Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Tukimat Lihan, Sahibin Abdul Rahim, Aeslina Abdul Kadir, Jauharatuddini Ariffin, Suzana Ismail
    Sains Malaysiana, 2006;35:23-30.
    Sebanyak dua puluh lima sampel tanih atas (0-15 cm) telah diambil dari enam stesen persampelan di kawasan Pulau Indah, Klang, Selangor. Sampel ini telah dianalisis untuk menentukan kandungan logam berat, ciri fiziko-kimia dan nutrien di dalam tanih. Tanih telah dikutip dari stesen berasingan berdasarkan jenis tanih dan aktiviti pembangunan gunatanah yang berlainan. Didapati bahawa tanih di kawasan kajian didominasi oleh tekstur pasir kecuali di Stesen 1 dan 6 yang didominasi oleh tekstur lempung. Kandungan nutrien tersedia dipengaruhi oleh jenis tanih, dengan purata kandungan K dan Mg tinggi dalam tanih lempung manakala purata kandungan PO tinggi dalam tanih pasir. Kandungan nutrien terlarut pula dipengaruhi oleh aktiviti gunatanah, dengan kandungan NO-N dan NH-N terlarut adalah tinggi di kawasan pertanian manakala kandungan SO terlarut pula tinggi di kawasan terminal minyak dan kawasan industri logam. Ciri kimia dipengaruhi oleh jenis tanih di mana pH, kapasiti pertukaran kation dan kandungan bahan organik lebih tinggi di dalam tanih lempung berbanding tanih pasir. Kandungan logam berat dipengaruhi oleh jenis guna tanah, dengan kandungan Pb dan Zn tinggi di kawasan pertanian. Kandungan As dan Co pula adalah tinggi di kawasan terminal minyak dan industri logam. Kawasan gudang menunjukkan bacaan yang tertinggi bagi Ni dan Cr manakala kawasan Pelabuhan Sarat menunjukkan bacaan Cu yang tertinggi. Secara keseluruhannya, kepekatan kandungan Pb, Cu, Ni dan Co masih berada di bawah paras yang berpotensi toksik dalam tanih manakala sebahagian dari nilai As, Cr dan Zn melebihi paras yang berpotensi toksik dalam tanih.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links