Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Noran Nabilla Nor Azlan, Simon N, Azimah Hussin, Roslee R, Lee KE
    Sains Malaysiana, 2017;46:867-877.
    Kawasan kajian yang terletak di kawasan pergunungan pantai barat Sabah sering dikaitkan dengan kejadian tanah
    runtuh dan kegagalan cerun. Secara geologi, kawasan di sepanjang jalan raya Ranau-Tambunan (RTM) terdiri daripada
    cerun potongan batuan sedimen arenit daripada Formasi Crocker dan metasedimen argilit daripada Formasi Trusmadi
    yang telah terluluhawa serta beberapa bahagian yang terdiri daripada endapan Aluvium Kuartener. Pencirian sifat
    kimia ke atas bahan cerun tanah yang gagal di kawasan tropika, terutama sekali di kawasan kajian jarang dilakukan.
    Pencirian ini adalah penting kerana bukan ciri fizikal bahan cerun sahaja yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh.
    Oleh itu, kajian ini memberi perhatian utama kepada pencirian sifat kimia dan mineralogi lempung telah dilakukan ke
    atas cerun-cerun yang gagal di kawasan kajian. Bagi mencapai objektif kajian ini, sebanyak 12 sampel tanah cerun gagal
    yang terdiri daripada luluhawa gred VI diuji. Analisis inventori cerun gagal menunjukkan terdapat 10 kegagalan cerun
    tanah (T) dan 8 kegagalan jenis khas (TB) dengan 3 kegagalan cerun dikelaskan berisi padu besar (> 500 m3
    ), 7 cerun
    berisi padu sederhana (50 - 500 m3
    ) dan 2 kegagalan cerun berisi padu kecil (10 – 50 m3
    ). Analisis kimia menunjukkan
    kandungan organik tanah (BOT) yang rendah hingga sederhana daripada 3.75%-7.23%, pH tanah dikelaskan sebagai
    berasid amat tinggi hingga beralkali rendah. Analisis XRD menunjukkan komposisi mineral lempung utama terdiri daripada
    kaolinit dan ilit dan beberapa mineral lain seperti montmorilonit, haloisit, dickit dan vermikulit. Komposisi mineral
    bukan lempung utama terdiri daripada kuarza dan muskovit. Hasil kajian menunjukkan wujud perkaitan signifikan antara
    sifat kimia dan mineralogi tanah daripada segi pertukaran unsur kimia, hubungan air liang dan kekuatan ikatan butiran
    tanah dalam pembentukan mineral lempung yang menggalakkan berlakunya kegagalan cerun. Oleh itu, pembinaan dan
    pengurusan kerja-kerja potongan cerun bukan sahaja mengambil kira aspek sifat fizikal dan kejuruteraan tanah malah
    sifat kimia tanah juga amat penting terutamanya yang melibatkan batuan yang terluluhawa supaya sebarang kegagalan
    yang melibatkan cerun potongan dapat ditangani sewajarnya.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links