Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Siti Aisyah Shamsudin, Jenniver Junas
    Sains Malaysiana, 2018;47:2841-2849.
    Pengimejan tradisi mempunyai banyak kekurangan seperti mempunyai jangka hayat yang pendek serta bersaiz besar
    kerana sifat pendafluornya tidak tahan lama atau berlakunya pelunturanfoto. Melalui kajian ini, nanohablur kadmium
    sulfida dihasilkan dan berfungsi sebagai pengimejan titik kuantum yang sesuai dengan sifat optiknya yang pelbagai
    mengikut saiz zarahnya. Sifat optik titik kuantum kadmium sulfida (TK CdS) boleh dipengaruhi oleh saiz dan juga
    komposisi kimia TK seperti perubahan pH. Dalam kajian ini, sifat optik TK CdS dikaji terhadap perubahan nilai pH
    dengan menghasilkan TK CdS melalui kaedah koloidal. Kadmium asetat dihidrat (C4
    H6
    CdO4
    .2H2
    O) dan natrium sulfida
    (Na2
    S) digunakan sebagai sebagai bahan pemula bagi menghasilkan TK CdS. Nilai pH diubah suai dengan menitiskan
    natrium hidroksida (NaOH) ke dalam larutan TK CdS. Lima jenis larutan disediakan iaitu pada nilai pH5, pH7, pH8,
    pH9 dan pH10. Masalah penggumpalan sering berlaku semasa proses sintesis CdS. Oleh itu, kajian ini menggunakan
    asid tioglikolik (HSCH2
    CO2
    H) sebagai agen penstabil kepada TK CdS. Spektra keserapan UV memberi anjakan biru
    apabila TK CdS pada pH alkali kerana saiz nanohablur mengecil. Hasil daripada spektroskopi pendarfluor mendapati
    larutan yang mempunyai nilai pH8 memberi puncak yang tertinggi. Hal ini adalah kerana pada pH ini nanohablur
    mampu berubah pada posisi yang tepat dan membentuk TK CdS pada kehabluran yang tinggi. Oleh itu, mekanisme ini
    dapat membentuk perangkap lubang dan seterusnya eksiton terbentuk.
  2. An’amt Mohamed Noor, Huang NM, Lim HN, Shahidan Radiman, Sapizah Rahim, Shahrul Izwan Ahmad, et al.
    Sains Malaysiana, 2013;42:967-974.
    Struktur-nano TiO2 dengan pelbagai saiz dan bentuk telah disintesis melalui kaedah hidrotermal menggunakan serbuk nanozarah TiO2 sebagai prekursor. Sistem hidrotermal yang mudah, murah dan bebas templet pada suhu rawatan 180ºC, pengaruh medium alkali dengan penambahan NaOH dan KOH ke atas saiz, morfologi dan sifat fotovoltaik struktur-nano TiO2 telah dikaji. Sampel telah diperincikan oleh mikroskopi elektron transmisi (TEM), analisis penyebaran tenaga sinar-x (EDAX) manakala keupayaan fotovoltaik sel suria sensitif pewarna (DSSC) diukur menggunakan Gamry Potentiostat Series G-300. Hasil kajian dengan menggunakan agen alkali yang berlainan (NaOH dan KOH) jelas mempengaruhi morfologi TiO2 dan sel suria sensitif pewarna yang terdiri daripada struktur nanorod TiO2 menunjukkan keupayaan terbaik dengan voltan litar terbuka (Voc) sebanyak 416.8 mV, ketumpatan arus litar terbuka (Jsc) sebanyak 0.169 mA/cm2 dan kecekapan penukaran (η) sebanyak 0.0232% di bawah iluminasi lampu xenon AM 1.5.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links