Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Shuhib Mamat, Mohamad Faizzi, Mohd Sukor Su’ait, Norasikin Ahmad Ludin, Kamaruzzaman Sopian, Nurul Akmaliah Dzulkurnain, et al.
    Sains Malaysiana, 2018;47:2667-2676.
    Kajian terhadap elektrolit polimer berasaskan 49% poli(metil metakrilat) cangkukan getah asli (MG49) dengan
    natrium iodida (NaI) dalam aplikasi sel suria terpeka pewarna (DSSC) telah dijalankan. Kesan kepekatan garam
    ke atas sifat elektrokimia, morfologi, kimia dan kehabluran MG49-NaI telah dianalisis menggunakan spektroskopi
    impedan elektrokimia (EIS), mikroskopi imbasan elektron (SEM), spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR)
    dan pembelauan sinar-X (XRD). Morfologi keratan rentas menunjukkan struktur membran berliang mikro dan homogen.
    Nilai kekonduksian ion tertinggi pada suhu bilik bagi membran elektrolit polimer MG49-NaI pada penambahan 30 %
    bt. garam NaI adalah 8.86 × 10-5 S cm-1. Analisis inframerah menunjukkan interaksi antara atom oksigen dengan ion
    natrium berlaku pada kumpulan berfungsi eter (C–O–C) dan karbonil (C=O). Sifat kehabluran MG49-NaI polimer
    elektrolit didapati berkurang dengan peningkatan kepekatan garam. Analisis kronoamperometri memberikan nilai
    nombor pindahan ion (tion) sebanyak 0.92 membuktikan elektrolit polimer MG49-NaI (30 % bt.) adalah pengkonduksi
    jenis ion. Ujian prestasi DSSC keadaan pepejal bagi FTO/TiO2
    -N719/MG49-NaI (30 % bt.)/I2
    /Pt sampel telah memberikan
    keputusan kecekapan setinggi 0.26% dengan prestasi fotovoltaik, Jsc, Voc dan ff masing-masing adalah 1.30 mA cm-2, 0.56
    V dan 34.91. Membran dalam keadaan pepejal-kuasi atau separa pepejal memberikan nilai kecekapan 3.48 % dengan
    nilai Voc = 0.75 V, Jsc = 12.71 mA cm-2 dan FF = 37.70.
  2. Nurul Aqidah Mohd Sinin, Mohd Adib Ibrahim, Suhaila Sepeai, Mohd Asri Mat Teridi, Norasikin Ahmad Ludin, Kamaruzzaman Sopian, et al.
    Sains Malaysiana, 2018;47:789-795.
    Sel suria digunakan untuk menawan foton untuk menjana tenaga. Walau bagaimanapun, penambahbaikan sel diperlukan
    untuk meningkatkan jumlah penangkapan foton dan juga untuk meningkatkan kecekapan sel. Ini melibatkan keseluruhan
    proses pembuatan sel, dengan proses penyepuhlindapan adalah salah satu daripada langkah penting yang perlu
    dioptimumkan. Percetakan perlogaman menggunakan dwi pembakaran merupakan kaedah yang paling biasa digunakan
    dalam penghasilan sel suria kristal secara komersial. Aluminium (Al) digunakan pada bahagian belakang sel sebagai
    medan permukaan belakang dan penyambung belakang manakala perak (Ag) dicetak pada bahagian hadapan sebagai
    grid pemungut. Proses dwi pembakaran bagi komponen ini adalah penting dalam menentukan kecekapan sel. Oleh itu,
    dalam kajian ini, rawatan pembakaran telah dikaji dengan menggunakan relau tiub kuarza (QTF) dengan perubahan
    suhu pembakaran (700, 750, 800 and 850°C) sebagai satu percubaan untuk mendapatkan kecekapan yang tinggi serta
    meningkatkan kesan pemirauan persimpangan Ag. Apabila suhu meningkat, sifat elektrik sel suria dwi-muka juga turut
    meningkat. Kebergantungan suhu menunjukkan rintangan pirau yang tinggi disebabkan oleh proses penyejukan yang
    pantas selepas proses pembakaran dan seterusnya membawa kepada faktor isi dan kecekapan sel yang tinggi.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links