Abdullah @ Jerry, Asmiaty Amat
    MyJurnal
    Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen guru terhadap pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah. Pengurusan panitia dilihat dalam aspek prinsip pengurusan panitia, sifat kendiri dan kemahiran pengurusan. Manakala kualiti pengajaran pula dilihat dari sudut dimensi persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran dan aspek tingkah laku. Seterusnya pemboleh ubah komitmen kerja dilihat dari aspek kesediaan untuk kekal dalam organisasi dan kesediaan untuk memenuhi matlamat organisasi. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan Teori Pengurusan Saintifik Taylor, Teori Vroom dan Teori Side Bet. Pengkaji telah menggumpul sebanyak 335 soal selidik yang telah dijawab dalam kalangan responden guru yang mengajar Bahasa Melayu dan mewakili seluruh sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di Negeri Sabah dengan mengunakan persampelan berkelompok, persampelan kluster dan persampelan rawak mudah. Manakala data pula dianalisis menggunakan program SPSS for Windows Versi 25.0 Ujian regrasi berganda menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara pengurusan panitia dan pencapaian Bahasa Melayu R2 =.485 dan pengaruh Kualiti pengajaran terhadap pencapaian Bahasa Melayu R2 =.646. Manakala pengaruh komitmen kerja terhadap pencapaian Bahasa Melayu menunjukkan nilai pengaruh R2 =.586. Seterusnya dalam analisis regrasi hierarki didapati bahawa konstruk tingkah laku pengajaran guru di bilik darjah memberi sumbangan yang paling besar iaitu sebanyak 41.0% terhadap pencapaian Bahasa Melayu. Pengkaji turut mencadangkan agar pihak berwajib bersama-sama mengembleng tenaga untuk memastikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sentiasa cemerlang sejajar dengan taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
  6. Shanti A/P Gobalakrishnan, Abdul Said Ambotang
    MyJurnal
    Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Dalam era globalisasi yang mencabar, kebanyakan negara semakin memandang berat terhadap bidang pendidikan kerana pendidikan telah memainkan peranan yang penting. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan kajian semula terhadap sistem pendidikan negara dalam konteks standard pendidikan antarabangsa. Hasil daripada kajian tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilancarkan (KPM,2013). Melalui PPPM 2013-2025 salah satu perancangan adalah kemahiran abad ke21 dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh tahap akauntabiliti guru, peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21 sekolah rendah di Negeri Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat serta menganalisis pengaruh yang wujud antara tahap akauntabiliti guru, peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru dalam isu ini. Seterusnya kajian ini juga menganalisis efikasi kendiri guru sebagai pengantara dalam hubungan tahap akauntabiliti guru dan peranan pentadbir terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21. Implikasi daripada kajian ini juga diharapkan agar guru dan pihak pentadbir dapat menjalin kerjasama yang erat terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21 di sekolah agar mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
  7. Frica Esther Anak Kik, Ubong Imang
    MyJurnal
    Pada era globalisasi ini, pembangunan negara tidak dapat diseimbangkan dengan baik memandangkan pembangunan fizikal semakin lebih pesat berbanding pembangunan sosial, terutamanya di bandarbandar besar yang sedang membangun. Oleh sebab itu, pembangunan sosial haruslah diambil perhatian supaya pembangunan fizikal dan sosial dapat dibangunkan dengan seimbang dan juga seiring. Dasar Sosial negara turut memberikan penekanan kepada aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Di Malaysia, kajian yang melibatkan pembangunan sosial kanak-kanak dalam mewujudkan kesejahteraan sosial di kawasan perumahan adalah kurang diambil perhatian oleh para penyelidik. Maka, kajian ini dilakukan untuk membincangkan mengenai kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan perumahan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai dua perkara penting dalam perancangan bandar iaitu perancangan sosial dan kesejahteraan sosial bandar. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian lepas dan dan juga meneliti Pelan Struktur Sabah 2033 yang diperolehi daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah negeri Sabah serta temubual berstruktur bersama pegawai Jabatan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah negeri Sabah . Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perancangan sosial yang baik dapat memberikan impak yang cukup besar dalam mewujudkan kesejahteraan sosial masyarakat bandar. Taman permainan juga telah dikenalpasti mampu memberikan kesan positif kepada kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan perumahan. Hal ini kerana, taman permainan berperanan sebagai tempat pertemuan sosial, iaitu tempat berkumpul dan saling mengenali antara ibu bapa dan juga anak-anak jiran tertangga.
  8. M.Kaviza
    MyJurnal
    Kajian secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penjanaan aplikasi strategi kemahiran pemikiran sejarah melalui aktiviti analisis sumber-sumber dokumen teks sejarah. Seramai 55 orang murid Tingkatan Empat yang berbeza tahap pemikiran kritis terlibat dalam kajian ini. Soal selidik kemahiran pemikiran sejarah dan ujian pemikiran kritis yang diadaptasi merupakan instrumen kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penjanaan aplikasi strategi kemahiran pemikiran sejarah melalui aktiviti analisis sumber-sumber dokumen teks sejarah berada pada tahap tinggi. Selain itu, murid berpemikiran kritis tinggi mempamerkan tahap yang lebih tinggi berbanding dengan murid berpemikiran kritis rendah. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan kepada guru-guru dalam merancang kaedah pengajaran yang inovatif selaras dengan pelaksanaan strategi pembelajaran abad ke-21 dalam pendidikan sejarah.
  9. Noraniza Mohd Nor, Syed Mohamad Syed Abdullah, Siti Nur Hadis A Rahman
    MyJurnal
    The issue of aggressive behaviour is often the subject of serious discussion amongst discipline teachers and school counselors. From the Islamic perspective, aggressive behaviour is caused by the lack of Islamic values in aspects of student interaction at schools. Thus, the readiness of discipline teachers and school counselors to tap into the skills and knowledge of counseling using the Islamic approach is crucial in realizing the outlined educational development plan. This concept paper aims to enhance the effectiveness of Islamic counseling based on Abdullah Nasih Ulwan’s views in addressing aggressive behaviour among school students. The methodology of the study is in the form of literature reviews by examining books, journals and previous studies related to the topic of discussion. The study has found that there are 4 ways of dealing with aggressive behaviours among secondary school students based on Abdullah Nasih Ulwan’s view which are the responsibility of faith education, the responsibility of educating the mind, the responsibility of educating the mind awareness and the responsibility of educating the soul. The guidelines above should be utilized by school counselors in handling the issue of aggressive behaviours amongst school students.
  10. Kartina Narwan
    MyJurnal
    Pemerkasaan wanita adalah salah satu syarat utama untuk mencapai kesaksamaan gender. Kajiankajian terdahulu mendapati sektor ekopelancongan berpotensi untuk memperkasa wanita dan merapatkan jurang gender dalam sesebuah komuniti. Namun begitu, sehingga kini masih wujud ketidaksaksamaan gender dalam sektor ekopelancongan dan ini telah memperlahankan proses pemerkasaan wanita dan seterusnya mempengaruhi pencapaian pembangunan komuniti khususnya di luar bandar. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan perspektif gender untuk menganalisis kriteria-kriteria ketidaksaksamaan gender yang masih wujud dalam sektor ekopelancongan di luar bandar, Sabah. Disamping itu, kajian ini juga cuba untuk menilai sejauhmana sektor ekopelancongan mampu mengurangkan jurang ketidaksaksamaan gender serta mampu memperkasa wanita di luar bandar. Walaupun sebelum ini terdapat pelbagai kajian yang telah dilakukan di Sabah berkaitan isu ekopelancongan, namun pendekatan perspektif gender dalam kajian ekopelancongan di Malaysia khususnya di Sabah masih kurang. Untuk memenuhi kekurangan tersebut, kajian ini mengaplikasi pendekatan perspektif tersebut untuk menganalisis impak aktiviti sektor ekopelancongan di luar bandar terhadap pemerkasaan wanita, tahap pencapaian kearah kesaksamaan gender serta kesannya kepada pembangunan komuniti. Kajian ini dijalankan dalam dua buah kampung di Kota Belud iaitu Kampung Rampayan Laut dan Kampung Nanamun, iaitu dua buah kampung yang terlibat mengusahakan aktiviti-aktiviti berkaitan ekopelancongan.
  11. Elsapaula Anak Rijem
    MyJurnal
    Rumah kedai bersejarah di Pantai Barat Sabah telah dibina ketika pentadbiran British North Borneo Company (Chatered) seawal akhir abad ke-19. Disebabkan usia bangunan ini ada yang melebihi 100 tahun menyebabkan timbul banyak isu dan ancaman seperti kemusnahan kerana bencana alam. Manakala pengubahsuaian yang tidak sensitif dan perobohan bangunan bersejarah ini bagi memberi laluan kepada pembangunan terkini merupakan ancaman manusia yang utama. Justeru, kajian ini akan membincangkan usaha dalam pemeliharaan dan perlindungan tinggalan bersejarah ini. Perbincangan turut memberi latar belakang sejarah pembinaan rumah kedai dengan menonjolkan keunikan seni binanya. Kajian ini akan menggunakan pendekatan sejarah dalam pengumpulan data dan analisis kritikal pengurusan warisan. Makalah ini diharap dapat menjelaskan bentuk isu dan pendekatan alternatif dalam memelihara dan melindungi bangunan rumah kedai bersejarah yang masih wujud di beberapa pekan dan bandar di Sabah.
  12. Mohd Nasir Rayung, Mohd Husin Musa, Mansur Tanra
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan item instrumen Kemenjadian Pelajar (KP) tingkatan enam. Sebanyak 418 orang responden terdiri daripada pelajar tingkatan enam dari seluruh negeri Sabah telah dipilih sebagai sampel kajian. Terdapat enam pemboleh ubah KP yang diuji dalam kajian ini merangkumi pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran kepimpinan, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Analisis data kajian dijalankan secara deskriptif (Cronbach alpha) dan analisis faktor pengesahan (CFA) menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural equation modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan nilai Alpha Cronbach berada pada klasifikasi tinggi dan sangat tinggi melebihi 0.70. Hasil analisis model pengukuran peringkat kedua kemenjadian pelajar adalah sepadan dan boleh diterima berdasarkan penyelesaian enam pemboleh ubah kajian. Kajian juga mencadangkan model pengukuran 19 item soalan untuk mengukur tahap kemenjadian pelajar.
  13. Azlina Mohd Khir, Nobaya Ahmad, Muhd Dhamir Audi Azizul, Asnarulkhadi Abu Samah, Hanina Halimatusaadiah Hamsan
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara sikap terhadap Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan perubahan kepada sosio-ekonomi dalam kalangan peserta PPP Orang Asli. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) menghuraikan latar belakang responden; ii) mengenal pasti tahap sikap dan perubahan sosio-ekonomi; dan iii) menentukan hubungan antara sikap terhadap PPP dan perubahan kepada sosio-ekonomi. Kajian ini melibatkan 110 Orang Asli yang menyertai PPP di negeri Perak. Pemilihan responden adalah secara persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Hasil kajian mendapati antara projek PPP yang dijalankan di negeri Perak adalah tanaman sayuran, limau kasturi dan pisang, serta ternakan kambing, lembu, ikan tilapia dan kelulut. Dapatan kajian menunjukkan adanya peningkatan pendapatan dalam kalangan responden walaupun majoriti daripada mereka memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM1000. Secara keseluruhannya, majoriti responden mempunyai sikap yang positif terhadap PPP, manakala perubahan kepada sosioekonomi berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara sikap terhadap PPP dengan dimensi perubahan sosio-ekonomi (r = .430 hingga r = .681; p
  14. Muhamad Bin Omar, Lea Dagol, Carolyn Melissa Payus, Leong Wan Vun
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan elemen ‘Suri Teladan’ dan ‘Celik Alam Sekitar’ dalam kalangan pelajar di negeri Sabah. Sampel adalah terdiri daripada 110 orang responden yang dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Pendekatan kuantitatif dengan teknik tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap Celik Alam Sekitar (skor min= 4.20, SP= 0.30) dan ‘Suri Teladan’ (skor min= 4.09, SP= 0.34) pada guru adalah tinggi. Manakala Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi celik alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian berdasarkan penglibatan kelab dan persatuan. Namun begitu ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara suri teladan dan celik alam sekitar. Kesimpulannya, tahap celik alam sekitar bagi pelajar adalah pada tahap yang boleh dibanggakan dan responden bersetuju bahawa suri teladan berhubungan positif dengan celik alam sekitar.
  15. Faris Fakhira Tauran, Zaitul Azma Zainon Hamzah
    MyJurnal
    Kemenangan parti pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 telah memecahkan tampuk pimpinan kerajaan lama yang telah memerintah selama 60 tahun. Pelbagai isu mengenai pilihan raya umum disiarkan menerusi media massa terutamanya media cetak. Media cetak seperti surat khabar juga tidak terlepas daripada menyiarkan pelbagai judul berita yang menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa judul berita yang ditulis menggunakan perkataan yang mempunyai makna implisit. Penggunaan perkataan yang mempunyai makna implisit ini akan menyukarkan pembaca untuk memahami judul yang dipaparkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan perkataan implisit yang terdapat dalam judul berita PRU ke-14. Kaedah yang dipilih bagi melaksanakan kajian ini ialah kaedah kualitatif. Selain itu, bahan kajian yang digunakan ialah surat khabar Berita Harian keluaran bulan April dan Mei bagi tahun 2018. Namun, berita yang dipilih hanya berfokus kepada berita PRU ke-14 yang mempunyai perkataan implisit sahaja. Setiap data yang dikumpul akan dikateorikan mengikut bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk. Data yang telah dikategorikan akan dianalisis dengan menggunakan teori semiotik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat 28 judul berita PRU ke-14 yang menggunakan perkataan implisit. Kebanyakan perkataan implisit ini terdiri daripada kata majmuk iaitu sebanyak 18 judul, diikuti kata tunggal sebanyak 8 judul dan kata terbitan sebanyak 2 judul. Penggunaan perkataan implisit ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pembaca supaya membaca berita yang disiarkan. Justeru, kajian ini secara tidak langsung dapat menunjukkan bahawa berita bergenre politik juga turut menggunakan perkataan implisit dalam penulisan judul berita.
  16. Julie Tay Gek Hsia
    MyJurnal
    Perdagangan lintas sempadan antara Sabah-Sarawak dan Kalimantan secara informal telah wujud sejak sebelumnya konfrontasi Indonesia berlaku pada tahun 1962-1966. Dalam hal ini, penyeludupan barangan di kawasan sempadan turut merupakan satu fenomena yang berterusan sehingga sekarang. Oleh itu, artikel ini ditulis bagi membincangkan mengenai fenomena penyeludupan barangan di kawasan sempadan dengan melihat kepada pandangan komuniti berkaitan permasalahan ini. Kajian ini menggunakan temu bual secara mendalam dan pemerhatian ke atas 15 orang informan bagi melihat kepada fenomena penyeludupan di kawasan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa sejarah perdagangan dan kekeluargaan di kedua-dua kawasan mempunyai kaitan dengan berlangsungnya aktiviti penyeludupan barangan dalam kalangan komuniti sempadan. Persepsi daripada komuniti dan pihak penguatkuasa turut mempengaruhi kelangsungan fenomena tersebut disebabkan sejarah perdagangan dan hubungan kekeluargaan yang dimiliki oleh kedua-dua komuniti sempadan. Namun demikian, dari sudut pandang nasional, fenomena tersebut merupakan satu aktiviti yang menyalahi undang-undang yakni penyeludupan. Oleh itu, bertitik-tolak daripada faktor tersebut isu ini terus berlaku di kawasan kajian.
  17. Cathrine Binti Masingan, Sabariah Bte Sharif
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) guru bukan pengkhususan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Menengah. Kajian ini adalah kajian kualitatif single case yang melibatkan dua orang guru bukan pengkhususan mata pelajaran RBT dipilih sebagai peserta kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Proses analisis data melibatkan tiga peringkat koding dalam Grounded Theory iaitu open coding, axial coding dan selective coding. Hasil kajian mendapati kedua peserta belum memahami dan menguasai sepenuhnya hala tuju, matlamat dan fokus KSSM RBT. Selain itu, mereka juga masih menghadapi masalah dalam menguasai isi kandungan mata pelajaran tersebut dengan baik. Dari aspek pengetahuan pedagogi, walaupun peserta kajian sedar tentang pendekatan-pendekatan PdPc yang dicadangkan dalam DSKP KSSM mata pelajaran RBT, namun mereka kurang menggunakan pendekatan tersebut dan masih cenderung menggunakan pendekatan pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan kepada guru dan menggunakan kaedah syarahan semasa proses PdPc.
  18. M. Kaviza
    MyJurnal
    Kajian berbentuk tinjauan secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah dalam kalangan murid tingkatan satu. Seramai 128 orang murid tingkatan satu terlibat dalam kajian ini yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Soal selidik yang diadaptasi yang telah disahkan oleh pakar-pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah berada pada tahap tinggi, di samping keenamenam konstruknya iaitu kepentingan belajar sejarah, keseronokkan belajar sejarah, kebolehan belajar sejarah, motivasi belajar sejarah, kerisauan belajar sejarah dan pengajaran guru sejarah juga berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini telah mencadangkan kepada para guru sejarah untuk mengambil langkah-langkah yang strategik bagi memastikan sikap yang lebih positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah dapat dibentuk dalam kalangan murid.
  19. Emma Binti Tingkas, Syahruddin Awg Ahmad
    MyJurnal
    Kaum wanita sebagai figura dunia merupakan satu pengikitirafan dan penghormatan tertinggi bagi mereka. Beberapa ‘figura’ wanita dunia dijadikan sebagai unit analisis untuk mengkategorikan gaya komunikasi yang diaplikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan dan juga sebagai idola masyarakat dunia.Salah satu ciri untuk menjadi figura dan pemimpin yang berkesan adalah dengan mengamalkan gaya komunikasi yang difikirkan sesuai berdasarkan persoalan tentang Siapa, Di mana dan Bagaimana gaya komunikasi tersebut diaplikasikan. Gaya komunikasi merupakan satu wadahyang digunakan bukan sahaja untuk memastikan kelancaran perjalanan pengurusan sesebuah organisasi namun juga penting dalam urusan hal ehwal tadbir melibatkan kerajaan sesebuah negara serta ketika berhadapan dengan khalayak. “The way you lead is thru the way you speak” merupakan falsafah budaya kepemimpinan yang menjadi asas kepada kertas kerja ini. Konsep kertas kerja ini adalah berpaksikan kepada enam gaya komunikasi oleh Tubbs dan Moss (2008) dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Kertas kerja ini juga akan memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang gaya komunikasi yang diamalkan oleh ‘figura’wanita dunia dalam melaksanakan praktis pengurusan dan pentadbiran kerajaan, organisasi yang diwakili mahupun sewaktu mereke perlu berhadapan dengan publik. Kertas kerja ini diharapkan mampu untuk menjadi perintis agar satu kajian yang lebih mendalam berkaitan karisma wanita samaada sebagai ketua kerajaan mahupun “public figure”daripada aspek komunikasi dapat dilakukan pada masa akan datang
  20. Anis Farhana Mohd Kassim, Azlina Mohd Khir, Mohd Ziyad Afiq Zaharim
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara motivasi membaca, persekitaran membaca di rumah dan sikap membaca dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia. Seramai 214 pelajar UPM yang dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat terlibat dalam kajian ini. Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga instrumen iaitu Survey of Adolescent Reading Attitudes, Motivations for Reading Questionnaire (MRQ) dan Students’s Reading Environments at Home: Exposure and Support. Hasil kajian menunjukkan sikap membaca bahan bacaan digital dan bercetak pelajar UPM berada pada tahap tinggi. Selain itu, kajian mendapati motivasi membaca intrinsik dan ekstrinsik serta persekitaran membaca di rumah pelajar UPM berada pada tahap sederhana. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan positif secara signifikan antara motivasi membaca intrinsik, motivasi ekstrinsik dan persekitaran membaca di rumah dengan sikap membaca bahan bacaan digital dan bercetak. Kesimpulannya, motivasi membaca dan persekitaran membaca di rumah mempunyai hubungan signifikan dengan sikap membaca dalam kalangan pelajar UPM. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sikap membaca yang positif, pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa terutamanya perlu mewujudkan persekitaran membaca yang kondusif di rumah agar dapat memupuk motivasi membaca dan sikap yang positif dalam kalangan anak-anak. Selain itu, pihak univerisiti dan pensyarah juga perlu mengambil langkah yang proaktif dalam mempromosi dan menggalakkan amalan membaca agar ia terus menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links