Displaying publications 61 - 80 of 85 in total

Abstract:
Sort:
  1. Wan Malissa Wan Mohd Aminuddin, Wan Rosmanira Ismail, Husyairi Harunarashid
    Sains Malaysiana, 2018;47:2231-2240.
    Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menerima kedatangan pesakit yang
    ramai pada setiap hari menyebabkan jabatan ini kerap berdepan dengan masalah kesesakan. Justeru, objektif kajian ini
    adalah mengenal pasti model pengoptimuman terbaik untuk menambahbaik sumber bagi meningkatkan tahap kecekapan
    Jabatan Kecemasan PPUKM dan menyelesaikan masalah kesesakan jabatan. Kaedah simulasi digunakan bagi membina
    model jabatan kecemasan dengan pemboleh ubah yang digunakan dalam pemodelan simulasi ini adalah dikhususkan
    berdasarkan zon atau ruang rawatan. Alternatif penambahbaikan yang dicadangkan ini mengandungi konfigurasi bilangan
    sumber jabatan yang baru. Enam model gabungan yang digunakan terdiri daripada Model CCR dan Set Rujukan, Model
    BCC dan Set Rujukan, Model CCR dan Kecekapan-Super, Model BCC dan Kecekapan-Super, Model Bi-Objektif MCDEACCR dan Kecekapan Silang dan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC dan Kecekapan Silang. Model Bi-Objektif MCDEA-BCC
    merupakan lanjutan kepada Model Bi-Objektif MCDEA-CCR daripada kajian terdahulu. Keputusan kajian menunjukkan
    Model Bi-Objektif MCDEA-BCC yang dibina telah memberikan bilangan alternatif penambahbaikan cekap yang paling
    kecil berbanding model-model gabungan lain. Melalui model gabungan ini juga satu alternatif penambahbaikan yang
    optimum yang telah dicadangkan dapat mengurangkan masa menunggu pesakit di Zon Hijau sebanyak 51% manakala
    peratusan penggunaan tenaga kerja sumber berjaya ditambahbaik agar lebih munasabah. Alternatif ini memerlukan
    susun atur kembali kedudukan sumber tanpa melakukan perubahan yang besar ke atas sistem asal.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  2. Azmi H, Che Haron C, Ghani J, Suhaily M
    Sains Malaysiana, 2018;47:829-838.
    Serabut kenaf merupakan salah satu serabut berasaskan tumbuhan di dalam kumpulan serabut asli yang semakin luas
    penggunaannya. Serabut kenaf dicampurkan dengan bahan plastik (epoksi) bagi menghasilkan suatu bahan baharu
    dengan sifat mekanikal yang baik dengan kos pembuatan yang rendah. Bahan kerja ini terbahagi kepada dua jenis iaitu
    serabut kenaf ekaarah dan serabut kenaf tenunan. Uji kaji ini akan menumpukan kepada pembandingan kesan faktor
    pelekangan Fd yang terhasil semasa proses pemesinan kisar ke atas bahan komposit tersebut dengan penentuan set
    parameter mesin yang paling optimum bagi mengurangkan kesan Fd. Uji kaji dijalankan berdasarkan analisis kaedah
    gerak balas permukaan (RSM) dengan pendekatan reka bentuk Box-Behnken bagi mendapatkan hasil faktor bersandar
    terhadap sambutan. Faktor yang terlibat adalah kelajuan pemotongan, kadar suapan dan kedalaman pemotongan. Proses
    pengisaran secara lelurus (lurah) dilakukan bagi melihat kesan Fd yang terhasil dengan menggunakan perkakasan mata
    alat jenis Keluli Berkelajuan Tinggi (HSS) tidak bersalut hujung rata berdiameter 10 mm. Imej daripada mikroskop
    menunjukkan bahan komposit serabut kenaf ekaarah menghasilkan faktor pelekangan yang tinggi berbanding kesan
    ke atas bahan komposit serabut kenaf bertenun. Bagi set parameter optimum pula, bahan kerja serabut kenaf ekaarah
    ialah kelajuan pemotongan, kadar suapan dan kedalaman pemotongan yang rendah. Manakala bagi bahan kerja serabut
    kenaf bertenun, set parameter optimum adalah kelajuan pemotongan yang rendah dengan kadar suapan dan kedalaman
    pemotongan yang tinggi.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  3. Hanani Abdul Manan, Ahmad Nazlim Yusoff, Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari
    Sains Malaysiana, 2018;47:1843-1852.
    Proses penuaan seringkali dikaitkan dengan kemerosotan pada sistem kognitif. Kemerosotan kognitif bermula seawal
    usia dua puluhan dan berterusan secara linear. Selain itu, kemerosotan kognitif juga menjadi lebih nyata dengan
    kehadiran hingar latar. Walau bagaimanapun, kesan penuaan ke atas mekanisme pemprosesan persepsi pertuturan
    menggunakan tugasan mengulang secara terus (FRT) dalam senyap dan hingar belum difahami dengan jelas. Dalam
    kajian ini, pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) digunakan untuk membandingkan kesan penuaan ke atas
    kehubungan efektif otak yang terhasil daripada tugasan FRT ke atas subjek normal dengan empat kumpulan umur yang
    berlainan iaitu 20 - 29 tahun (n = 15), 30 - 39 tahun (n = 15), 40 - 49 tahun (n = 10) dan 50 - 65 tahun (n = 14). Satu siri
    lima perkataan yang diselang-seli dalam keadaan hingar dengan senyap diberikan secara auditori. Pemetaan statistik
    berparameter (SPM8) dan pemodelan dinamik penyebab (DCM10) digunakan untuk menentukan kehubungan efektif otak.
    Kawasan yang terlibat dalam pembinaan model kehubungan efektif otak adalah STG, HG dan PCG. Model optimum yang
    dipilih dalam kajian ini adalah model yang menunjukkan keseimbangan antara ketepatan dan kesukaran. Keputusan
    fMRI kehubungan efektif menunjukkan bahawa komunikasi antara intrahemisfera tidak berubah dengan menggunakan
    tugasan FRT ini apabila seseorang semakin berusia, tetapi komunikasi antara interhemisfera menjadi semakin kompleks.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  4. Nor-raidah Rahmat, Amira Kamalrudin, Shazrul Fazry, Mahanem Mat Noor
    Sains Malaysiana, 2018;47:1109-1115.
    Diabetes melitus telah terbukti mengganggu penghasilan testosteron dan menyebabkan masalah libido dalam kalangan
    lelaki. Sehingga kini, tiada kajian mengenai potensi Lunasia amara dalam membaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh
    diabetes. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi afrodisiak L. amara ke atas tikus jantan teraruh
    diabetes. Empat kumpulan tikus teraruh diabetes masing-masing diberi perlakuan ekstrak L. amara (250 dan 500 mg/
    kg berat tubuh), 500 mg/kg metformin dan air suling. Tikus kumpulan kawalan normal tanpa aruhan diabetes menerima
    perlakuan air suling. Perlakuan diberikan secara suap paksa selama 30 hari untuk melihat kesan L. amara ke atas status
    libido, aras testosteron serum, berat tubuh tikus, morfometri testis dan epididimis kauda serta aktiviti enzim antioksida
    testis tikus teraruh diabetes berbanding kawalan. Keputusan kajian menunjukkan berlaku penurunan libido, aras
    testosteron dan aktiviti khusus enzim antioksida (glutation peroksidase, katalase dan superoksida dismutase) testis tikus
    teraruh diabetes secara signifikan (p<0.05) pada kedua-dua dos tersebut berbanding kawalan normal. Sementara itu,
    perlakuan L. amara didapati tidak menjejaskan morfometri testis, epididimis kauda dan berat tubuh tikus yang menerima
    perlakuan L. amara berbanding kawalan normal. Kajian ini membuktikan bahawa ekstrak akuas batang L. amara pada
    dos 250 dan 500 mg/kg berat tubuh tidak berupaya memperbaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh diabetes.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  5. Asma, A.A.A., Rohaya, M.A.W., Juhaida, S., Badiah, B., Zaleha, S.
    Medicine & Health, 2020;15(2):96-107.
    MyJurnal
    Rawatan ortodontik boleh menjejaskan keseimbangan mikrobiota oral yang memainkan peranan utama dalam etiologi penyakit periodontium. Kajian klinikal prospektif ini bertujuan untuk menilai kesihatan periodontal dan profil mikrobiologi pesakit periodontal yang sihat (Kumpulan 1) dan yang telah stabil (Kumpulan 2) selama tiga bulan pertama semasa rawatan ortodontik. Aplian ortodontik atas dan bawah tetap dipasang. Kesihatan periodontium dinilai menggunakan skor plak (PS), pendarahan pada probing (BOP) dan kedalaman poket (PD). 29 tapak telah diambil untuk persampelan plak subgingival. Sampel plak diinokulasikan pada agar Trypticase Soya Darah (TSBA) dan agar Trypticase Soya Bacitracin Vancomycin (TSBV) untuk penilaian aerob, anaerob, bakteria berpigmen hitam (BPH) dan Aggregatibacter actinomycetemcomitans. Semua ukuran diambil sebelum pendakap gigi dipasang (T0), 1 minggu (T1), 1 bulan (T2) dan 3 bulan selepas dipasang pendakap gigi (T3). Secara umumnya, kesihatan periodontium dalam kedua-dua kumpulan hampir sama. Selepas 1 minggu, bilangan aerob adalah lebih tinggi dalam Kumpulan 1 (88%) manakala anaerob adalah lebih tinggi dalam Kumpulan 2 (45%). A. actinomycetemcomitans lebih tinggi dalam Kumpulan 1 pada T0 dan T1 tetapi jauh lebih tinggi dalam Kumpulan 2 di T3. BPH adalah minimal pada setiap masa dengan tiada perbezaan signifikan. Oleh itu, semasa 3 bulan pertama rawatan ortodontik dijalankan, terdapat perubahan ketara dalam bilangan aerob-anaerob pada kedua-dua pesakit periodontal yang sihat dan stabil. Bakteria patogenik akan meningkat semasa rawatan awal ortodontik.

    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  6. Rahim Aman, Muhammad. Nur Latif
    MyJurnal
    Kajian ini untuk menunjukkan bahawa penentuan tanah air umat Melayu perlu dilihat dalam perspektif pendekatan atau teori yang baru, yakni teori 'The New Malay Homeland'. Ahli Linguistik sejarah pada abad ke-20 dan pada abad ini, iaitu pada abad ke-21 banyak telah melakukan kajian untuk membuktikan bahawa sebenarnya umat Melayu bukan bermigrasi daripada Yunan, sebaliknya daripada Taiwan dan kemudiannya menjadikan Borneo sebagai tanah air kedua umat Melayu. Untuk menjitukan lagi teori ini, maka kajian rekonstruksi dan klasifikasi bahasa Iban di Sarawak dilakukan agar maklumat-maklumat fosil linguistik yang wujud dalam bahasa Iban pada peringkat purbanya dapat membuktikan dan memperkukuhkan hujah bahawa teori di atas adalah benar. Dua kaedah kajian diaplikasi dalam penelitian ini, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Kaedah kajian kepustakaan lebih melihat kepada aspek pembacaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan bidang kajian. Kajian-kajian awal ke atas bahasa Iban sejak abad ke-18 sehinga abad ke-21 telah diselidiki. Maklumat berkaitan bidang ilmu linguistik bandingan juga telah dibaca secara seksama. Berkaitan kaedah kajian lapangan, metode semak dan metode cakap dengan pengaplikasian teknik-teknik khas telah dilakukan. Berdasarkan lokasi kajian, tujuh varian bahasa Iban telah diteliti, yakni varian Iban Sri Aman (SA), Betong (BTG), Sarikei (SKEI), Sibu (SBU), Kapit (KPT), Bintulu (BTL) dan Limbang (LMBG) . Hasil penelitian menunjukkan bahawa bahasa Iban Purba Sarawak (IPS) memiliki enam fonem vokal *a, *a, *i, *u, *e, *o; tiga diftong *-uy, *-ay, *-aw dan sembilan belas konsonan, iaitu *p, *b, *t, *d, *k, *g, */, *s, *h, *1, *r, *m, *n, *0, *N, *dZ, *tS, *w, dan *y. Beberapa inovasi fonologi juga diperoleh apabila perbandingan dilakukan antara IPS dengan Bahasa Melayik Purba (BMP), iaitu i) BMP *h > IPS */; ii) BMP *-d > IPS *zero, iii) BMP *-g > IPS *zero, iv), dan BMP *r, *1 > IPS *r. Pada tahap morfologi wujud inovasi dan retensi antara IPS dan BMP, iaitu BMP *ni/di > IPS *ba/ dan morfem BMP *{une (N)}, *{be(R)} dan *ite(R)1 diretensi sepenuhnya dalam IPS. Berdasarkan dapatan daripada kajian ini membuktikan bahawa terdapat ikatan rapat antara BMP dengan IPS dapatan ini juga membuktikan bahawa Borneo adalah tanah air kedua umat Melayu setelah umat ini bermigrasi keluar daripada Taiwan.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  7. Noor Alaudin Abdul Wahab, Norashikin Chahed
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data normatif timpanometri di kalangan kanak-kanak Melayu prasekolah dan membandingkannya menurut jantina. Ini kerana faktor bukan patologi seperti umur, jantina dan bangsa mempengaruhi data normatif timpanometri. Sehubungan itu, garis panduan saringan telinga tengah oleh American Speech and Hearing Association (ASHA) yang menggunakan data normatif timpanometri kanak-kanak Kaukasian mungkin tidak sesuai untuk populasi kanak-kanak Melayu. Parameter timpanometri yang diukur ialah puncak statik admitan akustik dikompensasi (puncak Ytm), isipadu salur telinga luar (Vea) dan kelebaran timpanogram (TW). Seramai 161 orang kanak-kanak Melayu (80 orang kanak-kanak lelaki dan 81 orang kanak-kanak perempuan) berumur antara 4 hingga 6 tahun terlibat di dalam kajian ini. Bagaimanapun, hanya seramai 45 orang kanak-kanak lelaki dan 46 orang kanak-kanak perempuan (163 dari keseluruhan 182 telinga) memenuhi kriteria inklusi iaitu lulus pemeriksaan otoskopi dan saringan pendengaran serta menunjukkan refleks akustik ipsilateral pada 1000 Hz. Ujian ANOVA Campuran dua-hala untuk membandingkan min parameter timpanometri kanak-kanak lelaki dan perempuan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan; min puncak Ytm (p > 0.05), min Vea (p > 0.05), dan min TW (p > 0.05). Oleh itu, data kedua-dua kumpulan ini digabungkan. Secara keseluruhan, nilai min puncak Ytm ialah 0.55 ± 0.28mmhos, min Vea ialah 0.90 ± 0.39 cm3, dan min TW ialah 104.68 ± 32.08 daPa. Julat normal persentil ke-90 bagi puncak Ytm ialah antara 0.27 hingga 1.18 mmhos, Vea antara 0.45 hingga 1.65 cm3 dan TW antara 59.60 hingga 149.80 daPa. Hasil kajian mencadangkan data normatif timpanometri ini sesuai digunakan ke atas kanak-kanak Melayu prasekolah namun ianya tidak perlu dibezakan mengikut jantina. Sekiranya setiap satu nilai TW > 200 daPa dan Vea > 1.0 cm3 oleh ASHA diaplikasi ke atas kanak-kanak Melayu prasekolah, maka masing-masing akan menyebabkan kadar rujukan yang rendah dan kadar rujukan yang berlebihan.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  8. Shazli Ezzat Ghazali, Noor Aini Mohd Yusoff, Ponnusamy, S., Syahiza Abas
    MyJurnal
    Perkembangan kognitif dan pertumbuhan fizikal di kalangan kanak-kanak bergantung kepada status pemakanan mereka, termasuklah tabiat pengambilan sarapan pagi. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh pengambilan sarapan pagi sebelum ke sekolah ke atas pencapaian kognitif kanak-kanak sekolah rendah. Satu kajian hirisan lintang dijalankan di kalangan kanak-kanak sekolah rendah di bandar dan luar bandar. Subjek kajian mengandungi 165 pelajar Melayu yang berusia 10 tahun. Tiga jenis subskala daripada ujian Wechsler Wechsler Intelligence Scale For Children-III digunakan untuk mengukur tahap kognitif kanak-kanak tersebut iaitu arithmatik, pengkodan dan digit span. Hasil kajian didapati kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mencatatkan pencapaian yang tinggi secara signifikan dalam arithmetik (p
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  9. Ahmad Nazlim Yusoff, Mohd Harith Hashim, Mohd Mahadir Ayob, Iskandar Kassim
    MyJurnal
    Kajian garis pangkal pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) telah dijalankan ke atas 2 orang subjek lelaki sihat dominan tangan kanan dan kiri. Kajian ini menggunakan gerakan jari tangan kanan dan kiri untuk merangsang aktiviti neuron di dalam korteks serebrum. Subjek diarahkan supaya menekan jari-jari pada ibu jari secara bergilir-gilir semasa imbasan fMRI dilakukan. Paradigma 5 kitar aktif-rehat digunakan dengan setiap kitar mengandungi satu blok aktif dan satu blok rehat dengan 10 siri pengukuran untuk setiap blok. Seratus isipadu imej fMRI bagi setiap subjek dianalisis menggunakan pekej perisian MatLab dan SPM2. Model linear am (GLM) digunakan untuk menganggar secara statistik parameter yang mencirikan model rangsangan hemodinamik bagi gerakan jari. Kesimpulan mengenai pengaktifan otak yang diperhatikan dijana secara statistik berasaskan teori medan rawak (RFT) Gaussian. Keputusan menunjukkan bahawa rantau otak yang aktif akibat gerakan jari adalah pada girus presentral merangkumi kawasan motor primer. Pengaktifan otak adalah secara kontralateral terhadap gerakan jari tangan kanan dan kiri. Keamatan isyarat keadaan aktif didapati lebih tinggi secara bererti (p < 0.001) daripada keamatan isyarat keadaan rehat. Bilangan voksel yang aktif didapati lebih tinggi pada hemisfera otak yang mengawal gerakan jari bagi tangan yang tidak dominan untuk kedua-dua subjek. Keputusan ini menyokong fakta bahawa kawasan pengaktifan motor pada hemisfera otak semasa gerakan jari tangan yang tidak dominan mengalami rangsangan hemodinamik yang lebih tinggi dan kawasan pengaktifan yang lebih luas berbanding dengan kawasan pengaktifan pada hemisfera otak yang mengawal gerakan jari bagi tangan yang dominan.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  10. Noraidah Sahari @ Ashaari, Hairulliza Mohd Judi, Abdul Azim Abdul Ghani, Mohd Hasan Selamat, Aida Suraya Md Yunus
    Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghasilkan bukti kesahan dan kebolehpercayaan metrik pengukuran kebergunaan perisian kursus matematik secara psikometrik dan seterusnya membentuk rumus skor kebergunaan. Kertas ini membincangkan pembentukan rumus kebergunaan. Berdasarkan pandangan secara teori, satu model hipotesis kebergunaan dengan tiga faktor iaitu kebolehgunaan, kefungsian dan kecekapan dan 85 metrik dicadangkan. Melalui pengesahan pakar dan ujian kebolehpercayaan metrik kebergunaan dikurangkan kepada 64. Instrumen dengan 64 metrik ditadbir ke atas 620 guru matematik di lima zon di Malaysia. Mereka diminta melayari perisian kursus matematik (PKM) sambil melengkapkan instrumen. Analisis faktor penjelajahan dilakukan untuk mengesahkan konstruk kebergunaan manakala analisis faktor pengesahan dijalankan untuk membentuk model berstruktur dengan memadankan 34 metrik dengan model hipotesis. Ujian-t dan ujian ANOVA mendapati tiga pembolehubah iaitu, bidang pengkhususan guru, pengalaman menggunakan komputer dan ralat penilaian menyumbang kepada skor kebergunaan. Dapatan ini digunakan untuk membentuk rumus kebergunaan PKM.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  11. Arbain Mokhtar, Azniza Abdul Ghani, Rozainah MZ
    Penanaman semula hutan paya bakau dipertimbangkan sebagai satu usaha terbaik bagi melindungi dan memelihara kawasan pesisir pantai. Dalam kajian ini sejumlah 180 anak benih Bruguiera cylindrica telah ditanam di kawasan pesisir pantai Pulau Carey. Dua set eksperimen daripada segi corak dan medium dilakukan dengan 3 plot replika bagi setiap rawatan dengan kaedah Blok Rawak Lengkap. Kadar keterushidupan anak bakau B. cylindrica dicatat setiap 2 minggu selama 20 minggu. Keputusan menunjukkan corak penanaman secara kelompok adalah lebih sesuai (20%). Anak bakau yang ditanam secara langsung di atas tanah menunjukkan kadar hidup yang lebih tinggi (30%). Namun ujian analisis ANOVA menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga corak taburan penanaman dan penggunaan medium yang berbeza ini terhadap keterushidupan anak bakau B. cylindrica.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  12. Nurhanim M, Noraini T, Chung R, Nurul-Aini, Ruzi A
    Sains Malaysiana, 2014;43:331-338.
    Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas lima takson dalam genus Schoutenia Korth. (Malvaceae subfam. Brownlowioideae). Lima takson yang dipilih dalam kajian ini ialah S. kunstleri, S. leprosula, S. accrescens subsp. accrescens, S. accrescens subsp. borneensis dan S. accrescens subsp. stellata. Kajian anatomi melibatkan kaedah hirisan dengan mikrotom gelongsor pada bahagian petiol, lamina, tulang daun dan tepi daun, kaedah penjernihan lamina dan kaedah siatan epidermis daun, penjernihan dengan larutan peluntur, pewarnaan dengan Safranin dan Alcian Blue, pelekapan Canada Balsam dan cerapan bawah mikroskop cahaya. Kajian mikromorfologi melibatkan kaedah pendehidratan, titik pengeringan kritikal, saduran emas dan cerapan bawah mikroskop imbasan elektron. Objektif kajian ialah untuk melihat nilai taksonomi ciri anatomi dan mikromorfologi daun dalam genus yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat sembilan ciri sepunya, tujuh ciri variasi yang boleh digunakan untuk pembezaan spesies dan dua ciri diagnostik yang boleh digunakan untuk pengecaman spesies. Ciri tersebut ialah corak hiasan kutikel pada S. kunstleri dan juga kehadiran sel kolenkima lamela pada S. accrescens subsp. stellata. Hasil kajian menunjukkan ciri anatomi serta mikromorfologi daun dalam genus Schoutenia mempunyai nilai taksonomi terutama dalam pembezaan dan pengecaman pada peringkat spesies dan subspesies.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  13. Nur Azlina Mohd Fahami Mail, Naddiah Syafiqah Ramli Mail, Elda Surhaida Latif Mail
    Sains Malaysiana, 2018;47:2411-2419.
    Stres merupakan sebarang gangguan, cabaran atau ancaman kepada seseorang individu yang merangsang perubahan
    respon fizikal, mental dan emosi. Hormon stres dan katekolamin dirembeskan di dalam otak sebagai respon terhadap
    stres. Kajian ini mengenal pasti kesan tokotrienol tulen dan vitamin E sawit ke atas perubahan hormon stres dan
    katekolamin pada tikus yang diaruhkan stres imobilisasi rendaman air. Sebanyak 32 ekor tikus Wistar jantan telah
    dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan kajian. Dua kumpulan kawalan; kumpulan tanpa stres (NS) dan
    kumpulan tanpa stres (CS) serta dua kumpulan rawatan yang diberikan tokotrienol (TTS) atau vitamin E sawit (TFS)
    secara oral paksaan pada dos 60 mg/kg berat badan selama 28 hari. Setelah tamat tempoh rawatan, tikus daripada
    kumpulan CS, TTS dan TFS telah didedahkan kepada stres imobilisasi rendaman air selama tiga setengan jam. Kemudian,
    otak tikus diambil untuk pengukuran hormon pelepasan kotikotrofin (CRH), hormon adenokortikotropik (ACTH),
    norepinefrin, dopamin dan serotonin. Keputusan kajian mendapati peningkatan kandungan CRH, ACTH, norepinefrin
    dan dopamine di dalam otak tikus yang diaruh stres berbanding kumpulan kawalan tanpa stres. Kandungan serotonin
    pula menurun akibat stres. Walau bagaimanapun, tikus yang diberi suplementasi tokotrienol dan vitamin E sawit
    menunjukkan penurunan signifikan kandungan CRH, ACTH, norepinefrin dan dopamin serta peningkatan kandungan
    dan serotonin sehingga hampir ke aras normal. Tiada perbezaan antara pemberian tokotrienol dan vitamin E sawit.
    Sebagai kesimpulan, tokotrienol dan vitamin E sawit berkesan dalam mengawal perubahan hormon stres serta
    katekolamin pada otak tikus yang teraruh stres.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  14. Shazli Ezzat Ghazali, Ponnusamy, S., Normah Che Din, Nik Farideh Yousef Mohd Khan
    MyJurnal
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkaitan antara tahap kemurungan, kesihatan mental, kesan sokongan sosial dan kesejahteraan psikologi di kalangan mangsa rogol dengan aspek demografik. Subjek kajian seramai 30 wanita telah dipilih dari Pusat Perlindungan dan Pemulihan Wanita, di Batu Caves, Selangor. Kaedah ujian yang digunakan terdiri daripada Beck Depression Inventory, General Health Questionnaire-28, Provision Social Relation dan soalan demografik. Soalan diedarkan di kalangan mangsa diikuti dengan penerangan ringkas ke atas kaedah ujian. Analisis data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor umur dan kesejahteraan psikologi mangsa (p = 0.004). Selain itu, kemurungan didapati mempengaruhi secara signifikan ke atas kesihatan mental (R' = 0.60, [F (1, 27) = 40.312, p < 0.0011). Kajian inijuga mendapati hubungan yang positif antara kesihatan mental dan kemurungan (r = 0.77). Ini bermaksud semakin tinggi kemurungan yang dialami mangsa, semakin tinggi kesan ke atas kesihatan mentalnya.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  15. Mahadir Ahmad, Normah Che Din, Fauziah Shaari
    MyJurnal
    Kajian ini mengukur kesan pembawaan semula jadi, punca tekanan dan reaksi tekanan ke atas kesihatan mental di kalangan juvana. Ia melibatkan 55 orang juvana dari pusat pemulihan akhlak dari lingkungan umur 15 hingga 18 tahun. General Health Questionnaire (GHQ28), Student Life Stress Inventory (SLSI), dan Dimensions of Temperament DOTSR-Child (Self) digunakan sebagai alat kajian. Manakala analisis regresi dan korelasi telah dikendalikan untuk menganalisis data. Keputusan kajian menunjukkan punca tekanan, reaksi tekanan dan pembawaan semula jadi tidak memberi kesan yang signifikan ke atas kesihatan mental juvana. Namun punca tekanan secara tunggal didapati menjadi peramal yang signifikan kepada kemurungan juvana dengan menyumbang sebanyak 14.6% daripada varian. Punca kekecewaan menyumbang sebanyak 18.1% daripada varian dalam meramal kemurungan. Reaksi emosi menyumbang sebanyak 10.6% kepada kesan anxieti dan insomnia. Punca tekanan dan pembawaan semula jadi pula menyumbang sebanyak 31% kepada reaksi emosi. Punca tekanan mempunyai korelasi positif yang sederhana dengan reaksi emosi (k = 0.55) dan mempunyai korelasi positif yang rendah dengan pembawaan semula jadi (k = 0.11) dan kesihatan mental (k = 0.23). Kesimpulannya punca tekanan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi reaksi terhadap tekanan. Faktor pembawaan semula jadi tidak mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi reaksi tekanan dan kesihatan mental juvana. Faktor kekecewaan pula merupakan peramal yang signifikan kepada kemurungan.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  16. Putri Noradyani Megat Hashim, Mohamed Kamel Abdul Ghani, Norhayati Moktar, Anisah Nordin, Yusof Suboh, Mimi Fazah Zainudin, et al.
    MyJurnal
    Keratitis Acanthamoeba merupakan sejenis inflamasi kornea yang dikaitkan dengan penggunaan kanta sentuh. la disebabkan oleh Acanthamoeba spp., ameba hidup bebas yang tersebar luas di pelbagai persekitaran manusia. Kontaminasi Acanthamoeba spp. pada bekas penyimpanan kanta sentuh merupakan faktor kehadiran ameba pada kanta seterusnya menjangkiti mata. Kajian ini bertujuan untuk melihat kehadiran Acanthamoeba spp. pada bekas penyimpanan kanta sentuh pengguna asimptomatik. Seramai 90 orang pengguna kanta sentuh asimptomatik terlibat dalam kajian ini. Sampel diambil secara swab pada bekas kanta sentuh dan dikulturkan ke atas agar bukan nutrien yang dilapisi Escherichia coli. Plat agar diperiksa setiap hart bagi mengesan kehadiran ameba. Kultur positif seterusnya disahkan di bawah 'Image Analysis with Video TesT 4.0'. Acanthamoeba spp. didapati positif pada lapan daripada 90 sampel (8. 7%) dan kesemua strain adalah kumpulan II (polyphagids). Penemuan ini membuktikan Acanthamoeba spp. boleh Nadir pada bekas penyimpanan kanta sentuh pengguna asimptomatik dan boleh menjadi risiko jangkitan keratitis Acanthamoeba.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  17. Mohamed R, Lavin MF
    Biochem Biophys Res Commun, 1989 Feb 15;158(3):749-54.
    PMID: 2537634
    Anomalies in DNA replication, repair and recombination in ataxia-telangiectasia (A-T) point to a defect in structure or function of chromatin. In this study we have compared DNA-protein binding in nuclear extracts from control and A-T cells using two assay systems, filter-binding and DNA-accessibility. Interestingly, the extent of DNA protein binding over a range of protein concentration was significantly lower in A-T extracts. In addition the accessibility of the restriction enzyme Eco R1 to protein-bound plasmid was greater when A-T extracts were used. This is in keeping with the reduced binding observed in the filter-binding assay.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia/metabolism*
  18. Kaur S
    Sains Malaysiana, 1996;25(2):41-49.
    This study was conducted for 3 main purposes: 1) to determine if there was blue colour deficiency amongst diabetes mellitus (IDDM and NIDDM) patients without retinopathy, 2) to determine if the Dl5 test could be used to detect any colour vision defects amongst diabetics without retinopathy (all previous workers have used FM 100-Hue), and 3) to assess the performance of diabetics without retinopathy in detecting correct colour changes with the urine strip test. Thirty eight non-insulin dependent diabetes mellitus (NIDDM) and 30 insulin-dependent diabetes mellitus (IDDM) patients without retinopathy participated in this study. A control group of 23 normal subjects were also included in the study. Dl5 colour vision test was performed under daylight conditions. Colour dependent urine glucose test (Glukotest) was also performed on all subjects. The study showed that 47.1% of diabetics (47.4% NIDDM and 46.7% IDDM patients) without retinopathy had a blue colour deficiency. Amongst the diabetics with a blue colour deficiency, 25% of diabetics (22% of NIDDM and 28.6% of IDDM patients) failed to accurately match the strip colour with the comparison chart on the bottle.
    Kajian ini dilakukan untuk 3 tujuan: I) untuk menentukan samada terdapat gangguan penglihatan warna biru dalam pesakit diabetes mellitus (IDDM dan NIDDM) tanpa retinopati, 2) untuk menentukan samada ujian penglihatan warna Dl5 boleh digunakan untuk mengesan defek penglihatan warna dalam pesakit diabetes tanpa retinopati (kesemua kajian terdahulu menggunakan ujian FM 100-Hue). dan 3) untuk menilaikan prestasi pesakit diabetik tanpa retinopati dalam mengesan perubahan warna yang betul dengan menggunakan ujian strip urin. Tiga puluh lapan pesakit dengan non-insulin dependent diabetes (NIDDM) dan 30 pesakit dengan insulin dependent diabetes (IDDM) tanpa retinopati menyertai kajian ini. Kumpulan kawalan mengandungi 23 orang subjek yang normal juga terlibat di dalam kajian ini. Ujian penglihatan warna Dl5 dilakukan di bawah cahaya daylight. Ujian glukos urin berasaskan warna (Glukotest) dilakukan ke atas semua subjek. Kajian menunjukkan 47.1% pesakit diabetes (47.4% pesakit NIDDM dan 46.7% pesakit IDDM) tanpa retinopati mengalami defisiensi warna biru. Dalam kumpulan diabetik dengan defisiensi warna biru, 25% pesakit diabetes (22.2% adalah pesakit NIDDM dan 28.6% adalah pesakit IDDM) gagal untuk memadankan dengan tepat warna strip dengan carta perbandingan warna di atas botol.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  19. Nor Ashikeen Mukti, Suhaniza Sulaiman, Suhana Md Saad, Junaida @ Maimunah Hassan Basari, Mariati Abdul Rahman, Wan Zurinah Wan Ngah, et al.
    Chlorella vulgaris (ChV), sejenis alga hijau unisel telah dilaporkan mempunyai khasiat kesihatan pada penyakit tertentu termasuk kanser. Objektif utama kajian ialah untuk mengukur dan menilai kesan antioksidan dan antitumor ekstrak air panas ChV ke atas sel kanser hepar yang dijalankan secara in vivo dan in vitro. Asai DPPH yang dijalankan menunjukkan peratus pengautan ChV yang tinggi. Dalam kajian in vivo, tikus Wistar jantan (200-250 g) dibahagikan kepada lapan kumpulan: tikus kawalan (diet normal), tikus diaruh kanser hepar (diet kurang kolin + 0.1% etionin dalam air minuman) atau singkatannya CDE, tikus diberi rawatan ChV pada tiga dos berbeza (50, 150 dan 300 mg/kg berat badan) dan tikus CDE diberi rawatan ChV pada tiga dos berbeza. Sampel darah dan tisu diambil dari semua kumpulan tikus pada minggu 0, 4, 8 dan 12 untuk penentuan kadar proliferasi dan apoptosis sel untuk melihat kesan antitumor ChV. Peratus pembentukan nodul praneoplasia adalah tinggi pada tikus diaruh kanser hepar (CDE) tetapi ChV pada semua dos berjaya mengurangkannya. Pertambahan jumlah sel kanser semasa hepatokarsinogenesis ditunjukkan dengan peningkatan proliferasi hepatosit yang signifikan (p<0.05) pada tikus CDE berbanding kawalan tetapi ChV pada semua dos berjaya mengurangkan proliferasi secara signifikan (p<0.05). Peratus apoptosis sel didapati meningkat secara signifikan (p<0.05) pada tikus CDE, tetapi peningkatan yang lebih ketara berlaku pada tikus CDE diberi ChV (300 mg/kg berat badan). Dalam kajian in vitro pula, aktiviti antitumor ekstrak air panas ChV telah ditentukan dengan melihat perubahan dalam proliferasi dan apoptosis sel kanser hepar HepG2 yang dikultur di makmal. Ekstrak air panas ChV berjaya menurunkan kadar proliferasi sel HepG2 dengan signifikan secara berkadar terus dengan dos yang digunakan dengan nilai IC50 1.6 mg/ml. Hasil analisis TUNEL pula menunjukkan ekstrak air panas ChV berjaya mengaruh apoptosis dalam sel HepG2. Keputusan ini disokong oleh hasil pemblotan Western dengan peningkatan pengekspresan protein P53 dan protein proapoptosis BAX dan Kaspase-3. Daripada hasil-hasil kajian, dapatlah dicadangkan bahawa ChV berpotensi tinggi sebagai antioksidan serta berupaya memberi kesan antitumor kepada kanser hepar pada kajian in vivo dan in vitro.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  20. Mohamed R, Pal Singh S, Kumar S, Lavin MF
    Biochem Biophys Res Commun, 1987 Nov 30;149(1):233-8.
    PMID: 2825700
    DNA topoisomerase type I and II activities were determined by serial dilution in nuclear extracts from control and ataxia-telangiectasia lymphoblastoid cells. Topoisomerase I activity, assayed by relaxation of supercoiled plasmid DNA, was found to be approximately the same in both cell types. In order to remove interference from topoisomerase I, the activity of topoisomerase II was measured by the unknotting of knotted P4 phage DNA in the presence of ATP. The activity of topoisomerase II was markedly reduced in two ataxia-telangiectasia cell lines, AT2ABR and AT8ABR, compared to controls. This reduction in activity was detected with increasing concentration of protein and in time course experiments at a single protein concentration. A third cell line, AT3ABR, did not have a detectably lower activity of topoisomerase II when assayed under these conditions. The difference in topoisomerase II activity in the ataxia-telangiectasia cell lines examined may reflect to some extent the heterogeneity observed in this syndrome.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia/enzymology*
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links