Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Nurul Raihan, A.K., Narwani, H., Mohd Effendi, M.G., Chung, W.M.
    Medicine & Health, 2020;15(1):280-287.
    MyJurnal
    Penekanan saraf lateral kutaneus femoral merupakan punca kepada penyakit meralgia parestetika. Gejala penyakit ini ialah kesakitan dan perubahan sensori pada bahagian lateral paha. Namun, gejala penyakit ini seakan menyerupai gejala penyakit lain seperti radikulopati lumbar, penyempitan ruang femoro-acetabular, bursitis trokanterik dan beberapa contoh lain. Meralgia parestetika merupakan diagnosis secara pengecualian setelah penyebab kepada kesakitan pada bahagian lateral paha tidak dapat dibuktikan melalui hasil penyiasatan yang terperinci. Pengetahuan anatomi tentang saraf yang mensarafi bahagian paha adalah amat penting untuk mengenalpasti punca kesakitan yang dialami. Kami ingin melaporkan satu kes yang melibatkan seorang pesakit lelaki berumur 46 tahun, telah didiagnos menghidap kencing manis, darah tinggi, masalah jantung yang telah datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan aduan kesakitan akut pada bahagian lateral paha kanan. Kesakitan yang dialami digambarkan sebagai rasa seperti terbakar, dicucuk dan disertai dengan rasa kebas. Selain itu, terdapat pengurangan sensasi rasa pada bahagian paha yang sakit. Tiada aduan berkaitan sakit pada rangsangan ringan (allodinia) atau sakit yang berlebihan pada rangsangan kuat (hiperalgesia). Bacaan gula darah kapilari ialah 8.4 mmol/l dan keputusan HbA1c ialah 7%. Diagnosis meralgia parestetika telah disahkan setelah semua kemungkinan diagnosis lain tidak dapat dibuktikan melalui pemeriksaan fizikal, ujian makmal dan radiologi (x-ray, ultrasound dan MRI). Keadaan pesakit bertambah baik selepas diberikan rawatan ubat secara oral dan menjalani sesi fisioterapi.

Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links