Displaying publications 41 - 60 of 85 in total

Abstract:
Sort:
  1. Harold Criso Ajin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Nurul Farhana Jufri, Ahmad Zorin Sahalan, Wan Omar Abdullah
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan untuk menentukan prevalens jangkitan Trichomonas vaginalis, di kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji di kalangan lima kumpulan etnik utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu. Penyaringan dijalankan pada lumuran Pap lazim ke atas 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelup Papanicolaou. Berdasarkan maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat kepada ciri-ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel epitelial sekiranya ianya mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan trikomoniasis mencatatkan jangkitan sebanyak 7.7% kes. Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan lebih kerap ditemui pada golongan umur 20 hingga 29 tahun. Kesemua kes turut menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan menjalani ujian lumuran Pap sebagai ujian mengesan jangkitan Trikomonas vaginalis selain saringan awal pengesanan kanser serviks.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  2. Ahmad Rohi Ghazali, Fazrina Hamzah, Wan Marahaini Wan Razali, Norizah Awang
    MyJurnal
    Alpinia conchigera (lengkuas kecil) merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan sebagai rawatan alternatif
    dalam bidang perubatan tradisional. Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan sitotoksik, genotoksik serta mod kematian
    sel yang disebabkan oleh ekstrak heksana A. conchigera ke atas sel hepar Chang. Asai MTT selama 24 jam telah dijalankan
    untuk mengenal pasti peratus viabiliti sel hepar Chang setelah dirawat dengan ekstrak heksana A. conchigera. Keputusan
    menunjukkan terdapat penurunan viabiliti sel secara signifi kan (p < 0.05) dengan nilai IC50 (8.6 μg/ml) berbanding kawalan
    negatif. Berdasarkan nilai IC50 ini, pewarnaan AO/PI dilakukan untuk menentukan mod kematian sel hepar Chang iaitu sama
    ada secara apoptosis atau nekrosis. Didapati bahawa terdapat perbezaan secara signifi kan (p < 0.05) bagi mod kematian
    sel hepar Chang secara apoptosis berbanding kawalan negatif. Dalam kajian ini, penentuan tahap kerosakan DNA sel
    hepar Chang turut dilakukan dengan menggunakan asai komet beralkali dengan nilai IC10 dan IC25 yang diperoleh daripada
    asai MTT (4 μg/ml dan 6 μg/ml) masing-masing. Setelah sel hepar Chang dirawat dengan ekstrak heksana A. conchigera
    selama 2 jam, didapati terdapat perbezaan secara signifi kan (p < 0.05) bagi peratus kerosakan DNA bagi kumpulan rawatan
    berbanding kawalan negatif. Kesimpulannya, ekstrak heksana A. conchigera memberi kesan sitotoksik dan genotoksik
    terhadap sel hepar Chang serta menyebabkan kematian sel secara apoptosis.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  3. Harold Criso Ajin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Abdul Hamid Abd Aziz, Ahmad Zorin Sahalan, Wan Omar Abdullah
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan untuk menentukan prevalens jangkitan vaginosis bakteria di kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak, Malaysia melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji di kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan kaum Orang Ulu. Penyaringan mikroskopi dijalankan ke atas 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelup Papanicolaou. Berdasarkan kepada maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel–sel epitelium sekiranya ia mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan jangkitan vaginosis bakteria mencatatkan sebanyak 79.7% (239/300 kes). Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan jangkitan lebih kerap ditemui pada golongan umur 20 tahun hingga 39 tahun. Majoriti kes (93.3%) menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan menjalani ujian lumuran Pap sebagai ujian mengesan jangkitan vaginosis bakteria selain saringan awal pengesanan kanser serviks.

    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  4. Ahmad Nazlim Yusoff
    MyJurnal
    Kajian pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) subjek tunggal ini menyelidiki kesan daya dan laju tepikan ke atas sifat pengaktifan korteks berkaitan motor semasa tepikan jari rentak sendiri secara bilateral. Subjek melakukan empat cara tepikan jari rentak sendiri iaitu sentuh-perlahan (SP), sentuh-laju (SL), tekan-perlahan (TP) dan tekan-laju (TL) dalam satu imbasan fMRI. Model linear am (GLM) digunakan dalam penjanaan pengaktifan otak. Pentaakulan statistik kemudiannya dibuat mengenai pengaktifan otak menggunakan teori medan rawak (RFT) Gaussian pada aras keertian diperbetulkan (α = 0.05), dengan andaian tiada pengaktifan berlaku. Keputusan mendapati otak mengkoordinasi tepikan jari bilateral rentak sendiri dengan penglibatan korteks berkaitan motor iaitu girus presentral (PCG) bilateral, serebelum bilateral dan juga kawasan motor tambahan (SMA). Peningkatan daya tepikan menonjolkan pengaktifan yang bererti (p < 0.05 diperbetulkan) pada PCG bilateral (Kawasan Brodmann (BA) 6) sejajar dengan fungsinya dalam mencetus tindakan motor seperti mengawal daya tepikan. Peningkatan laju tepikan pula menyebabkan peningkatan pengaktifan otak secara bererti (p < 0.05 diperbetulkan) hanya pada korteks kesatuan somatoderia iaitu pada lobus parietal superior (SPL) kanan atau BA7 kanan. Ini mencadangkan bahawa SPL memainkan peranan penting dalam mengkoordinasi pergerakan berkemahiran terancang.


    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  5. Abdul Mujid, A., Zailina, H., Juliana, J., Sharnsul Bahri, M.T.
    MyJurnal
    Satu kajian keratan rentas telah daalanlcan ke atas kanak-lcanak yang tinggal 0.5 km dari sebuah lcuari di Sungai Siput Utara. Objelctif kajian ini ialah untulc mengkaji hubungan PM10 dengan fungsi paru-paru kanak-kanak tersebut. Seramai 51 orang kanak-/canak yang ringgal berhampiran kuari dan terdedah dengan debu kaur tehih dipilih, manakala 37 orang kanak-kanak yang tinggal berjauhan tetapi di daerah yang sama telah dipilih sebagai perbandingan untuk lag ian ini. Borang soalselidik telah digunakan untuk mendapatlcan maklumat latarbelakang dan sejarah respiratori dari ibu bapa kanalc-kanak terlibat. Fungsi paru-paru kanak-kanak pula diukur dengan menggunakan Pony Graphic S pirometer. Min kepekatan PM1 0 selama 24 jam di dalam rumah kediaman di kawasan terdedah ialah 76.66 (g/m3 dan di kawasan perbandingan 41 .55 (g/m3. Perbezaan kepekatan PM10 di antara kedua kawasan ini adalah signifikan (p=0.01). Hasil ujian fungsi paru-paru menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara fungsi paru-paru kanalc-kanalc terdedah dengan kanak-kanak perbandingan dari segi FVC % jangkaan (t = -8.227, p = 0.01) dan FEV1 % jangkaan (t = -8.729, p = 0.01). Min fungsi paru-paru kanak-kanak lelaki di kawasan terdedah, (FVC % jangkaan = 68.05, FEV1 % jangkaan = 73.71) adalah lebih rendah daripada kawasan perbandingan (FVC % jangkaan= 89.78, FEV1 %~ jangkaan = 86.97). Min fungsi paru-paru kanak-kanak perempuan di kawasan terdedah (FVC % jangkaan= 69.64, FEV1 % jangkaan =74.90) juga adalah lebih rendah daripada hawasan perbandingan ( F VC % jangkaan = 90.99, FEV1 % jangkaan : 87 .7 9). Prevalens kejejasan parurparu FVC % jangkaan l
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  6. Mazliadiyana, M., Nazrun, A.S., Isa, N.M.
    Medicine & Health, 2017;12(1):83-89.
    MyJurnal
    Di Malaysia, timun laut lebih dikenali sebagai Gamat. Di kalangan kaum Melayu,
    gamat sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk melegakan kesakitan,
    merawat luka dan kesan terbakar. Ianya juga digunakan sebagai tonik untuk
    memberi sumber tenaga tambahan. Stichopus chloronotus merupakan salah satu
    spesies timun laut yang boleh didapati di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk
    menentukan dos optimum ekstrak akues Stichopus chloronotus emulsi salap ke
    atas luka pada model tikus. Beberapa siri kepekatan iaitu 0.1%, 0.5% dan 1%
    ekstrak akues Stichopus chloronotus emulsi salap diberikan ke atas luka eksisi sekali
    sehari selama 10 hari. Perubahan pada kawasan luka diukur dengan menggunakan
    angkup dan gambar luka diambil pada hari pertama, ke-3, ke-6, ke-8 dan ke-10
    selepas pembentukan luka. Keputusan daripada peratusan pengurangan luka dan
    pemerhatian makroskopik akan menentukan dos optimum Stichopus chloronotus.
    Hasil kajian menunjukkan, kumpulan tikus kajian yang menerima rawatan
    Stichopus chloronotus 0.5% mempunyai peratusan pengurangan luka yang lebih
    tinggi dan pemerhatian makroskopik yang lebih baik bermula dari hari ke-6 selepas
    pembentukan luka berbanding kumpulan yang lain. Kesimpulannya, dos 0.5%
    merupakan kepekatan optimum bagi Stichopus chloronotus memberikan kesan
    kepada penyembuhan luka dan akan digunakan pada kajian sebenar
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  7. Naomie Salim, Holliday J, Willett P
    This paper describes experiments to study on how well the whole range of topological indices-based non-binary similarity values represents the physicochemical similarities between compounds. Measured log P values have been compared with the log P values predicted from compounds at different range of similarities calculated based on various topological indices of the compounds. Analysis shows that the non-binary Cosine, Simpson and Pearson coefficients might give misleading results when certain compounds are compared. Similarity values involving 1% most similar compounds based on the non-binary Tanimoto or Euclidean coefficients has been found to be able to represent physicochemical similarities between the molecules compared. Therefore, for searches requiring around 1% most similar compounds, rational selection methods based on the non-binary Tanimoto or Euclidean coefficients are likely to produce better results than random selection. Similarity values involving 5% most dissimilar compounds based on the non-binary Tanimoto coefficients has also been found to be able to represent physicochemical dissimilarities between the molecules compared. Therefore, for diverse selection requiring less than 5% most dissimilar compounds, rational selection methods based on the non-binary Tanimoto coefficient is likely to produce better results than random selection. However, in both focused and diverse selection using the coefficients mentioned, as more and more compounds are selected, the selection becomes more and more like random selection in terms of physicochemical properties similarity and dissimilarity.
    Kertas kerja ini membincangkan mengenai kajian untuk melihat sejauh mana nilai keserupaan bukan binari yang dihasilkan melalui perbandingan indeks topologi sebatian mampu mewakili perbezaan atau keserupaan ciri fizikal dan kimia sebatian yang dibandingkan. Di dalam kajian ini, nilai log P yang diperolehi daripada ujikaji makmal telah dibandingkan dengan nilai log P jangkaan yang diambil daripada purata log P sebatian yang mempunyai pelbagai julat nilai keserupaan tertinggi berdasarkan perbandingan indeks tolopologi kesemua sebatian di dalam pangkalan data dengan sebatian berkenaan. Analisa menunjukkan yang pengiraan keserupaan bukan binari menggunakan angkali Cosine, Simpson dan Pearson boleh memberikan nilai keserupaan yang mengelirukan apabila sesetengah jenis sebatian dibandingkan. Nilai keserupaan yang melibatkan 1% sebatian paling serupa berdasarkan angkali Tanimoto atau Euclidean didapati mampu menggambarkan keserupaan ciri fizikal dan kimia sebatian yang dibandingkan. Justeru, carian atau pemilihan berfokus bagi mendapatkan 1% sebatian paling serupa dengan sesuatu sebatian menggunakan angkali Tanimoto dan Euclidean ke atas perwakilan bukan binari sebatian dijangka berkecenderungan memberikan hasil yang lebih memuaskan berbanding dengan pemilihan rambang. Nilai keserupaan yang melibatkan 5% sebatian paling berbeza berdasarkan angkali Tanimoto juga didapati mampu menggambarkan perbezaan ciri fizikal dan kimia molekul yang dibandingkan. Ini menunjukkan yang pemilihan rasional berdasarkan angkali Tanimoto bagi memilih subset yang terdiri daripada 5% molekul paling rencam dari sebuah pangkalan data molekul yang mempunyai perwakilan bukan binari berkecenderungan untuk memberikan hasil yang lebih baik daripadapemilihan secara rambang. Walau bagaimanapun. di dalam kedua-dua pemilihan berfokus atau rencam menggunakan angkali yang dinyatakan, semakin banyak sebatian yang dipilih, hasil yang didapati semakin menyerupai pemilihan secara rawak dari segi keserupaan atau kerencaman ciri fizikal dan kimia.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  8. Lih JY, Sahrim Ahmad, Ing K, Appadu S, Moayad Hussein Flaifel
    Sains Malaysiana, 2012;41:453-458.
    Ferit NiZn dan nanotiub karbon diadunkan ke dalam getah asli termoplastik mengikut nisbah campuran 1:1. Kesan penambahan pengisi ke atas sifat magnet, struktur dan morfologi nanokomposit dikaji. Dua parameter magnet, iaitu pemagnetan tepuan dan daya koersif nanokomposit didapati bergantung kepada penambahan pengisi dalam matriks. Interaksi antara kedua-dua pengisi dalam matriks TPNR juga mempengaruh sifat magnet. Pengisi hibrid (ferit NiZn dan nanotiub karbon) bertabur sekata dalam matriks termoplastik getah asli. Kehabluran semi-amorfus fasa polipropilena didapati berlawanan dengan peningkatan kehabluran pengisi apabila kandungan pengisi bertambah.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  9. Ahmad Nazlim Yusoff, Hanani Abdul Manan, Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari
    Sains Malaysiana, 2015;44:1339-1350.
    Proses penuaan seringkali dikaitkan dengan kemerosotan sistem kognitif. Kemerosotan tersebut bermula seawal usia dua puluhan dan berterusan secara linear. Walau bagaimanapun, kesan penuaan ke atas ciri kehubungan antara kawasan otak masih belum difahami. Dalam kajian ini, pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) digunakan untuk mengkaji kesan penuaan ke atas kehubungan otak yang terhasil daripada tugasan mengulang secara terbalik (BRT). Subjek normal dalam empat kumpulan umur iaitu 20-29 tahun (n=14), 30-39 tahun (n=14), 40-49 tahun (n=10) dan 50-65 tahun (n=14) mengambil bahagian dalam kajian ini. Stimulus BRT terdiri daripada satu siri lima perkataan yang diberi secara auditori. Pemetaan statistik berparameter (SPM) dan pemodelan sebab dan akibat dinamik (DCM) digunakan untuk menentukan pengaktifan dan kehubungan otak. Sebanyak 200 model kehubungan intrahemisfera dan 150 interhemisfera dibina bagi menguji kewujudan gandingan antara girus temporal superior (STG), girus Heschl (HG), talamus (TH) dan girus presentral (PCG) kesemua subjek. Keputusan DCM menunjukkan subjek keempat-empat kumpulan umur menggunakan kehubungan intrahemisfera yang sama semasa tugasan BRT. Kehubungan interhemisfera pula didapati berubah menjadi semakin kompleks apabila usia meningkat. Perubahan tersebut didapati bermula pada usia 40 tahun. Keputusan ini menyokong penemuan terdahulu bahawa penuaan menyebabkan perubahan pada sistem neuron otak seterusnya mempengaruhi pemprosesan kognitif.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  10. Che Aziz Ali, Kamal Roslan Mohamed
    Conglomerates of continental origin are widely distributed in the Eastern Belt of the Malay Peninsular. Murau Conglomerate is the best example. Similar deposits outcrop at Pulau Redang, Pulau Kapas and Bukit Keluang. With an exception of Pulau Redang Conglomerate, similarities in lithologic, sedimentologic and stratigraphic characters of these conglomerates suggested that they can be combined into one group. Their stratigraphic position that is overlying the Upper Paleozoic unconformities reveals that these rock units are representing the basal part of the continental sediments that are found in the Eastern Belt. The sediments have been deposited as early as in the Late Permain and the deposition continued until Triassic. This interpretation is based on the occurrence of the Upper Paleozoic unconformities in the Eastern Belt and also on the age of sediments beneath the unconformities at Pulau Redang. The uplift that gives rise to this unconformity may be attributed to the granite emplacement in the Eastern Belt in the Late Permian-Early Triassic time. This was followed by depositions of the basal conglomerate mentioned above. The basal conglomerates were then overlain by fined grained sediments which are represented by Panti Sandstone, Lotong Sandstone and other equivalent deposits of Jurassic Cretaceous age.
    Konglomerat endapan benua banyak tertabur di lalur Timur Semenanjung Malaysia. Konglomerat Murau adalah satu contoh yang terbaik. Konglomerat yang mempunyai, ciri-ciri yang sama terdapat di beberapa lokaliti di Pulau Redang, Pulau Kapas dan Bukit Keluang. Ciri-ciri litologi sedimentologi dan stratigrafi kesemua konglomerat ini mencadangkan bahawa mereka boleh dikumpulkan di dalam satu kumpulan yang. sama kecuali Konglomerat Pulau Redang. Kedudukannya langsung di atas satah ketakselarasan Paleozoik Atas mencadang unit-unit konglomerat ini merupakan bahagian dasar kepada sedimen kebenuaan yang terdapat di Jalur Timur dan mungkin juga di jalur Tengah. Sedimen ini mula terendap semenjak Perm Akhir hingga Trias berdasarkan ketakselarasan yang terdapat di Jalur Timur dan juga usia sedimen di bawah satah ketakselarasan yang terdapat di Pulau Redang. Pengangkatan yang berkaitan mungkin terhasil daripada perejahan granit di Jalur Timur semasa Perm Akhir-Trias Awal. Pengangkatan ini diikuti oleh pemendapan konglomerat dasar yang disebut di atas. Pengenapan seterusnya diikuti oleh sedimen berbutir lebih halus yang menindihnya yang diwakili oleh Batu Pasir Panti, Batu Pasir Lotong dan yang lain-lain yang setara dengannya yang mungkin berusia Jura-Kapur.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  11. Badrul Munir Md-Zain, Ng MY, Idris Abd. Ghani
    Kajian kelakuan harian diurnal telah dijalankan ke atas beberapa ekor cimpanzi (Pan troglodytes) di Zoo Negara. Objektif kajian ialah untuk mencerap peruntukan aktiviti harian cimpanzi di dalam kurungan dan mengkaji kesan pengkayaan terhadap kelakuannya. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan fokus dengan pengrekodan berterusan. Pemerhatian dijalankan selama 32 hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan satu jam berehat. Fasa tanpa pengkayaan berlangsung selama 16 hari (80 jam 45 min). Fasa pengkayaan juga dilakukan selama 16 hari (86 jam 15 min). Hasil aktiviti harian menunjukkan cimpanzi banyak berehat (45.2%) dan memerhati persekitaran (16.81%) diikuti dengan aktiviti pergerakan (11.33%), makan (8.38%), berdandan (5.27%), mencari makanan (4.81%), tidur (3.40%), agresif (0.38%), kelakuan lain-lain yang tak tertakrif dalam skop kajian ini seperti kelakuan stereotipik (0.28%) dan kelakuan seksual (0.14%). Fasa pengkayaan memberi hanya perbezaan yang bererti kepada kelakuan mencari makanan (p<0.001), membina sarang (p<0.05) dan kelakuan memerhati persekitaran (p<0.05).
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  12. Solihani S, Noraini T, Ruzi A, Chung R
    Kajian anatomi perbandingan daun dilakukan ke atas tiga spesies daripada genus Coelostegia (C. griffithii, C. borneensis dan C. chartacea) dan juga Ceiba pentandra Gaertn. (Bombacaceae) sebagai spesies perbandingan dalam famili yang sama. Kajian yang dilakukan melibatkan keratan rentas lamina dan tepi daun menggunakan mikrotom gelongsor. Penjernihan daun dilakukan menggunakan larutan 1% Basic Fuchsin di dalam 10% KOH. Hasil kajian menunjukkan ciri sepunya semua spesies Coelostegia yang dikaji iaitu kehadiran sel lendir, jenis trikom, jenis dan taburan hablur, kehadiran sel sklerenkima dan jenis peruratan tengah lamina. Ciri unik yang dikongsi oleh semua spesies genus Coelostegia ialah kehadiran satu hablur tunggal di atas berkas vaskular lamina yang menyambungkannya ke bahagian adaksial epidermis dan seakan-akan membentuk tiang serabut. Manakala variasi interspesies dalam Coelostegia yang boleh digunakan untuk membezakan spesies dalam genus ini ialah bentuk luaran tepi daun, peruratan tepi daun dan taburan trikom. Dalam kajian ini, terdapat tujuh ciri yang boleh membezakan antara Coelostegia dan Ceiba pentandra. Ciri tersebut adalah kehadiran trakeid membengkak yang dapat dilihat pada peruratan lamina, corak berkas vaskular pada tulang daun dan petiol, kehadiran dan jenis hablur, kehadiran dan jenis trikom, sel lendir, sklerenkima pada lamina, hipodermis, sklerenkima pada berkas vaskular petiol dan kehadiran kolenkima. Kajian ini membuktikan bahawa gabungan beberapa ciri anatomi daun mempunyai nilai taksonomi yang boleh digunakan untuk membezakan spesies.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  13. Shaharir bin Mohamad Zain, Nik Rusdi bin Yaacob
    Kuasa dua atau kuadrat modulus fungsi gelombang Schroedinger pengayun harmonik ringkas yang bersyarat awalnya taburan normal ditunjukkan memenuhi taburan normal dengan min dan varians yang berubah. Oleh itu kuasa dua modulus fungsi gelombang ini memenuhi persamaan resapan yang berpekali resapan malar yang berkadaran dengan pemalar Planck, berpekali hanyutan yang berkadaran dengan terbitan/derivatif fasa fungsi gelombang tersebut, dan bersumberkan kuantiti yang berkadaran dengan hasil tambah atau jumlah potensi klasik pengayun harmonik itu: satu sebutan kuadratik, dan ungkapan/ekspresi dalam sebutan terbitan pertama dan kedua fungsi gelombang. Modulus fungsi gelombang itu juga memenuhi persamaan resapan dengan pekali resapan dan hanyutan yang sama, tetapi dengan sumber yang berbeza dan lebih simpel. Hasil yang serupa berlaku untuk syarat awal yang berupa sembarang fungsi yang kuasa duanya terkamirkan. Hasil ini memberi cahaya baru ke atas tabii tafsiran kebarangkalian bagi kuasa dua fungsi gelombang kerana kini terserlah pula hubungannya secara langsung dengan satu proses stokastik: pembunuhan X sehingga
    dX = a dt + b dB, dengan a diketahui sebagai pekali hanyutan dan b**2/2 diketahui sebagai pekali resapan, dan B ialah proses Wiener piawai.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  14. Suwanda Idris
    Total Variance (TV) and Generalized Variance (GV) are commonly used as a measure multivariate dispersion. However, these two statistics has some drawbacks. This paper proposes a new measure of multivariate dispersion, named Vectorial Variance (VV) an inner product for set of operators defined on a Hilbert-Smith space. Since, the exact sampling distribution of VV is difficult to find, therefore the asymptotic sampling distribution is obtained.
    [Jumlah Varians dan Varians Teritlak kebiasaannya digunakan sebagai ukuran dispersi multivariate. Namun begitu, kedua-dua statistik ini mempunyai beberapa kelemahan. Dalam tulisan ini akan dicadankgan satu ukuran dispersi multivariate yang baru, dikenali sebagai varians bervektor (VV) yang merupakan suatu hasil darab terkedalam bagi set pengoperasi yang tertakrif ke atas suatu ruang Hilbert-Smith. Oleh kerana taburan pensampilan tepat dari statistik vv tersebut sangat sukar untuk ditentukan, maka taburan pensampilan asimtot telah diperolehi].
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  15. Rusli Daik, Yee LC
    Sains Malaysiana, 2007;36:183-188.
    Adunan polietilena berketumpatan rendah (LDPE)/getah asli cecair (LNR) dalam komposisi 100LDPE/0LNR, 70LDPE/30LNR, 60LDPE/40LNR dan 40LDPE/60LNR telah dihasilkan melalui penyebaran emulsi LDPE dan LNR.. LNR diperolehi melalui tindak balas pemekaan fotokimia ke atas getah asli (NR) dan emulsi LNR disediakan dengan menggunakan natrium dodesil sulfat (SDS) sebagai agen pengemulsi dan 1-heksanol sebagai ko-pengemulsi. Emulsi LDPE dihasilkan dengan cara yang sama menggunakan larutan LDPE dalam karbon tetraklorida, SDS dan 1-heksanol. Adunan LDPE/LNR disediakan melalui pencampuran emulsi LNR dan LDPE. Sifat mekanik adunan LDPE/LNR dianalisis melalui ujian regangan, hentaman dan kekerasan. Sifat mekanik optimum diperhatikan bagi adunan dengan komposisi 60LDPE/40LNR yang memberi nilai tegasan dan terikan yang maksimum. Suhu peralihan kaca, Tg, seperti yang diperolehi daripada analisis kalorimetri imbasan pembezaan (DSC) menunjukkan adunan yang dihasilkan adalah homogen. Kajian morfologi yang dilakukan dengan menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM) juga menunjukkan kehomogenan adunan yang dihasilkan.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  16. Noraini Talip, Salmizawati Mohamad Salim, Richard Chung CK
    Kajian kehadiran dan jenis trikom telah dijalankan ke atas lima spesies Neesia daripada famili Bombacaceae. Hasil menunjukkan bahawa kehadiran trikom jenis dendritik, berkelenjar, ringkas unisel, peltat sisik dan stelat dalam genus Neesia. Kehadiran trikom stelat boleh dijadikan ciri diagnosis spesies Neesia malayana, trikom peltat sisik bagi Neesia altissima dan trikom ringkas unisel bagi Neesia piluliflora. Trikom berkelenjar merupakan ciri sepunya dalam semua spesies yang dikaji. Sementara kehadiran trikom dendritik tidak mempunyai nilai taksonomi yang begitu signifikan tetapi masih boleh digunakan untuk membezakan spesies. Kesimpulannya hasil kajian ini menunjukkan bahawa kehadiran trikom pada lamina daun Neesia mempunyai nilai taksonomi terutamanya di peringkat spesies.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  17. Abdul Adib A, Agnis S, Lailawati Madlan E
    Perkembangan kecerdasan emosi terbentuk hasil daripada pelbagai aspek dan salah satunya melalui sosial yang wujud dalam keluarga. Kajian ini bertujuan meneliti kesan penerimaan gaya keibubapaan terhadap perkembangan kecerdasan emosi remaja. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perbezaan perkembangan kecerdasan emosi mengikut tempat tinggal dan jantina. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik ke atas 255 orang pelajar sekolah menengah yang berusia 15 hingga 17 tahun. Satu set soal selidik digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya keibubapaan dan The Assessing Emotions Scale (AES) untuk mengukur kecerdasan emosi dalam kalangan remaja. Data dianalisis dengan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22 dengan menggunakan ujian regresi pelbagai dan ujian-t sampel bebas untuk mengkaji hipotesis yang telah dibina. Hasil keputusan menunjukkan penerimaan gaya keibubapaan autoritatif dan autoritarian secara signifikan memberi kesan terhadap perkembangan kecerdasan emosi remaja. Sebaliknya, gaya keibubapaan permisif pula tidak menyumbang kepada perkembangan kecerdasan emosi remaja. Selain itu, terdapat perbezaan perkembangan kecerdasan emosi mengikut tempat tinggal dan jantina. Implikasinya, pemilihan gaya keibubapaan yang bersesuaian amat penting kerana akan menyumbang kepada perkembangan kecerdasan emosi remaja dan seterusnya akan membentuk personaliti dan tingkah laku mereka.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  18. Tukimat Lihan, Sahibin Abdul Rahim, Aeslina Abdul Kadir, Jauharatuddini Ariffin, Suzana Ismail
    Sains Malaysiana, 2006;35:23-30.
    Sebanyak dua puluh lima sampel tanih atas (0-15 cm) telah diambil dari enam stesen persampelan di kawasan Pulau Indah, Klang, Selangor. Sampel ini telah dianalisis untuk menentukan kandungan logam berat, ciri fiziko-kimia dan nutrien di dalam tanih. Tanih telah dikutip dari stesen berasingan berdasarkan jenis tanih dan aktiviti pembangunan gunatanah yang berlainan. Didapati bahawa tanih di kawasan kajian didominasi oleh tekstur pasir kecuali di Stesen 1 dan 6 yang didominasi oleh tekstur lempung. Kandungan nutrien tersedia dipengaruhi oleh jenis tanih, dengan purata kandungan K dan Mg tinggi dalam tanih lempung manakala purata kandungan PO tinggi dalam tanih pasir. Kandungan nutrien terlarut pula dipengaruhi oleh aktiviti gunatanah, dengan kandungan NO-N dan NH-N terlarut adalah tinggi di kawasan pertanian manakala kandungan SO terlarut pula tinggi di kawasan terminal minyak dan kawasan industri logam. Ciri kimia dipengaruhi oleh jenis tanih di mana pH, kapasiti pertukaran kation dan kandungan bahan organik lebih tinggi di dalam tanih lempung berbanding tanih pasir. Kandungan logam berat dipengaruhi oleh jenis guna tanah, dengan kandungan Pb dan Zn tinggi di kawasan pertanian. Kandungan As dan Co pula adalah tinggi di kawasan terminal minyak dan industri logam. Kawasan gudang menunjukkan bacaan yang tertinggi bagi Ni dan Cr manakala kawasan Pelabuhan Sarat menunjukkan bacaan Cu yang tertinggi. Secara keseluruhannya, kepekatan kandungan Pb, Cu, Ni dan Co masih berada di bawah paras yang berpotensi toksik dalam tanih manakala sebahagian dari nilai As, Cr dan Zn melebihi paras yang berpotensi toksik dalam tanih.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  19. A.N. Yusoff
    Sains Malaysiana, 2013;42:765-771.
    Kajian pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) subjek tunggal ini menyelidiki interaksi psikofisiologi (PPI) antara girus presentral (PCG) dan lobus parietal superior (SPL) kanan semasa tepikan jari rentak sendiri secara bilateral. Model kehubungan efektif antara PCG dan SPL kanan dibina menggunakan analisis PPI dengan mengambil daya dan laju tepikan sebagai faktor uji kaji. Keputusan menunjukkan bahawa peningkatan daya dan laju tepikan masing-masing mengaktifkan PCG bilateral dan SPL kanan secara bererti (p<0.05). PCG dan SPL kanan didapati saling berhubungan semasa tepikan jari dilakukan dengan daya dan laju tepikan sebagai faktor uji kaji yang mempengaruhi kehubungan efektif antara mereka. Kajian ini telah mendedahkan maklumat asas berguna untuk kajian fMRI pada masa depan ke atas koordinasi motor dan boleh digunakan untuk mengkaji ketaktertiban otak misalnya strok.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  20. Khor WC, Mohd Shafeea Leman, Muhammad Ashahadi Dzulkafli, Kamal Roslan Mohamed, Che Aziz Ali, Jasmi Ab Talib
    Sains Malaysiana, 2017;46:2315-2323.
    Jujukan batuan sedimen Kapur Awal Kumpulan Gagau di kawasan sekitar hulu Sungai Chichir dibentuk oleh batu pasir
    berpebel masif, batu lumpur masif dan lapisan tebal batu pasir dengan pelbagai struktur sedimen serta fosil. Jujukan ini
    boleh dibahagikan kepada tujuh fasies dengan mekanisme pengenapan berbeza. Berdasarkan asosiasi antara pelbagai
    fasies sedimen dapat ditafsirkan bahawa jujukan ini telah terenap dalam pelbagai sekitaran dataran aluvium termasuk
    alur sungai utama, sungai berliku, sungai berburai dan dataran banjir. Fosil yang ditemui memberikan usia Kapur
    Awal kepada jujukan ini. Bukti kehadiran tanah atas di kawasan ini mencerahkan harapan untuk penemuan pelbagai
    fosil hidupan daratan, khususnya fauna vertebrat serta dinosaur yang lebih baik dan lengkap.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links