Displaying publications 1 - 20 of 64 in total

Abstract:
Sort:
  1. Muhamad Bin Omar, Lea Dagol, Carolyn Melissa Payus, Leong Wan Vun
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan elemen ‘Suri Teladan’ dan ‘Celik Alam Sekitar’ dalam kalangan pelajar di negeri Sabah. Sampel adalah terdiri daripada 110 orang responden yang dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Pendekatan kuantitatif dengan teknik tinjauan digunakan dalam kajian ini. Data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap Celik Alam Sekitar (skor min= 4.20, SP= 0.30) dan ‘Suri Teladan’ (skor min= 4.09, SP= 0.34) pada guru adalah tinggi. Manakala Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi celik alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian berdasarkan penglibatan kelab dan persatuan. Namun begitu ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara suri teladan dan celik alam sekitar. Kesimpulannya, tahap celik alam sekitar bagi pelajar adalah pada tahap yang boleh dibanggakan dan responden bersetuju bahawa suri teladan berhubungan positif dengan celik alam sekitar.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  2. Desa A, Yusooff F, Zainah AZ, Nor Ba’yah AK, Mohd Norahim MS
    Jurnal Psikologi Malaysia, 2015;olume 29:32-42.
    Kemahiran keibubapaan, kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan ibubapa adalah tiga aspek yang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan sesebuah keluarga. Kajian dalam kalangan 187 orang ibu dan bapa ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran keibubapaan dan kefungsian keluarga serta hubungan antara kedua pemboleh ubah ini. Selain daripada itu hubungan antara kefungsian keluarga dengan kesejahteraan psikologi juga dikaji. Perbezaan antara jantina bagi ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut juga dikaji. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran keibubapaan dengan kefungsian keluarga, serta kefungsian keluarga dengan kesejahteraan psikologi. Manakala ujian t pula menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran keibubapaan antara lelaki dengan wanita, tetapi tidak terdapat perbezaan dari aspek kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi. Implikasi kajian ini menunjukkan kepentingan kemahiran keibubapaan dan kefungsian keluarga dalam mencapai kesejahteraan psikologi.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  3. Zulkarnain, Rozli Zulkifli, Mohd Jailani Mohd Nor
    Sains Malaysiana, 2011;40:1179-1186.
    Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji ciri akustik serabut sabut kelapa yang berpotensi digunakan sebagai bahan penyerap bunyi. Untuk meningkatkan ciri akustik serabut sabut kelapa pada frekuensi rendah, lapisan berliang digunakan di bahagian depan atau belakang bertujuan untuk meningkatkan nilai galangan permukaan. Bahan selanjutnya dilapisi dengan plat berlubang dengan nisbah keluasan yang berbeza. Sampel diuji mengikut piawaian antarabangsa ASTM E 1050-98 untuk menentukan pekali penyerapan bunyi. Daripada hasil uji kaji, plat 1 mm berlubang yang diperbuat daripada kepingan aluminium yang melapisi serabut sabut kelapa, didapati bahawa nilai maksimum pekali penyerapan bunyi berada pada frekuensi antara 2750 Hz hingga 2825 Hz iaitu dengan nilai 0.97. Nilai nisbah keluasan plat berlubang memberikan pengaruh penurunan pekali penyerapan bunyi pada frekuensi tinggi. Penurunan nilai pekali penyerapan bunyi terjadi apabila plat berlubang mempunyai nilai nisbah keluasan di bawah 0.22. Akan tetapi, penggunaan plat berlubang boleh meningkatkan prestasi penyerapan bunyi serabut sabut kelapa pada frekuensi rendah. Kesepakatan yang baik diperoleh daripada keputusan uji kaji dan analisis dengan pendekatan rangkaian elektrik setara yang digunakan untuk menghitung nilai pekali penyerapan bunyi. Ini menunjukkan bahawa pendekatan rangkaian elektrik setara boleh digunakan untuk merancang dan mengoptimumkan ciri akustik serabut sabut sebagai bahan penyerap bunyi.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  4. Mohamad Mohsin MS, Alias J
    Jurnal Psikologi Malaysia, 2013;olume 27:71-97.
    Walaupun telah terdapat banyak kajian mengenai gaya pengajaran guru, namun hanya terdapat sedikit sahaja kajian yang menfokuskan kepada hubungan antara gaya pengajaran guru dengan pemupukan kreativiti di kalangan pelajar. Oleh itu kajian secara deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji tentang gaya pengajaran guru (N=250) yang membantu memupuk kreativiti di kalangan pelajar dalam bilik darjah. Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa para guru memiliki gaya pengajaran yang membantu ke arah pemupukan kreativiti dalam bilik darjah. Salah satu implikasi kepada guru ialah perlunya mereka memiliki gaya pengajaran yang membantu memupuk kreativiti pelajar.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  5. Zulfahmi Ali Rahman, Sahibin Abdul Rahim, Wan Mohd Razi Idris, Nai CF, Jasni Yaakob
    Tinjauan sepanjang lebuhraya Puchong-Kajang telah dijalankan khususnya di kawasan Puchong, Selangor. Terdapat 12 stesen telah dilawati dan 6 daripadanya telah dilakukan pensampelan tanah bagi analisis makmal. Cerun-cerun yang terbabit dengan pensampelan ini melibatkan cerun jenis tanih dengan julat darjah luluhawa di antara gred IV dan VI. Sampel-sampel tanih yang diambil mewakili cerun yang mengalami kegagalan dan cerun yang stabil. Ciri-ciri fiziko-kimia tanih yang dikaji melibatkan kandungan air segar dan dalam keadaan tepu, kandungan bahan organik, taburan saiz zarah, ketumpatan pukal dan sebenar, keporosan tanah, serakan liat, pH dan kandungan oksida ferum. Kandungan air tanah segar menunjukkan peratusan yang lebih tinggi pada cerun gagal berbanding cerun yang stabil. Semua sampel menunjukkan kandungan air tanah lapangan di bawah tahap kandungan air tepu. Kandungan bahan organik adalah sangat rendah (<2%) dan tanah boleh dikelaskan sebagai berpotensi tidak stabil. Terdapat hubungan positif yang jelas antara kandungan air dan bahan organik khususnya pada cerun gagal. Porositi tanah menunjukkan perkaitan positif terhadap lempung dan kandungan bahan organik. Kebanyakan tanah dikelaskan sebagai bertekstur lempung berpasir berbanding tekstur lain. Nilai-nilai koefisien serakan liat menunjukkan struktur tanah berada dalam kategori stabil hingga sangat stabil berbanding satu stesen yang dikelaskan sebagai tidak stabil. Secara umumnya, tanah terdiri daripada jenis asidik (pH4.87 - pH4.34) dengan kehadiran oksida ferum kurang daripada 6%.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  6. MUHAMMAD AFIQ ‘AIZUDDIN MD DIN
    MyJurnal
    Penggunaan beg plastik sangat popular di seluruh dunia. Di Malaysia beg plastik menjadi keperluan masyarakat terutama dalam proses jual beli. Peningkatan itu sekaligus mewujudkan kebimbangan bagi pemain utama seperti kerajaan persekutuan yang berperanan menggerak dan memperjuangkan kelestarian alam sekitar. Kempen bebas beg plastik merupakan kempen yang kerap dilaungkan dalam menggubah budaya penggunaan plastik dalam kehidupan seharian. Menerusi pelaksanaan kempen bebas beg plastik yang dijalankan di seluruh negeri khususnya di Kuantan, Pahang, maka kajian ini dapat mengkaji rangkaian pemain utama dengan menggunakan kaedah kualitatif temubual melalui Analisis Rangkaian Sosial (ARS). Secara khususnya, rangkaian tadbir berjaya memaparkan pelbagai saliran berkaitan komunikasi dan kerjasama antara pemain utama. Struktur berpusat didapati menjadi asbab kepada kapasiti terhad dalam menyelaraskan tindakan bersama. Temubual yang mendalam menunjukkan kepentingan kedudukan pemain utama dalam rangkaian tindakan bersama memudahkan pihak terlibat. Hasil kajian menunjukkan peluang lebih berkesan dan realistik jika diselaras hukuman dan tindakan di peringkat persekutuan dengan kerjasama Majlis Perbandaran, Jabatan Alam Sekitar, institusi penyelidikan, organisasi perniagaan dan pemain lain yang berkaitan. Justeru, kajian akan datang harus memperkasakan pendidikan dalam kalangan masyarakat dari setiap lapisan umur, kaum dan agama serta budaya. Malah, penerokaan terhadap keberkesanan penyampaian dan penerangan maklumat perlu divisualkan secara jelas oleh pihak berkepentingan dalam usaha mensifarkan penggunaan beg plastik di Malaysia.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  7. Faiz, D., Siti Norbani, A., Azimatun, N., Nik Azlan, N.M.
    Medicine & Health, 2020;15(2):47-55.
    MyJurnal
    Laporan prestasi kerja adalah laporan penilaian yang sistematik dan komprehensif secara kuantitatif bagi menilai tahap prestasi penjawat awam di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sama ada prestasi kerja kakitangan sokongan di Hospital Mersing setanding dengan prestasi kakitangan awam lain di Malaysia. Objektif lain adalah untuk mengenal pasti anggota yang berprestasi tinggi dan rendah dalam organisasi dan menentukan faktor yang mempengaruhi prestasi kerja. Kajian ini adalah pensampelan rentas, retrospektif, mudah digunakan dengan menggunakan data sekunder dari buku perkhidmatan pekerja, Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan rekod perubatan kakitangan pada tahun 2016 digunapakai. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor sosio-demografi dengan prestasi kerja yang jantina, pendapatan bulanan dan tahap pendidikan. Bagaimanapun, tiada hubungan yang signifikan antara etnik, umur, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan. Tiada hubungan yang signifikan antara faktor kesihatan dan faktor pekerjaan dengan prestasi kerja. Dapatan yang diperolehi dari kajian ini boleh digunakan oleh pentadbiran hospital dan penyelia untuk mengambil langkah-langkah bagi memperbaiki tahap prestasi kerja kakitangan dengan sewajarnya di mana ia dapat memberi manfaat kepada individu dan organisasi secara keseluruhan.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  8. Naufal, N., Narayanasamy S., Ahmad, M., Hairol, M.I., Sharanjeet K., Kadar, M., et al.
    Medicine & Health, 2020;15(1):225-236.
    MyJurnal
    Penilaian status visual kanak-kanak prasekolah adalah penting kerana ia adalah salah satu faktor yang menentukan ketersediaan mereka untuk bersekolah. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak prasekolah mendapat peluang untuk mengikuti program saringan penglihatan. Dalam kajian ini, akuiti visual jauh dan dekat serta tahap stereoakuiti diukur di kalangan kanak-kanak berumur enam tahun (n=385). Parameter tersebut kemudiannya dibandingkan di antara kanak-kanak prasekolah swasta bandar dan prasekolah KEMAS daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar. Tujuh peratus kanak-kanak prasekolah KEMAS adalah gagal dalam ujian saringan penglihatan jauh berbanding dengan 6% kanak-kanak prasekolah swasta. Untuk ujian penglihatan dekat, kadar kegagalan adalah masing-masing 8.7% dan 4.9% bagi kanak-kanak prasekolah swasta dan KEMAS masing-masing. Untuk ujian stereoakuiti, seramai 3.3% kanak-kanak prasekolah swasta dan 2.5% kanak-kanak prasekolah KEMAS dikategorikan sebagai lemah stereopsis. Semua perbezaan tersebut adalah tidak signifikan secara statistik (semua p>0.05). Peratusan kanak-kanak yang gagal ujian saringan penglihatan adalah serupa untuk kedua-dua jenis prasekolah. Oleh itu, program saringan penglihatan perlu dijalankan di semua jenis prasekolah untuk memastikan sebarang masalah penglihatan dapat dikesan, didiagnos, dirawat dan dicegah.


    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  9. Jamsiah, M., Md Idris, M.N., Sharifa Ezat, W.P., Norfazilah, A.
    MyJurnal
    Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 285 orang penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas di Kg. Bangi Daerah Hulu langat, Selangor D.E. dari 6-12 Mac 2006. Objektif kajian ini adalah untuk melihat prevalens senaman dan faktor yang mempunyai hubungan dengannya. Kaedah persampelan universal telah digunakan dan pengumpulan data melalui borang soalselidik berpandu. Alatan yang digunakan termasuk penimbang berat Seca dan sfigmomanometer yang telah di kalibrasi, stateskop dan pita pengukur ketinggian. Hasil kajian menunjukkan hanya 13.7% daripada responden yang di kaji di dalam kategori cukup bersenam mengikut definisi kajian. Antara faktor-faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan prevalens cukup bersenam adalah jantina (p=0.004), tahap pendidikan (p=0.02) dan status perkahwinan (p
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  10. Roslan Johari, M.G., Muslha, D., Abdul Kadir, A.B., Safraz Manzoor, H., Sharifah Rohani, S.A.B., Tahir, A., et al.
    MyJurnal
    Tujuan menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kekerapan penyelidikan yang berkaitan dengan kesihatan mental yang dijalankan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebanyak 258 fasiliti Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam kajian ini meliputi Hospital Mental, Hospital dengan perkhidmatan Pakar Psikiatri, Hospital tanpa perkhidmatan Pakar Psikiatri dan Pejabat Kesihatan Daerah. Borang kajiselidik telah dihantar melalui pos kepada Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah dengan kadar maklumbalas 70.2%. Hasil kajian mendapati hanya 23(13.1%) fasiliti sahaja yang menjalankan kajian mengenai kesihatan mental. Sebanyak 37 kajian berkaitan kesihatan mental telah dijalankan bagi tahun 2003-2004. Penyebab utama penyelidikan kurang dijalankan disebabkan oieh peruntukan yang tidak mencukupi dan tiada kepakaran untuk menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan kesihatan mental. Antara penyebab lain adalah kekurangan anggota, NGO tidak berminat dan tiada latihan. Kesimpulannya menunjukkan tahap penyelidikan kesihatan mental di fasiliti Kementerian Kesihatan masih rendah.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  11. N. Hashim, Kamarudin S, Daud W
    Sel tunggal dan berbilang sel metanol langsung berskala mikro dengan luas permukaan 1.0 cm2 beroperasi secara pasif telah dibangunkan dan diuji. Gas oksigen telah diambil dari persekitaran dan larutan metanol disimpan pada ruang tersedia pada bahagian anod. Prestasi sel tunggal diuji dengan menggunakan beberapa kepekatan metanol antara 1.0 M hingga 5.0 M dan keputusan menunjukkan kepekatan 4.0 M memberikan prestasi yang optimum pada operasi sel. Stek yang mengandungi 6 sel difabrikasi dan diuji dengan menggunakan kepekatan metanol optimum iaitu 4.0 M dan tenaga yang terhasil dengan muatan mangkin yang berbeza pada anod dibandingkan. Kombinasi muatan mangkin 3.0 mg cm-2 Pt/Ru pada anod dan 2.0 mg cm-2 Pt pada katod memberikan nilai tenaga yang paling tinggi antara kombinasi lain iaitu 12.05 mW pada 1.08 V dan 11.2 mA.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  12. Desmelati, Mohd Khan Ayob, Aminah Abdullah, Abdul Salam Babji
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Sebanyak 6 jenis sampel nuget ikan komersial yang dipasarkan di Malaysia telah ditentukan komposisi proksimat (kandungan air, protein, lemak, abu dan karbohidrat), warna, kehilangan memasak, keupayaan memegang air, aktiviti air dan pH. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan bererti (p<0.05) bagi komposisi proksimat dan ciri-ciri warna, kehilangan memasak dan keupayaan memegang air. Kandungan air, protein, lemak, abu dan karbohidrat masing-masing berada dalam julat 58.97-64.58%, 9.30-11.60%, 0.14-5.23%, 1.95-2.84% dan 22.81-23.69%. Nilai L*, a* dan b* bagi warna, masing-masing adalah antara 49.72-56.80, 16.64-19.57 dan 38.40-59.58. Walau bagaimanapun tiada perbezaan yang bererti (p>0.05)untuk nilai aktiviti air dan pH antara sampel nuget ikan.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  13. Mohd Hafizuddin Ab Ghani, Mohd Nazry Salleh, Chen RS, Sahrim Ahmad, Ismail Hanafi, Nishata Royan Rajendran Royan, et al.
    Sains Malaysiana, 2016;45:1259-1263.
    Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji sifat mekanik nanokomposit epoksi berpenguat gentian hibrid nano tiub
    karbon berbilang dinding (MWCNT) dan nanozarah tanah liat (NC). Nanokomposit berpenguat hibrid nanozarah telah
    disediakan melalui kaedah kacauan mekanik dan sampel dengan jumlah nanozarah berbeza dibentuk menggunakan
    pengacuan mampatan. Dalam ujian lenturan yang dijalankan, didapati sampel hibrid memberikan nilai kekuatan
    yang lebih tinggi berbanding sampel tunggal. Ujian terhadap sifat hentaman nanokomposit epoksi berpenguat gentian
    nanozarah menunjukkan bahawa penambahan gentian terhadap sampel tidak dapat meningkatkan sifat ketahanan daya
    hentaman yang dikenakan. Namun demikian, sampel yang mengandungi gentian hibrid nano merekodkan nilai daya
    tahan hentaman yang lebih tinggi berbanding sampel tunggal. Mikrograf pengimbas elektron (SEM) mengesahkan kesan
    serakan pengisi hibrid dan ikatan antara muka dalam matriks yang baik. Ini membuktikan bahawa gentian hibrid antara
    nanotiub karbon dan nanozarah tanah liat pada kandungan komposisi tertentu dapat menambahbaik sifat mekanik
    bahan nanokomposit.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  14. Norbahiah Misran, Mohammad Tariqul Islam, Mohammad Rashed Iqbal Faruque, Nurul Hafizah Mohd Hanafi, Farizah Ansarudin, Mohd Faisal Ibrahim
    Sains Malaysiana, 2012;41:779-785.
    Kertas ini membincangkan kaedah untuk mengurangkan kesan interaksi gelombang elektromagnet dengan kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. Pengukuran pengurangan bagi Kadar Penyerapan Spesifik (SAR) menggunakan bahan ferit dan metabahan telah dilaksana dengan kaedah domain-masa perbezaan-terhingga (FDTD) model Lossy-Drude melalui perisian CST Microwave Studio. Metabahan dibentuk dengan menyusun penyalun cincin terpisah (SRRs) secara berkala. Nilai SAR diukur pada beberapa nilai jarak antara model kepala dengan telefon, kelebaran, ketebalan dan ketinggian bahan ferit dan metabahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai SAR1g telah berkurang kepada 1.043 W/kg dengan menggunakan bahan ferit dan 1.161 W/kg dengan menggunakan metabahan. Bagi SAR10g, nilai SAR menurun kepada 0.676 W/kg menggunakan bahan ferit dan 0.737 W/kg dengan menggunakan metabahan. Keputusan bagi nilai SAR dalam kepala manusia dengan kehadiran SRR yang membentuk metabahan telah dianalisis untuk menentusahkan kesan bagi pengurangan SAR ini. Keputusan analisis ini boleh memberikan maklumat yang dapat membantu dalam reka bentuk peralatan komunikasi tanpa wayar bagi mematuhi peraturan keselamatan.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  15. Farah Dzilhani Zulkefli, Mohd Ambri Mohamed, Burhanuddin Yeop Majlis
    Sains Malaysiana, 2017;46:1141-1145.
    Transistor berasaskan karbon tiub nano (CNTFET) telah dihasilkan melalui kaedah pertumbuhan langsung menggunakan alkohol pemangkin pemendapan wap kimia. Sifat struktur dan ciri elektrik peranti telah dikaji. FET ini menunjukkan operasi ambikutub dan ia selaras dengan jenis-Schottky FET. Ia telah didapati bahawa ketinggian halangan Schottky yang wujud antara sentuhan elektrod dan CNT, boleh termodulat oleh aplikasi berkesan daripada voltan pincang (VDS) dan voltan get (VGS). Aplikasi voltan pincang sahaja tidak mudah untuk merendahkan ketinggian halangan Schottky dan ketebalan halangan Shottky, tetapi ia berkait rapat dengan aplikasi voltan get. Bagi konfigurasi peranti dalam kajian ini, keberkesanan medan boleh dikaitkan dengan VGS:VDS = 10:-1. Peningkatan arus didapati disebabkan oleh pengurangan tenaga pengaktifan. Kaitan yang jelas antara kesan voltan pincang, voltan get dan tenaga pengaktifan telah diperhati dalam kajian ini.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  16. Maria Abu Bakar, Azman Jalar, Roslina Ismail
    Sains Malaysiana, 2018;47:805-810.
    Pencerapan dua dimensi (2D) yang diperoleh daripada keratan rentas sampel selalunya digunakan untuk mendapatkan
    maklumat ketebalan lapisan sebatian antara logam (IMC). Walau bagaimanapun, pencerapan 2D amatlah terhad
    berbanding maklumat yang sepatutnya diperoleh daripada struktur tiga dimensi (3D) sampel. Kajian ini bertujuan untuk
    menilai semula kaedah pengukuran lapisan IMC daripada pemerhatian 2D dengan mempertimbangkan faktor-faktor
    sebenar dalam bentuk 3D IMC. Nilai mod ketebalan didapati lebih mewakili nilai ketebalan IMC setelah mempertimbangkan
    pelbagai faktor stereometri berbanding dengan nilai purata. Ini memberikan suatu penanda aras dalam aktiviti
    menentukan ketebalan lapisan IMC berdasarkan pencerapan 2D daripada struktur 3D.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  17. Azman Jalar, Norinsan Kamil Othman, Emee Marina Salleh, Zaifol Samsu
    Sains Malaysiana, 2018;47:1251-1257.
    Keluli karbon amat mudah terkakis dalam pelbagai persekitaran terutamanya dalam keadaan berudara lembap dan suhu tinggi. Oleh sebab itu, permukaan keluli karbon perlu dilindungi dengan bahan atau logam yang mampu menangani serangan kakisan yang agresif dengan membentuk lapisan oksida dan lapisan antara logam yang bersifat pelindung. Kajian ini dijalankan untuk menentukan mikrostruktur permukaan dan kekerasan salutan aluminium (Al) tulen yang telah dihasilkan melalui teknik celupan panas. Celupan panas dalam leburan Al tulen dilakukan pada suhu berbeza untuk mendapatkan lapisan salutan yang optimum. Keputusan teknik celupan panas menunjukkan dua lapisan utama terhasil iaitu lapisan luar Al dan lapisan dalam aluminit (Fe-Al). Manakala lapisan dalam aluminida terdiri daripada dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan nipis luar FeAl3 dan lapisan tebal dalam Fe2Al5. Keputusan daripada ujian mikrokekerasan Vickers menunjukkan bahawa nilai kekerasan lapisan aluminida meningkat dengan peningkatan suhu leburan Al manakala lapisan Al tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  18. Ahmad Shah Pakeer Mohamed, Nazariah Osman, Mohamad Faisol Keling
    MyJurnal
    Kerajaan Malaysia telah memberikan penumpuan terhadap aspek keselamatan dan pembangunan
    pertahanan sejak dari kemerdekaan negara lagi. Pada ketika ini, ancaman yang dihadapi oleh negara
    adalah melibatkan dua bentuk ancaman iaitu ancaman dari dalam negara dan ancaman dari luar negara.
    Kebanyakkan negara khususnya di rantau Asia Tenggara telah mencapai kemerdekaan di antara tahun
    1950-an dan 1960-an. Sebagai sebuah negara yang juga boleh dikategorikan juga baru mencapai
    kemerdekaan, negara-negara di rantau Asia Tenggara ini tidak lari dari menghadapi pelbagai ancaman
    yakni ancaman dari sudut dalaman negara seperti ancaman pemberontakan komunis semasa insurgensi,
    konflik etnik, ketidakstabilan politik, rusuhan kaum, masalah perpaduan dan sebagainya telah menjadi
    faktor yang juga telah mempengaruhi perbentukan Dasar Pertahanan Negara (DPN). Manakala
    ancaman dari sudut luar seperti persempadan, persaingan kuasa besar antara Amerika Syarikat dan
    Kesatuan Soviet semasa perang dingin yang juga menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik,
    konflik dan peperangan di rantau Asia Tenggara, persaingan ideologi, ketegangan hubungan dan
    konflik hubungan antara negara, ancaman terrorisme dan pemberontakan serta sebagainya telah
    mempengaruhi dan memaksa negara Malaysia untuk membangun serta memodenkan sistem pertahanan
    negara.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  19. Frica Esther Anak Kik, Ubong Imang
    MyJurnal
    Pada era globalisasi ini, pembangunan negara tidak dapat diseimbangkan dengan baik memandangkan pembangunan fizikal semakin lebih pesat berbanding pembangunan sosial, terutamanya di bandarbandar besar yang sedang membangun. Oleh sebab itu, pembangunan sosial haruslah diambil perhatian supaya pembangunan fizikal dan sosial dapat dibangunkan dengan seimbang dan juga seiring. Dasar Sosial negara turut memberikan penekanan kepada aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Di Malaysia, kajian yang melibatkan pembangunan sosial kanak-kanak dalam mewujudkan kesejahteraan sosial di kawasan perumahan adalah kurang diambil perhatian oleh para penyelidik. Maka, kajian ini dilakukan untuk membincangkan mengenai kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan perumahan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai dua perkara penting dalam perancangan bandar iaitu perancangan sosial dan kesejahteraan sosial bandar. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian lepas dan dan juga meneliti Pelan Struktur Sabah 2033 yang diperolehi daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah negeri Sabah serta temubual berstruktur bersama pegawai Jabatan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah negeri Sabah . Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perancangan sosial yang baik dapat memberikan impak yang cukup besar dalam mewujudkan kesejahteraan sosial masyarakat bandar. Taman permainan juga telah dikenalpasti mampu memberikan kesan positif kepada kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan perumahan. Hal ini kerana, taman permainan berperanan sebagai tempat pertemuan sosial, iaitu tempat berkumpul dan saling mengenali antara ibu bapa dan juga anak-anak jiran tertangga.
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
  20. Azlina Mohd Khir, Nobaya Ahmad, Muhd Dhamir Audi Azizul, Asnarulkhadi Abu Samah, Hanina Halimatusaadiah Hamsan
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara sikap terhadap Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan perubahan kepada sosio-ekonomi dalam kalangan peserta PPP Orang Asli. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) menghuraikan latar belakang responden; ii) mengenal pasti tahap sikap dan perubahan sosio-ekonomi; dan iii) menentukan hubungan antara sikap terhadap PPP dan perubahan kepada sosio-ekonomi. Kajian ini melibatkan 110 Orang Asli yang menyertai PPP di negeri Perak. Pemilihan responden adalah secara persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Hasil kajian mendapati antara projek PPP yang dijalankan di negeri Perak adalah tanaman sayuran, limau kasturi dan pisang, serta ternakan kambing, lembu, ikan tilapia dan kelulut. Dapatan kajian menunjukkan adanya peningkatan pendapatan dalam kalangan responden walaupun majoriti daripada mereka memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM1000. Secara keseluruhannya, majoriti responden mempunyai sikap yang positif terhadap PPP, manakala perubahan kepada sosioekonomi berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara sikap terhadap PPP dengan dimensi perubahan sosio-ekonomi (r = .430 hingga r = .681; p
    Matched MeSH terms: Fenofibrate
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links