Displaying publications 1 - 20 of 106 in total

Abstract:
Sort:
  1. Rozaimi Zakaria, Abd Fatah Wahab
    Sains Malaysiana, 2014;43:799-805.
    Di dalam kertas ini, pendekatan dalam mentakrifkan ketakpastian titik data melalui pendekatan konsep nombor kabur yang sedia ada dapat diitlakkan. Pengitlakan ini termasuk pentakrifan ketakpastian data yang akan menjadi titik data kabur (titik kawalan kabur) selepas ditakrifkan oleh konsep nombor kabur. Kemudian, kajian ini juga membincangkan tentang proses pengkaburan (operasi potongan-alfa) terhadap titik data kabur tersebut dalam bentuk segitiga nombor kabur diiringi dengan beberapa teorem dan juga pembuktiannya. Selain itu, kami juga turut memodelkan titik data kabur tersebut melalui fungsi lengkung yang sedia ada iaitu fungsi lengkung Bezier. Selepas itu, turut dicadangkan juga ialah proses penyahkaburan terhadap titik data kabur selepas operasi potongan-alfa diimplementasikan bagi memperoleh penyelesaian titik data kabur rangup sebagai keputusan akhir yang turut dimodelkan melalui fungsi lengkung Bezier dengan disertai beberapa teorem bagi memahami bentuk data tersebut.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  2. Shahrul Nizam Ishak, Jamaludin Md Ali
    Makalah ini menunjukkan dua jenis peringkat Persamaan Pembezaan Separa (PPS) dalam versi teritlak daripada kaedah PPS Bloor-Wilson. Modifikasi terhadap parameter a(u, v) dalam persamaan tersebut diilustrasikan melalui beberapa contoh. Kelebihan dan kekurangan terhadap aplikasinya juga dibincangkan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  3. Muhammad Aslam Mohd Safari, Wan Zawiah Wan Zin
    Sains Malaysiana, 2017;46:989-999.
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti model statistik terbaik bagi mewakili set data melampau untuk salah satu bahan pencemaran udara iaitu zarah terampai (PM10). Data dari enam buah stesen pengawasan kualiti udara di sekitar Lembah Klang dari tahun 2009 hingga 2011 digunakan dalam kajian ini. Dalam penentuan taburan terbaik, taburan parametrik dan taburan tak berparameter telah diuji. Dua siri data melampau yang digunakan ialah siri data maksimum bulanan dan siri data melangkaui ambang bagi PM10. Seterusnya, dua taburan parametrik iaitu Taburan Melampau Teritlak (GEV) dan Taburan Pareto Teritlak (GPD) masing-masing dipadankan kepada siri data maksimum bulanan dan siri data melangkaui ambang. Kaedah penganggaran parameter L-momen dan ujian kebagusan penyuaian Anderson Darling digunakan dalam pemilihan taburan parametrik terbaik yang juga menentukan kaedah pemilihan data melampau yang mana lebih baik. Bagi kaedah tak berparameter, penganggaran fungsi ketumpatan kernel (KDE) digunakan untuk menentukan taburan terbaik PM10 melampau. Hasil pengiraan ralat min kuasa dua (MSE) mendapati taburan tak berparameter merupakan taburan terbaik bagi data melampau PM10 di kebanyakan stesen kajian. Taburan terbaik bagi setiap stesen kajian seterusnya digunakan bagi menghitung tempoh ulangan PM10 yang sangat berguna bagi pihak yang terbabit.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  4. Rajakumar MK
    Aliran Monthly, 1996;16(8):21.
    A tribute to Tan Sri Dr Tan Chee Khoon. Part of a special issue devoting to Tan Chee Khoon.
    Republished in: An Uncommon Hero. p210-211

    Matched MeSH terms: Gastropoda
  5. Mohd Nazri Idris, Abdul Razak Daud, Norinsan Kamil Othman
    Sains Malaysiana, 2016;45:271-277.
    Keberkesanan perencatan benziltrietilamonium klorida (BK) terhadap perlindungan kakisan keluli karbon di dalam 1 M asid asetik telah dianalisis dengan menggunakan kaedah ujian kehilangan berat. Matlamat kajian adalah untuk menilai tahap kecekapan perencatan BK berdasarkan perubahan nilai kepekatan perencat berkenaan dan suhu. Analisis kehilangan berat menunjukkan kadar kakisan keluli karbon berjaya dikurangkan dengan penggunaan kepekatan BK yang lebih tinggi dan nilai kecekapan perencatan BK mencapai sehingga 70%. Namun kadar kakisan didapati meningkat selari dengan peningkatan suhu. Analisis termodinamik mendapati perencatan BK berjaya mengurangkan proses pelarutan ion-ion logam melalui pembentukan lapisan filem nipis pada permukaan keluli karbon. Analisis juga menunjukkan sebatian BK berupaya menjerap pada permukaan keluli karbon melalui kedua-dua kaedah penjerapan fizikal dan kimia. Proses penjerapan BK pada permukaan keluli karbon didapati lebih menjurus kepada model isoterma penjerapan Langmuir. Analisis morfologi menggunakan mikroskop imbasan elektron turut mengesahkan berlakunya perencatan BK pada tapak permukaan keluli karbon. Keseluruhan kajian mendapati sebatian BK berupaya melindungi keluli karbon daripada mengalami kakisan di dalam medium asid asetik.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  6. Ahmad A, Shuhaimi Othman M, Lim E, Abd. Aziz Z
    Sains Malaysiana, 2013;42:587-596.
    Satu analisis penentuan parameter kualiti air yang penting untuk penilaian ekosistem cetek telah dilakukan menggunakan kaedah multivariat. Sebanyak 14 parameter kualiti air yang melibatkan komponen biologi, fizik dan kimia telah dikumpulkan setiap bulan selama satu tahun. Data dianalisis menggunakan ujian faktor yang melibatkan tiga proses iaitu mengenal pasti korelasi antara faktor, mengekstrak faktor dan seterusnya melihat kesan gabungan faktor-faktor tersebut. Proses pertama melibatkan pengelompokkan parameter yang berkorelasi kuat ke dalam faktor tersendiri dan mengeluarkan parameter yang mempunyai lebih daripada satu faktor. Analisis pengelasan agglomeratif hierarki (HACA) dan analisis diskriminan (DA) juga dilakukan untuk memperlihatkan kelompokan dan pengaruh faktor terhadap kualiti air tasik. Hasil analisis menunjukkan kualiti air Tasik Chini dipengaruhi oleh lebih daripada satu faktor. Hasil kajian menunjukkan komponen biologi dan kimia (nutrien) mempunyai pengaruh kuat dalam penentuan kualiti air tasik. Parameter berasaskan biologi iaitu BOD5, COD, klorofil a dan kimia (nitrat dan ortofosfat) adalah parameter yang
    penting di Tasik Chini. Ketiga-tiga analisis yang dijalankan menunjukkan kepentingan penentuan komponen biologi dan kimia bagi menentukan kualiti air Tasik Chini.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  7. Hwa QA
    Jurnal Psikologi Malaysia, 2011;olume 25:7-10.
    Artikel ini memerihalkan pembelajaran tingkah laku usahawanan di Malaysia dalam konteks kognitif sosial untuk transformasi negara bagi memungkinkan kesejahteraan psikologi, meningkatkan kualiti hidup dan menjayakan pembangunan negara yang mampan. Dengan demikian, sorotan literatur ini, menggambarkan kesesuaian kognisi sosial untuk membekalkan satu kerangka konsep bagi memupuk individu ke arah menjadi usahawanan yang berkemampuan. Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam mendidik usahawanan dan saranan berkaitan juga dibincangkan dalam konteks kognitif sosial .
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  8. Zaidi Isa
    Sains Malaysiana, 2006;35:95-105.
    Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat impak pengenalan instrumen derivatif ke atas kemeruapan pulangan saham di pasaran semerta. Kajian ini juga mengambil kira kesemua instrumen derivatif yang telah diperkenalkan di pasaran tempatan. Data harian bagi indeks komposit dan sebilangan indeks-indeks untuk setiap sektor akan digunakan di dalam kajian ini bagi mengkaji kesan secara keseluruhan dan mengikut sektor. Dengan menggunakan model GARCH terubahsuai iaitu dengan mengambil kira kesan perubahan struktur. Kajian ini mendapati wujudnya kesan yang bercampur-campur. Secara umumnya, pengenalan instrumen derivative mampu untuk mengurangkan tahap kemeruapan pulangan dan secara langsung menstabilkan pasaran saham. Tambahan pula, ia turut mempertingkatkan lagi kadar dan kualiti aliran maklumat ke dalam pasaran dan dengan demikian menjadikan pasaran saham bertambah efisien.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  9. Mohamad Hanif Kamal Roslan, Che Aziz Ali, Kamal Roslan Mohamed
    Sains Malaysiana, 2016;45:1897-1904.
    Batuan Formasi Singa yang terdiri daripada batu lumpur dominan, berselang lapis dengan batu lodak, batu pasir dan
    juga sedikit unit konglomerat tertabur secara meluas di kepulauan Langkawi. Formasi Singa boleh dibahagikan kepada
    sepuluh fasies sedimen dan empat sekutuan fasies. Keputusan kajian menunjukkan Formasi Singa telah terendap di
    lautan cetek, iaitu di sub-sekitaran luar pesisir, transisi, muka pesisir serta dalam alur. Lautan cetek Lembangan Singa
    dipengaruhi oleh iklim sejuk kerana terdapat sedimen asalan glasier, iaitu fasies batu lumpur berpebel. Kertas kerja ini
    akan menjelas dan membincangkan segala aspek sedimentologi formasi batuan ini.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  10. Emee Marina Salleh, Norinsan Kamil Othman, Azman Jalar
    Sains Malaysiana, 2018;47:1867-1872.
    Pengecilan saiz antarahubung dalam papan litar bercetak (PCB) membawa kepada migrasi elektrokimia (ECM) dan
    kemudiannya menyebabkan litar pintas. ECM merupakan salah satu jenis kakisan yang ketara menjejaskan kebolehtahanan
    kakisan kepada peralatan elektronik. Migrasi ini ialah fenomena ion logam bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang
    lain di dalam medium logam, menyebabkan endapan berlaku di bahagian katod logam ataupun aloi. Justeru, kajian ini
    dijalankan untuk menentukan kelakuan kakisan melalui ujian titisan air (WDT) pateri bebas plumbum Sn-3.0Ag-0.5Cu
    (SAC305) di dalam larutan natrium hidroksida (NaOH) yang berbeza kepekatan iaitu 0.05M, 0.1M, 0.5M dan 1.0M.
    Purata masa-ke-kegagalan (MTTF) pateri SAC305 berkurangan apabila didedahkan kepada medium larutan NaOH
    yang semakin tinggi kepekatannya. Pembentukan dendrit dikesan selepas kakisan pateri SAC305 akibat proses ECM dan
    menyebabkan litar pintas. Hasil kakisan Cu(OH)2
    dan SnO2 juga didapati terbentuk selepas pateri terkakis. Bopeng
    kecil kelihatan terbentuk terutamanya pada kepekatan yang tinggi adalah disebabkan oleh perlarutan pada anod Sn.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  11. Zvonareva S, Kantor Y
    Zootaxa, 2016 Sep 12;4162(3):401-37.
    PMID: 27615983 DOI: 10.11646/zootaxa.4162.3.1
    Gastropod molluscs are one of the most important components of mangrove ecosystem. Mangroves in Central Vietnam have a rather limited distribution due to peculiarities of the coastline morphology and presently their fauna remains understudied. Extensive surveys were conducted in both natural vegetation and artificial mangrove plantations in several localities in Nha Trang Bay from 2005 to 2015. In total 65 species of gastropod molluscs were found alive, 17 of which can be considered as predominantly mangrove-associated. An illustrated guide is provided, with short synonymies and data on ecology and distribution. The recorded molluscan diversity is compared with published data on mangrove gastropods in different regions of the Indo-Pacific. Total species number and the proportion of mangrove-associated species are similar to studied faunas in Hong Kong, Malaysia and Thailand, but the diversity is much lower than that of the mangal fauna of the Philippines.
    Matched MeSH terms: Gastropoda/anatomy & histology; Gastropoda/classification*
  12. Schilthuizen M, van Til A, Salverda M, Liew TS, James SS, bin Elahan B, et al.
    Evolution, 2006 Sep;60(9):1851-8.
    PMID: 17089969
    Genetic divergence in geographically isolated populations is a prerequisite for allopatric speciation, one of the most common modes of speciation. In ecologically equivalent populations existing within a small, environmentally homogeneous area, an important role for environmentally neutral divergence is often found or inferred. We studied a species complex of conspicuously shaped Opisthostoma land snails on scattered limestone outcrops within a small area of lowland rainforest in Borneo. We used shell morphometrics, mitochondrial and nuclear DNA sequences, and marks of predation to study the factors involved in allopatric divergence. We found that a striking geographic divergence exists in shell morphology, which is partly associated with neutral genetic divergence. We also found geographic differentiation in the behavior of the snails' invertebrate predator and evidence of an evolutionary interaction between aspects of shell shape and predator behavior. Our study shows that adaptation to biotic aspects of the environment may play a more important role in allopatric speciation than previously suspected, even on a geographically very small scale.
    Matched MeSH terms: Gastropoda/anatomy & histology*; Gastropoda/genetics; Gastropoda/physiology*
  13. Rafina Mimi Muhamad, Pua, Hiang, Atiah Ayunni Abdul Ghani, Balkhis Bashuri, Abdul Aziz Ishak, Khairul Osman
    MyJurnal
    Penentuan kumpulan bangsa dalam analisis rambut pada kepala adalah satu cabaran yang dihadapi dalam analisis forensik untuk mengenal pasti mangsa, suspek dan tempat kejadian jenayah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara dua kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina melalui penelitian ciri-ciri rambut. Ini termasuklah ciri umum rambut, corak kutikel, warna, taburan pigmen kortek dan ciri medula – jenis, ketebalan dan indeks medula. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan mikroskop cahaya dan terdiri daripada lima langkah iaitu penyediaan sampel, penelitian ciri umum rambut, penyediaan dan penelitian slaid acuan corak sisik kutikel, slaid kortek serta medula. Hasil daripada kajian in mendapati bahawa kebanyakan Melayu mempunyai warna pigmen yang bercoklat gelap manakala Cina mempunyai pigmen coklat cerah. Kami juga mendapati bahawa ketebalan medula boleh juga digunakan untuk membezakan antara Melayu dan Cina di mana nilai purata bagi Melayu dan Cina masing-masing adalah 7.59 ± 1.45 μm dan 9.12 ± 1.85 μm. Nilai purata indeks medula bagi Melayu dan Cina pula adalah 0.17 ± 0.02 μm dan 0.18 ± 0.02 μm masing-masing. Walaupun begitu, ciri-ciri seperti tekstur, ketebalan rambut, corak sisik kutikel, taburan pigmen dan jenis medula pula menunjukkan perbezaan yang tidak ketara antara Melayu dan Cina. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa warna pigmen, ketebalan medula dan indeks medula adalah ciri-ciri penting yang boleh digunakan untuk menentukan bangsa.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  14. Rokiah Omar, Noorhaililah Bauri, Zainora Mohammed
    MyJurnal
    Ujian teks bacaan Bahasa Melayu telah dibangunkan untuk menilai prestasi membaca kanak-kanak sekolah rendah.
    Seramai 120 pelajar Tahap 1 (purata umur 8.5 ± 0.5 tahun) dan Tahap 2 (purata umur 10.5 ± 0.5 tahun) berpenglihatan
    normal telah dipilih secara rawak. Subjek diminta membaca lima teks bacaan secara rawak dengan kuat. Masa selesai
    membaca setiap teks bacaan diukur dan sebarang kesalahan menyebut perkataan direkodkan. Purata kelajuan membaca
    dan kadar membaca diukur sebagai perkataan per minit (ppm). Kelajuan membaca Tahap 1 adalah 88.81 ± 1.95 {ralat
    piawai (RP)} ppm dan kadar membaca pula adalah 87.20 ± 1.98 (RP) ppm. Bagi Tahap 2, kelajuan membaca adalah
    108.12 ± 1.66 (RP) ppm manakala kadar membaca adalah 107.22 ± 1.67 (RP) ppm. Kelajuan dan kadar membaca di
    antara subjek bagi setiap teks bacaan menunjukkan tiada perbezaan yang signifi kan (p > 0.05) dengan nilai p bagi
    kedua-duanya adalah 0.91 manakala bagi tahap 2 pula nilai p adalah 0.57. Perbandingan di antara teks bacaan juga
    menunjukkan tiada perbezaan yang signifi kan (p > 0.05). Semua teks bacaan adalah homogen secara statistik maka teks
    bacaan yang dibangunkan boleh dipilih secara rawak semasa ujian dan tidak akan memberi kesan kepada penilaian
    prestasi membaca di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  15. Rokiah Omar, Knight, Victor Feizal, Nur Zakiah Mohd Saat, Sazlina Kamaralzaman, Sharifah N. Syed Alwi
    MyJurnal
    Fungsi penglihatan dipengaruhi oleh proses penuaan dan tanpa intervensi yang bersesuaian boleh mengakibatkan kemerosotan tahap penglihatan. Keadaan ini jika berterusan akan mengakibatkan kesukaran melakukan aktiviti kehidupan seharian dan memberi kesan kepada kualiti hidup kepada warga emas. Kajian ini mengkaji kesan gangguan penglihatan terhadap aktiviti harian dan kualiti hidup warga emas. Ukuran yang dilakukan ialah tahap penglihatan jauh menggunakan carta LogMAR untuk menilai gangguan penglihatan. Ujian kualiti hidup dilaksanakan menggunakan soalan kualiti hidup penglihatan terhad (LVQOL) dan ujian keupayaan melakukan aktiviti harian menggunakan indeks Barthel (BI). Dapatan kajian menunjukkan bahawa gangguan fungsi penglihatan bertambah teruk dengan peningkatan umur, begitu juga didapati bahawa BI berkurangan apabila fungsi penglihatan merosot. Skor kualiti hidup LVQOL pula berkurangan bersama-sama kemerosotan tahap penglihatan. Tiga puluh lima peratus warga emas dalam kajian ini memerlukan intervensi optometri dan penglihatan terhad, Kesimpulannya, kemerosotan tahap fungsi penglihatan di kalangan warga emas boleh menyebabkan penurunan keupayaan dalam melakukan aktiviti harian. Di samping itu, akuiti visual yang tidak dibetulkan akan menyebabkan penurunan kualiti hidup warga emas.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  16. Nurul Azita Salleh, Kamal Ab Hamid, Mohd Nasrun Mohd Nawi, Muhammad Nazrin Shah Zakaria, Suzana Abd Mutalib
    MyJurnal
    Medium penyampaian maklumat merupakan media pengajaran utama yang digunakan dalam menyampaikan
    maklumat kepada pekerja tempatan dan juga asing dalam Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (KIKK).
    Justeru, kertas kerja ini menumpukan kepada perbincangan mengenai permasalahan serta hasil kajian lepas berkaitan
    penggunaan media penyampaian maklumat sedia ada oleh pekerja asing dalam KIKK. Kesimpulan hasil kajian
    perpustakaan mendapati terdapat beberapa masalah penggunaan media penyampaian maklumat sedia ada ini daripada
    aspek penggunaan bahasa, cara penyampaian dan medium penyampaian. Bahasa Melayu lazimnya digunakan sebagai
    bahasa pengantar semasa penyampaian maklumat dalam KIKK sama ada dalam bentuk teks mahupun penyampaian
    lisan. Namun, penggunaan Bahasa Melayu ini didapati tidak difahami oleh kebanyakan pekerja asing terutamanya
    pekerja asing bukan warga Indonesia. Cara penyampaian maklumat juga dilihat bersifat satu hala dan kurang difahami
    serta medium penyampaian yang digunakan kurang interaktif dan berbentuk presentasi. Malah, medium penyampaian
    maklumat seperti PowerPoint yang digunakan masih belum cukup kemas untuk memenuhi keperluan kerja pekerja
    asing di tapak bina yang mana teks bahasa Melayu terlalu panjang digunakan, susunan teks dan grafik tidak kemas,
    saiz teks tidak konsisten serta penggunaan grafik yang kurang jelas.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  17. Aimy Mastura, Z. Y., Othmaliza, O., Khairunisa, A. A., Norshamsiah, M. D.
    Medicine & Health, 2017;12(2):341-347.
    MyJurnal
    Plasmasitoma ekstramedulari adalah komplikasi myeloma berbilang yang sangat
    jarang berlaku. Kami melaporkan kes seorang wanita berumur 56 tahun yang
    menghidap myeloma berbilang yang telah mengalami bengkak pada mata kiri. Ia
    menyebabkan bola mata beliau tersembul, luka pada kornea dan juga kemerosotan
    penglihatan. Biopsi tisu menunjukkan perebakan plasma sel neoplastik yang positif
    kepada CD138 dan rantai ringan Kappa yang menepati ciri-ciri plasmasitoma.
    Setelah melalui rawatan radio-kemoterapi, pembengkakan mata susut dengan
    ketara sekali namun kemerosotan penglihatan beliau tidak berubah.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  18. Chong EL, Ishak Ahmad, Ibrahim Abdullah, Dahlan Mohd
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Serbuk sekam padi (SP) merupakan serabut semula jadi yang boleh bertindak sebagai pengisi penguat dalam adunan getah asli termoplastik (TPNR) NR/HDPE selepas permukaan serbuk dimodifikasikan sewajarnya. Rawatan serbuk SP merangkumi pra-rawatan dengan 5% larutan natrium hidroksida (NaOH), rendaman dalam larutan getah asli cecair (LNR) dan dedahan SP tersalut LNR kepada sinaran electron (EB). Komposit TPNR/SP disediakan secara pengadunan leburan dalam pengadun dalaman pada keadaan yang telah ditentupastikan terlebih dahulu. Morfologi komposit yang dianalisis menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM), menunjukkan taburan zarah pengisi SP termodifikasi adalah homogen dan kewujudan interaksi matriks-zarah. Komposit terisi SP terubahsuai LNR-EB menunjukan perubahan sifat mekanik yang ketara. Nilai maksimum tegasan dan kekuatan impak adalah masing masing 6.7 MPa dan 13.2 kJ/cm2 pada dedahan 20 kGy dos EB, manakala modulus regangan adalah 79 MPa pada dos 30 kGy. Ini menunjukkan terdapat peningkatan interaksi berkesan antara-muka SP dan TPNR bagi SP terwat LNR pada dos 20-30kGy EB. Peningkatan dos EB pada SP tersalut LNR menyebabkan degradasi salutan NR dan meningkatakan interaksi antara zarah SP. Pengaglomerasian zarah SP akan berlaku dan menyebabkan serakan zarah dalam komposit menjadi tidak homogen.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  19. Nasruddin Hassan, Bushra Abdul Halim
    Sains Malaysiana, 2012;41:1155-1161.
    Satu model matematik dibina bagi menilai pengurusan aktiviti pelancongan rekreasi di Wetland Putrajaya. Kajian ini menggunakan kaedah pengaturcaraan gol (PaG) dan perisian LINDO 6.1.untuk menyelesaikan masalah pelbagai objektif bagi memaksimumkan anggaran keuntungan aktiviti dan bilangan peserta yang terlibat. Tujuh aktiviti di Wetland Putrajaya yang terletak di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya telah dipilih sebagai kes kajian. Data dan maklumat rekod tahun 2008 dijadikan sebagai anggaran untuk kos dan bilangan peserta. Hasil kajian mendapati pihak Wetland Putrajaya boleh mencapai keuntungan lebih 40% daripada jumlah kos dan matlamat untuk memaksimumkan bilangan peserta bagi aktiviti yang terlibat juga tercapai.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
  20. Khosiya Sali, Aidil Abdul Hamid, Wan Mohtar Wan Yusoff
    Penghasilan CGTase daripada Bacillus sp. G1 berjaya ditingkatkan dengan menggunakan sistem kultur selanjar mengatasi penghasilan daripada kultur kelompok. Aktiviti CGTase tertinggi yang didapati dalam kultur kelompok ialah 28.1 U/ml. Kajian kultur selanjar difokuskan kepada masa kemasukan medium segar yang berbeza (12, 24 dan 48 jam ), kadar pencairan ditetapkan pada 0.03 per jam. Hasil menunjukkan masa memulakan pam medium segar tidak memberi perubahan yang signifikan terhadap aktiviti CGTase (25.7, 26.3 dan 26.1 U/ml masing-masing) dan produktiviti CGTase (0.77, 0.79 dan 0.78 U/ml/j masing-masing) pada keadaan mantap tetapi produktiviti CGTase (0.77 U/ml/j) akan lebih tinggi berbanding produktiviti kultur kelompok apabila masa di antara larian kultur kelompok diambil kira. Malah peningkatan berpotensi ditingkatkan lagi dengan memulakan pam medium segar lebih awal daripada 12 jam dan juga dengan meningkatkan kadar pencairan.
    Matched MeSH terms: Gastropoda
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (tengcl@gmail.com)

External Links