Displaying all 4 publications

Abstract:
Sort:
  1. Mohd Hafizuddin Ab Ghani, Mohd Nazry Salleh, Chen RS, Sahrim Ahmad, Ismail Hanafi, Nishata Royan Rajendran Royan, et al.
    Sains Malaysiana, 2016;45:1259-1263.
    Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji sifat mekanik nanokomposit epoksi berpenguat gentian hibrid nano tiub
    karbon berbilang dinding (MWCNT) dan nanozarah tanah liat (NC). Nanokomposit berpenguat hibrid nanozarah telah
    disediakan melalui kaedah kacauan mekanik dan sampel dengan jumlah nanozarah berbeza dibentuk menggunakan
    pengacuan mampatan. Dalam ujian lenturan yang dijalankan, didapati sampel hibrid memberikan nilai kekuatan
    yang lebih tinggi berbanding sampel tunggal. Ujian terhadap sifat hentaman nanokomposit epoksi berpenguat gentian
    nanozarah menunjukkan bahawa penambahan gentian terhadap sampel tidak dapat meningkatkan sifat ketahanan daya
    hentaman yang dikenakan. Namun demikian, sampel yang mengandungi gentian hibrid nano merekodkan nilai daya
    tahan hentaman yang lebih tinggi berbanding sampel tunggal. Mikrograf pengimbas elektron (SEM) mengesahkan kesan
    serakan pengisi hibrid dan ikatan antara muka dalam matriks yang baik. Ini membuktikan bahawa gentian hibrid antara
    nanotiub karbon dan nanozarah tanah liat pada kandungan komposisi tertentu dapat menambahbaik sifat mekanik
    bahan nanokomposit.
    Matched MeSH terms: Flower Essences
  2. Nurul Huda Abd. Karim, Musa Ahmad, Mohammad Osman, Herman, Ahmad Mahir Mokhtar
    Kajian ini menilai potensi ekstrak pewarna kaliks Hibiscus Sabdariffa L. (rosel) sebagai bahan sensor. Dalam kajian ini, sensor pH dibangunkan menggunakan ekstrak warna kemerahan semulajadi dalam kelopak rosel, delfinidin-3-sambubiosida yang dipegunkan dalam kertas turas gentian kaca. Dalam larutan bebas, ekstrak rosel dicirikan menggunakan spektrofotometer UL-nampak untuk mengkaji kesan pH, kepekatan ekstrak, masa ransangan keadaan mantap, analisis kebolehulangan dan analisis kestabilan foto. Ekstrak rosel terpegun dicirikan dengan menggunakan spektrofotometer pantulan untuk mengkaji kesan pH, masa ransangan keadaan mantap, analisis kebolehulangan, analisis kestabilan foto dan kajian histerisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak bahan semulajadi boleh digunakan sebagai bahan sensor dalam pembinaan sensor optik pH.
    Matched MeSH terms: Flower Essences
  3. Ismail, M.S., Fareena, Z.
    Medicine & Health, 2020;15(1):294-299.
    MyJurnal
    Aspirasi bendasing boleh mengancam nyawa. Presentasi yang tidak tipikal dan kekurangan pengimejan diagnostik, telah membuatkan kecurigaan klinikal adalah penting. Kami ingin melaporkan kes aspirasi bendasing dalam seorang dewasa yang hadir ke Jabatan Kecemasan dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Lelaki berusia 31 tahun yang lumpuh disebabkan oleh keretakkan ‘cervical 7th fracture’ dihantar ke Jabatan Kecemasan selepas tidak sedarkan diri dan mengalami penurunan peratusan oksigen disebabkan oleh aspirasi bendasing. Ini adalah kes atipikal aspirasi bendasing pada pesakit yang berjaya didiagnosis dan dirawat menggunakan bronkoskopi fleksibel di Jabatan Kecemasan. Aspirasi bendasing pada orang dewasa sering diabaikan terutama jika ia tidak menyebabkan sesak nafas. Indeks kecurigaan yang tinggi diperlukan terutamanya untuk pesakit berisiko tinggi yang menunjukkan simptom atipikal. Bronkoskopi fleksibel dan ‘rigid’ adalah kaedah diagnosis dan rawatan pesakit yang disyaki aspirasi bendasing. Kesimpulannya, pelbagai jenis penemuan klinikal aspirasi bendasing yang tidak aspirasi dalam saluran udara pada orang dewasa telah dipaparkan. Faktor diagnostik yang paling penting adalah indeks klinikal curiga yang tinggi. Walaupun bronkoskopi ‘rigid’ terus menjadi instrumen pilihan untuk menghilangkan bendasing yang tidak aspisasi di saluran udara orang dewasa, tetapi bronkoskop optik gentian optik juga boleh digunakan dalam keadaan yang tertentu.
    Matched MeSH terms: Flower Essences
  4. Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, Latifah Sarah Supian, Hadi Guna, Nik Nur Syahirah Mohammad, Hwang IS, Afiq Hipni
    Sains Malaysiana, 2014;43:1743-1750.
    Gentian optik polimer (P0F) mempunyai banyak kelebihan dan banyak digunakan untuk komunikasi terutamanya dalam industri automotif. Komunikasi ini memerlukan maklumat yang banyak dihantar pada satu masa dengan kos yang rendah. Untuk itu pencerai 3x3 POF yang berkonsepkan pemultipleks bahagi jarak gelombang (wDM) yang berkos rendah dan berteknologi hijau difabrikasikan. Pencerai POF ini difabrikasikan dengan menggunakan alat yang murah dan mudah didapati, iaitu tiub besi dan lilM. Teknik fabrikasi yang digunakan adalah dengan memanaskan tiga lembar POF sehingga bahagian tengahnya mencair dan melakur sehingga mengecil dan memanjang berdiameter 1 mm. Pencerai 3x3 POF yang berjaya difabrikasi dicirikan dengan mengukur kehilangan POF sebelum dan selepas hujungnya diratakan dan digilap dengan dua jenis kertas pasir yang berlainan darjah kekasaran. Ini untuk melihat kesan gilapan pada kehilangan isyarat optik. Kehilangan pencerai PoF juga diukur pada suhu yang berbeza bagi melihat kesannya pada prestasi pencerai POF. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, dapat dilihat bahawa kebersihan dan kerataan hujung POF memberi kesan kepada kehilangan dengan penurunan antara 0.3 hingga 5.0 dB. Suhu juga memberi kesan kepada kehilangan isyarat POF, walaupun tidak begitu ketara, dengan purata peningkatan kehilangan sebanyak 0.3 dB. Walaupun secara keseluruhannya nilai kehilangan dalam pencerai POF yang difabrikasi ini masih tinggi, prestasi ini dapat diperbaiki dengan penambahbaikan pada teknik pelakuran dan penggunaan alat yang lebih berkualiti. Teknik pemfabrikasi berkos rendah ini dipercayai boleh menghasilkan pencerai POF yang murah secara komersil, tetapi dengan kajian yang lebih mendalam pada teknik pelakuran, punca kehilangan dan cara meminimumkan kehilangan boleh diperoleh dan meningkatkan isyarat optik keluaran.
    Matched MeSH terms: Flower Essences
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links