Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Nur Ellina Azmi, Jaafar Abdullah, Musa Ahmad, Lee YH, Hamidah Sidek, Samsulida Abd Rahman
    Sains Malaysiana, 2011;40:1263-1269.
    Bioanalisis bagi pengesanan ammonium berdasarkan penggunaan sistem dua enzim Glutamat dehidrogenase-Diaporase (GLDH-Dph) dan reagen tiazolil biru tetrazolium bromida (MTT) diterangkan. Dalam kajian ini, GLDH memangkinkan tindak balas penukaran asid α-ketoglutarik membentuk L-glutamat dan kofaktor β-nikotinamida adenina dinukleotida (NADH) akan dioksidakan kepada NAD+ dengan kehadiran ammonium. Seterusnya, baki NADH yang tidak digunakan dioksidakan kepada NAD+ oleh Dph dan MTT dan diturunkan kepada formazan yang berwarna ungu. Keamatan formazan yang terbentuk dicerap menggunakan spektrofotometer pada panjang gelombang 563 nm. Bioanalisis ini memberikan rangsangan yang optimum bagi pengesanan ammonium pada pH larutan penimbal fosfat bersamaan 8, kepekatan GLDH, Dph dan reagen MTT pada 13.2 unit/mL, 1.17 unit/mL dan 0.2 mM, masing-masing. Bioanalisis ini memberikan rangsangan linear terhadap ammonium dalam julat kepekatan 3 - 50 μM dengan had pengesanan 1 μM.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links