Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Farah Fauzi, Arimi Fitri Mat Ludin, Mahadir Ahmad, Kamarul Zaman Maidin
    MyJurnal
    Aktiviti fizikal yang kerap seperti senaman mempunyai implikasi yang baik terhadap kehidupan seharian kita terutamanya dalam aspek kesihatan dan pengurusan stres. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan program senaman aerobik dengan protokol yang ditetapkan ke atas aras penanda tekanan terpilih di kalangan pelajar universiti semasa musim peperiksaan akademik. Lapan belas (n=18) mahasiswa tidak terlatih, dipadankan dengan umur dan BMI, telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan intervensi (n=10) dan kawalan (n=8). Kumpulan intervensi menjalani senaman jenis aerobik berintensiti sederhana (60-75% daripada kadar denyut jantung maksimum), 3 kali seminggu selama 40-50 minit untuk setiap sesi selama 6 minggu. Darah vena diambil pada sebelum program senaman bermula (M1) dan selepas program senaman berakhir (M2) iaitu dalam minggu pertama musim peperiksaan. Kecergasan kardiorespiratori dan status stres psikologi diukur sebelum kedua-dua sesi pengambilan darah. Analisis biokima dijalankan untuk melihat aras malondialdehid (MDA) plasma dan kortisol serum. Hasil kajian menunjukkan bahawa program senaman selama 6 minggu ini telah merangsang penurunan aras MDA yang signifikan (F=19.58, p=0.002) semasa minggu peperiksaan berbanding aras sebelum program senaman bermula. Kumpulan intervensi juga menunjukkan aras MDA yang lebih rendah (t=-0.42, p=0.001) berbanding kumpulan kawalan semasa menduduki minggu peperiksaan. Walaubagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan pada aras kortisol dalam kedua-dua kumpulan walaupun terdapat penurunan yang sedikit pada kumpulan intervensi semasa minggu peperiksaan. Kajian ini mencadangkan bahawa program senaman yang dijalankan mampu dijadikan sebagai strategi yang berkesan untuk membantu pelajar menghadapi stres terutamanya sewaktu sesi akademik yang memberatkan.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links