Displaying publications 1 - 20 of 79 in total

Abstract:
Sort:
  1. Mohd Amir Zulkefli, Mohd Ambri Mohamed, Kim S. Siow, Burhanuddin Yeop Majlis
    Sains Malaysiana, 2018;47:619-633.
    Suis nanoelektromekanikal (NEM) mempunyai persamaan dengan suis konvensional semikonduktor apabila digunakan
    sebagai transistor dan penderia walaupun prinsip operasinya berbeza. Perbezaan prinsip operasi suis ini memberikan
    kelebihan kepada suis NEM untuk beroperasi dalam persekitaran yang melampau manakala suis konvensional
    semikonduktor mempunyai kelebihan daripada segi infrastruktur fabrikasi yang canggih. Dalam kertas ini, kami
    mengulas kemajuan terbaru dan potensi teknologi NEM dalam aplikasi pensuisan berdasarkan bahan berasaskan karbon
    seperti CNT dan grafin. Kemajuan reka bentuk geometri suis NEM seperti struktur rusuk berlubang, mempunyai kelebihan
    daripada segi voltan operasi peranti yang rendah, turut dibincangkan dalam kertas ini. Berdasarkan Kitaran Gemburan
    Gartner, teknologi, proses dan produk untuk suis NEM atau hibrid NEM-CMOS berada di takuk berbeza iaitu di jurang
    ilusi, cerun pencerahan dan dataran tinggi produktiviti. Kemudian, reka bentuk geometri suis NEM berasaskan bahanbahan
    ini diulas dengan lengkap berdasarkan kajian kepustakaan terbaru. Kami mengenal pasti cabaran yang terlibat
    dalam proses fabrikasi suis NEM berasaskan CNT dan grafin seperti kebocoran get dan proses litografi yang mencabar.
    Kesimpulannya, kami meringkaskan kertas kajian ini kepada beberapa sudut perspektif, pandangan dan peluang pada
    masa depan dalam teknologi suis NEM.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  2. Normah Awang Noh, Haris Abdul Wahab, Siti Hajar Abu Bakar Ah
    MyJurnal
    Kualiti merupakan elemen terpenting dalam proses pengeluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi kepada pelanggan. Kualiti perkhidmatan merujuk kepada ukuran bagaimana sesuatu perkhidmatan yang disampaikan sepadan dengan jangkaan pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti perkhidmatan kesihatan awam yang dapat diakses oleh buruh asing. Pengukuran kualiti perkhidmatan kesihatan dalam kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu keadaan perkhidmatan kesihatan, tempoh masa menunggu dan layanan kakitangan hospital terhadap buruh asing. Dapatan kajian menunjukkan sebilangan besar buruh asing berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan kesihatan yang diterima oleh mereka.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  3. Muhammad Marsudi, Dzuraidah Abdul Wahab, Lily Amelia, Che Hassan Che Haron
    Kertas ini membincangkan pembangunan suatu alat sokongan pembuat keputusan dalam mereka bentuk produk berasaskan teori baris-gilir yang dikaitkan dengan maklumat masa kitar pembuatan. Dengan penggunaan alat sokongan ini, kesan reka bentuk sesuatu produk terhadap parameter kapasiti dan masa kitar pembuatan sesuatu sistem pembuatan sedia ada dapat ditentukan. Aplikasi alat sokongan ini membolehkan kumpulan pembangunan produk membangunkan produk sebenar pada masa yang singkat, meminimumkan kos pembangunan serta mengurangkan keperluan untuk mereka
    bentuk semula produk. Alat sokongan ini telah diaplikasikan pada sebuah industri automotif tempatan dan hasil kajian menunjukkan bahawa alat sokongan tersebut telah berjaya melakukan analisis masa kitar dan tahap penggunaan pada sistem pembuatan sedia ada. Pada jumlah keluaran 44 komponen/jam dan saiz sesekumpul 80, hasil analisis menunjukkan tahap penggunaan pada 98% dengan masa kitar 17.8 jam bagi pemprosesan gabungan produk yang terdiri daripada komponen dengan reka bentuk baru dan reka bentuk sedia ada.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  4. Atmaja P. Rosyidi, Tajul Anuar Jamaluddin, Lim CS, Mohd Raihan Taha
    Sains Malaysiana, 2011;40:1393-1405.
    Gempa bumi pada 30 September 2009, dengan kekuatan 7.6 MW yang melanda Bandar Padang, Padang Pariaman dan wilayah Sumatera Barat, Indonesia, telah mengorbankan lebih daripada 1200 orang. Ribuan buah rumah, bangunan dan infrastruktur lain telah mengalami kerosakan tahap ringan hingga teruk. Kajian ini bertujuan untuk melaporkan kesan gempa bumi Padang terhadap kerosakan bangunan dan tanah runtuh yang berlaku pada kawasan Bandar Padang, Padang Pariaman, Pariaman dan Agam. Kesan gempa bumi ini dianalisis berdasarkan data geologi, geoteknik dan impak geo-bencana yang telah dikumpulkan daripada berbagai sumber dan hasil kajian lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kerosakan di kawasan bandar Padang dan Padang Pariaman lebih disebabkan oleh kualiti bangunan yang tidak memenuhi piawaian bangunan dan pengaruh geologi kawasan, iaitu berlakunya amplifikasi tanah disebabkan oleh endapan aluvium yang tebal. Kerosakan teruk pada bangunan antara lainnya dikaitkan dengan kehadiran jalur-jalur sesar kecil atau ketakselanjaran pada lapisan bawah tanah. Beberapa kejadian tanah runtuh besar yang berlaku di Pariaman dan Agam adalah disebabkan oleh geologi kawasan, geomorfologi dan morfologi cerun yang curam. Kajian lanjut diperlukan bagi mengenal pasti dan menilai risiko bencana untuk persediaan menghadapi bencana gempa bumi di masa hadapan.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  5. Nur Aziera Sukman, Nur Riza Mohd Suradi, Latifah Amin
    Telah terbukti bahawa pembangunan dan kejayaan bioteknologi dan teknologi modifikasi genetik (GM) pada masa hadapan bergantung secara langsung kepada persepsi masyarakat dan sikap pengguna. Kajian lepas menunjukkan bahawa pengguna mempunyai sikap skeptikal terhadap teknologi modifikasi genetik dalam penghasilan makanan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dimensi yang menyumbang kepada pembentukan sikap pelajar terhadap makanan GM selain daripada sikap mereka terhadap perubahan dalam kualiti makanan dan bagaimana ini dapat membentuk cara hidup dan sikap mereka terhadap makanan GM. Pembentukan model dibina berdasarkan kepada model Latifah yang mengandungi enam dimensi iaitu persepsi faedah, persepsi risiko, penerimaan risiko, kebiasaan, aspek moral dan sokongan. Kaedah analisis faktor telah digunakan untuk mengenal pasti dimensi yang membentuk sikap pelajar dalam model yang dibina ini. Didapati dimensi penerimaan risiko mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah, manakala dimensi baru diperoleh iaitu dimensi kawalan. Hasil analisis faktor telah disahkan dengan penggunaan kaedah pemodelan persamaan berstruktur (SEM). Hasil kajian mendapati bahawa dimensi persepsi faedah, persepsi risiko, kebiasaan, aspek moral, kawalan dan sokongan menyumbang kepada sikap para pelajar terhadap makanan GM.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  6. Rosmawani Mohammad, Musa Ahmad, Jamaluddin Mohd Daud
    Sensor optik pH berasaskan reagen kurkumin terpegun dalam matriks hibrid sol-gel/kitosan melamin telah dibangunkan dalam kajian ini. Sensor optik pH ini memberikan rangsangan linear pada julat pH 9-13 (R2 = 0.9846). Seterusnya, nilai RSD kebolehulangan adalah 7.38% - 9.65%, manakala nilai RSD kebolehasilan pula adalah 2.18% - 4.72%. Kestabilanfoto yang baik bagi reagen kurkumin terpegun diperolehi apabila filem disimpan dalam persekitaran gelap dengan nilai RSD 3.69% untuk tempoh kajian 3 minggu. Tiada kesan histerisis diperhatikan apabila sensor digunakan untuk mengukur pH dalam kitaran pH 2-12-2. Masa rangsangan sensor adalah 10-20 saat. Penentuan nilai pH bagi beberapa sampel sebenar menggunakan sensor pH yang dihasilkan dalam kajian ini menunjukkan tiada perbezaan secara signifikan pada nilai pH yang diperolehi apabila dibandingkan dengan keputusan yang diperolehi menggunakan meter pH.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  7. Nurul Ainun, H., Shamsul Bahri, M.T.
    MyJurnal
    Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk melihat kesan pendedahan haba ke atas perubahan fisiologi di kalangan pekerja lelaki sebuah kilang pembuatan komponen otomotif di Shah Alam, Selangor. Seramai 46 orang yang berkerja di bahagian foundri telah dipilih sebagai responden kajian. Pemboleh ubah yang dikaji adalah WBGT Dalaman, kadar haba metabolik, suhu teras badan, tekanan darah, denyutan nadi dan kadar denyutan nadi. Hasil kajian mendapati nilai min WBGT Dalaman di bahagian operasi foundri adalah sebanyak 28.96 0C. Pekerja foundri terdedah kepada haba semasa
    proses peleburan besi, proses memasukkan silika dah debu besi ke dalam acuan pembentukan, dan pembentukan teras. Purata masa pengukuran yang paling singkat adalah selama 2 jam dan 8 jam untuk keseluruhan tempoh pendedahan. Ujian Bonferroni menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara suhu teras badan sebelum syif bermula dengan 2 jam selepas syif bermula (p = 0.05) dan di antara sebelum syif bermula dengan selepas tamat syif 8 jam bekerja (p < 0.001). Terdapat perkaitan yang lemah di antara suhu teras badan dengan kadar denyutan nadi sebelum syif bermula (r = 0.293, p = 0.048) dan di antara suhu teras badan dengan tekanan darah sistolik selepas tamat syif 8 jam bekerja (r = 0.309, p =0.036). Kadar denyutan nadi responden adalah berada di antara julat 51 hingga 98 denyutan perminit, menunjukkan tidak terdapat tuntutan aktiviti kerja yang berlebihan ke atas fisiologi. Min suhu teras badan (36.37 ± 0.53 0C) dan kadar denyutan nadi (74.50 ± 10.10 per minit) selepas tamat syif 8 jam menunjukkan pekerja mempunyai kawalan
    tubuh badan yang baik terhadap pendedahan haba. Tiga daripada empat seksyen kerja yang dikaji mempunyai bacaan WBGT Dalaman melebihi 28 0C (ACGIH TLV). Pekerja terdedah kepada tegasan haba yang sederhana sepanjang kajian ini berlangsung, walaubagaimanapun, suhu teras badan, kadar denyutan nadi dan tekanan darah masih tidak mencapai tahap tegangan kepada fisiologi.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  8. Salma Mohamad Yusop, Mohamad Yusof Maskat, Wan Aida Wan Mustapha, Aminah Abdullah
    Sifat pengelatinan salutan semasa peringkat awal penggorengan pada beberapa suhu yang berbeza telah dikaji. Nuget ayam, sebagai substrat, dicelup ke dalam cecair penyalut dan kemudiannya digoreng pada 150, 165 dan 180oC selama 0, 6, 18 dan 30s. Selepas penggorengan, bahagian salutan dan substrat dianalisis secara berasingan untuk kandungan lembapan. Bahagian salutan juga dianalisis untuk suhu permulaan (To), puncak (Tp) dan akhir (Te) serta entalpi pengelatinan. Keputusan menunjukkan tiada kesan ketara oleh suhu penggorengan terhadap kandungan lembapan kedua-dua bahagian salutan dan substrat. Tetapi, terdapat pola pengurangan kandungan lembapan dengan peningkatan masa penggorengan sehingga 30s untuk setiap suhu yang dikaji. Tiada kesan ketara oleh suhu penggorengan terhadap To, Tp dan Te. Tetapi, penggorengan pada 180 oC menghasilkan darjah pengelatinan yang lebih tinggi selepas 6s. Peningkatan kadar pengelatinan apabila digoreng pada suhu yang lebih tinggi boleh disebabkan oleh peningkatan kadar perpindahan haba semasa penggorengan.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  9. Jamia Azdina Jamal, Azmira Akmal Sateri, Khairana Husain, Ibrahim Jantan, Mohd. Shahidan Mohamad Arshad
    MyJurnal
    The water decoction of Labisia pumila var. alata is used traditionally in childbirth, as well as for the treatment of flatulence, dysentery, dysmenorrhoea and join pains. This study was carried out to determine the best method and optimum parameters of aqueous axtraction of the leaves and roots of this species. The laboratory methos esed were maceration, ddecoction, reflux and Saxhlet, whereas the parameters studied were temperature, duration and pH of axtraction. The yields and thin layer chromatographic profiles of the freeze-dried extracts were analysed. The study showed that in general the percentage yields of the water soluble extracts were higher for the roots than the leaves, as well as the extracts obtained from heating than those obtained at room temperature. The most effective extraction parameters for L. pumila var. alata were as follows:maceration (25 C, at least 6 hr), decoction (60 C, not exceeding 10 min) and reflux (100 C, not exceeding 4 hr). Saxhlet method was found to be the least effective. The pH analysis had shown the possibility of degradation of some of the phytochemicals at extreme pH values of 1,2 and 14.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  10. Suhaila Sepeai, Wan Zulhafizhazuan, Cheow SL, Ludin N, Ibrahim M, Sopian K, et al.
    Sains Malaysiana, 2017;46:1943-1949.
    Sel suria adalah peranti semikonduktor yang menukar tenaga matahari kepada tenaga elektrik. Sel suria generasi
    pertama terdiri dari sel suria silikon (Si). Pada masa ini, hampir 90% daripada pasaran pengeluaran fotovolta (PV)
    adalah berdasarkan wafer Si. Ini disebabkan oleh kecekapan dan ketahanan yang tinggi serta jangka hayat yang
    lama iaitu selama 30 tahun. Proses pemfabrikasian piawai bagi sel suria Si dimulakan dengan proses pencucian dan
    penteksturan wafer Si, difusi Fosforus untuk pembentukan pemancar, pembentukan elektrod atas dan bawah melalui
    proses cetakan skrin dan proses pembakaran yang melengkapkan fabrikasi sel suria. Dalam industri, proses piawai
    ini dilakukan pada wafer Si jenis-p. Wafer jenis-n pula mempunyai potensi yang tinggi untuk menghasilkan sel suria Si
    yang berkecekapan tinggi. Namun, proses untuk menghasilkan sel suria silikon atas Si wafer jenis-n melalui proses yang
    lebih rumit dan lama seperti dua peringkat proses difusi menjadikan wafer jenis-p digunakan secara meluas kerana
    dapat merendahkan kos pemfabrikasian. Dalam penyelidikan ini, analisis bagi arus-voltan bagi sel suria Si jenis-n yang
    difabrikasi menggunakan adaptasi proses fabrikasi piawai bagi wafer Si jenis-p akan dibincangkan. Daripada kajian
    simulasi menggunakan perisian PC1D, didapati bahawa kecekapan bagi sel suria jenis-p dan jenis-n yang difabrikasi
    dengan kaedah yang sama adalah 19.63% dan 20.16%. Manakala keputusan eksperimen menunjukkan kecekapan
    sebanyak 9.44% dan 5.51% bagi sel suria jenis-p dan jenis-n.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  11. Nur ‘Aishah Zarime, Wan Zuhairi Wan Yaacob
    Sains Malaysiana, 2016;45:1905-1912.
    Penyelidikan ini mengkaji tingkah laku cadmium (Cd) melalui tanah baki granit yang dipadatkan. Sampel tanah baki granit telah diambil di kawasan Broga, Selangor dan dikaji menggunakan tiga kaedah ujian utama iaitu; ujian fizikal (taburan saiz butiran, had-had Atterberg, graviti tentu, pemadatan dan kebolehtelapan), ujian kimia (pH, bahan organik, luas permukaan spesifik (SSA) dan kadar pertukaran kation (CEC) serta ujian mini kolum turasan. Melalui ujian kolum turasan, konsep kebolehtelapan turus menurun digunakan yang melibatkan tiga faktor iaitu halaju/daya-G, ketebalan sampel dan jenis larutan yang digunakan. Graf lengkung bulus menunjukkan kepekatan Cd dalam tanah baki granit semakin meningkat dengan peningkatan halaju. Urutan kapasiti penjerapan semakin meningkat terhadap kadar putaran alat emparan/daya tarikan graviti (G); 230G>520G>920G>1440G. Pergerakan logam berat melalui tanah baki juga meningkat dengan peningkatan halaju/daya-G. Lengkung bulus juga menunjukkan pergerakan Cd secara songsang dengan ketebalan lapisan tanah di dalam kolum. Masa penembusan bagi ketebalan 20 mm juga lebih lama berbanding ketebalan 15 dan 10 mm. Manakala jumlah Cd yang terjerap oleh tanah baki granit dalam larutan campuran adalah rendah berbanding larutan tunggal (masa yang singkat untuk menembusi lengkung bulus). Tanah baki granit juga mempunyai kapasiti penampanan yang rendah (pHfinal = 4 - 7). Kajian ini menunjukkan bahawa pencirian fiziko-kimia dan sifat penjerapan tanah dengan menggunakan ujian mini kolum turasan mempunyai kaitan yang kuat untuk mencirikan tanah baki granit untuk dijadikan pelapik lempung tereka bentuk.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  12. Tan LL, Musa Ahmad
    Analisis kuantitatif telah dilakukan untuk menentukan kepekatan ion aluminium (Al3+) dalam larutan dengan menggunakan kaedah spektrofotometri UL-Nampak dan jaringan neural tiruan (ANN). Reagen morin telah digunakan untuk membentuk kompleks morin-Al(III). Pencirian terhadap reagen dalam larutan termasuk analisis kestabilan foto reagen, kesan pH, kesan kepekatan, masa rangsangan, julat kepekatan dinamik dan kebolehulangan telah dilakukan. Penggunaan ANN telah berupaya memanjangkan julat kepekatan dinamik ion Al3+ sehingga julat kepekatan 1-13 ppm.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  13. Abdul Fattah Abu Bakar, Siti Nathasa Md Barkawi, Marlia Mohd. Hanafiah, Lee KE, Azhar Abdul Halim
    Sains Malaysiana, 2016;45:1509-1516.
    Keberkesanan rawatan air sisa industri automotif ditentukan dengan menggunakan kaedah penjerapan turus. Peratusan penyingkiran ammonia dan logam berat terpilih telah dikaji menggunakan pasir biasa dan pasir terubah suai secara kimia sebagai bahan penjerap. Dua model matematik iaitu Model Thomas serta Model Yoon-Nelson telah digunakan untuk menentukan kapasiti penjerapan maksimum ammonia. Peratusan penyingkiran ammonia menunjukkan pasir terubah suai secara kimia mencatatkan julat peratusan penyingkiran yang lebih tinggi iaitu 43.68% hingga 96.55% berbanding pasir biasa yang mencatatkan julat 0% hingga 89.66%. Logam berat zink, mangan, kromium, kuprum, arsenik, nikel, kobalt dan ferum mencatatkan peratusan penyingkiran antara 93% hingga 100% apabila menggunakan pasir terubah suai secara kimia manakala pasir biasa mencatatkan julat peratusan penyingkiran daripada 0.8% hingga 100%. Keputusan analisis menggunakan Model Thomas menunjukkan kapasiti penjerapan maksimum, qo ammonia menggunakan pasir terubah suai secara kimia (8.80 mg/g) adalah empat kali lebih tinggi daripada pasir biasa (2.57 mg/g) manakala masa bolos, t0.5 bahan penjerap yang ditentukan menggunakan Model Yoon dan Nelson mencatatkan masa tertinggi bagi pasir terubah suai secara kimia iaitu 30.18 min berbanding 9.57 min bagi pasir biasa. Kajian ini menunjukkan peratusan penyingkiran dan kapasiti penjerapan ammonia dan logam berat terpilih iaitu zink, mangan, kuprum, arsenik, nikel, kobalt dan ferum lebih tinggi bagi turus pasir terubah suai secara kimia berbanding pasir biasa.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  14. Yendra R, Jemain A, Wan Zin W
    Sains Malaysiana, 2014;43:1451-1460.
    Kajian ini tertumpu kepada penentuan taburan terbaik untuk memodelkan siri data maksimum tahunan (MT) dan siri maksimum hujan dalam tempoh ribut yang melebihi 48 jam (MR). Data hujan setiap jam dari tahun 1970 hingga 2008 dari 4 stesen hujan di Semenanjung Malaysia telah digunakan dalam kajian ini. Kedua jenis data maksimum ini mempunyai kegunaan yang sangat baik bagi mengesan banjir di kawasan bandar terutama yang disebabkan oleh kegagalan sistem perparitan dalam menampung hujan lebat semasa tempoh ribut yang panjang, manakala kajian yang boleh meramalkan ketahanan empangan dalam masa 50 atau 100 tahun kehadapan sangat bergantung kepada penentuan taburan hujan maksimum tahunan. Pelbagai taburan yang sering digunakan bagi kajian pemodelan ekstrim digunakan untuk mendapatkan taburan yang terbaik bagi menerangkan taburan kedua jenis data hujan maksimum tersebut. Dua ujian kebagusan model telah digunakan iaitu kaedah bergraf dan kaedah PRKD. Hasil menunjukkan bahawa taburan Pearson Jenis 3 adalah yang terbaik untuk menerangkan taburan hujan maksimum tahunan pada kesemua stesen hujan yang digunakan pada kajian ini. Taburan Pareto dan Gama adalah taburan yang terbaik bagi menerangkan taburan hujan maksimum yang berlaku pada tempoh ribut yang panjang. Hasil kajian penentuan taburan terbaik bagi hujan maksimum tahunan di atas juga telah berjaya dalam meramalkan hujan maksimum yang akan berlaku untuk masa 50 dan 100 tahun yang akan datang.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  15. Zainal Rasyid Mahayuddin, Haslina Arshad, Che Hassan Che Haron
    Kertas kerja ini membincangkan pendekatan dalam mengintegrasikan Java dan persekitaran VRML yang telah diaplikasikan dalam mensimulasi masa nyata bagi proses kisar hujung maya. Pendekatan yang menggunakan Routing ini adalah sangat penting untuk komunikasi dan penghantaran mesej antara VRML dan Java. Dalam pendekatan ini, nod Script digunakan bagi memanggil dan menghubungkan kelas Java dengan entiti-entiti yang sepatutnya di dalam persekitaran VRML. Simulasi bahan termesin bagi proses kisar hujung dalam sistem ini dilaksanakan melalui satu kaedah baru iaitu dengan penggunaan nod penaikan bagi penjanaan objek 3D dan nod PositionInterpolator serta CoordinateInterpolator bagi animasi bahan termesin. Melalui kaedah ini simulasi bagi proses kisar hujung dapat dipaparkan secara maya dan pada masa yang sama graf haus rusuk bagi perkakas pemotong melawan masa pemotongan dapat dijana serentak.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  16. Nor Jumawaton S, Mariani M, Zainal M, Hanina Halimatusaadiah H
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara perapatan ibu bapa-anak dan estim diri dengan sikap tingkah laku seksual dalam kalangan remaja hamil luar nikah di Semenanjung Malaysia. Seramai 130 remaja perempuan yang hamil luar nikah berumur 14 hingga 19 tahun dari empat buah Institusi Perlindungan dan Pemulihan di negeri Selangor, Perak, Johor dan Kelantan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Kajian ini menggunakan tiga soal selidik iaitu Inventori Perapatan Ibu Bapa-anak dan Rakan Sebaya (Armsden & Greenberg 1987), Skala Estim Diri Rosenberg (Rosenberg, 1965) dan Skala Ringkas Sikap Terhadap Tingkah Laku Seksual (Hendrick & Reich, 2006). Kesemua alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini menghasilkan nilai Pekali Alpha Cronbach antara 0.82 hingga 0.90. Dapatan kajian menunjukkan tahap perapatan ibu bapa dengan remaja di tahap sederhana, tahap estim diri yang tinggi dan sikap tingkah laku seksual berada di tahap yang tinggi. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan perkaitan signifikan antara perapatan ibu bapa anak (r=-.220, p
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  17. Rika Fatimah P, Jemain AA
    Kebaikan keluarga adalah kebaikan masyarakat dan begitu pun sebaliknya keburukan keluarga akan tercermin dalam masyarakat terkait. Keluarga sebagai satu organisasi merupakan sumber penghasilan modal insan yang berkualiti. Dengan demikian adalah penting untuk sentiasa menambahbaik kualiti keluarga dari piawai tertentu masa ke semasa. Kajian ini bertujuan menyelidiki status kepuasan dan prestasi keluarga masyarakat Malaysia. Usaha ini akan membantu mengenal pasti langkah penambahbaikan yang perlu diberi keutamaan. Untuk menyukat taraf kualiti prestasi keluarga, pendekatan kualiti yang menggunakan beberapa teori kualiti yang terkenal seperti teori kepuasan pelanggan dan prestasi organisasi dimanfaatkan. Kajian ini melibatkan 1,213 sampel responden yang telah berkahwin dan mempunyai anak dan telah dilakukan di Semenanjung Malaysia. Tiga dimensi yang telah dikenal pasti sebagai parameter utama untuk menyukat prestasi keluarga adalah hubungan keluarga, perkembangan keluarga, dan kelestarian keluarga. Hasil kajian menunjukkan kelestarian keluarga (43.2%) memberikan pengaruh yang kuat ke atas wujudnya ketidakpuasan keluarga manakala dimensi perkembangan keluarga (37.3%) memberikan pengaruh yang kuat ke atas keluarga yang tidak berprestasi. Dua pendekatan kualiti digunakan untuk menganalisis pandangan responden bagi menentukan keutamaan penambahbaikan kualiti keluarga.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  18. Halim A, Meerah TS, Lilia Halim
    Kajian berkaitan dengan salah konsep pelajar dalam kursus fizik kuantum jarang dilakukan, kerana tidak ramai pelajar yang terlibat dalan kursus berkenaan. Kajian ini dijalankan bagi membantu mengenal pasti salah konsep pelajar pada tahap awal. Kajian ini bertujuan untuk membina ujian diagnostik yang boleh mendiagnosis salah konsep pelajar sains dan menggunakan dapatan kajian bagi membaiki kaedah Pengajaran dan Pembelajaran kursus fizik kuantum. Ujian Diagnostik Fizik kuantum (UDFK) aneka pilihan yang merangkumi konsep cahaya, model atom, sifat keduaan gelombang-zarah, fungsi gelombang dan graf tenaga keupayaan kuantum, dilakukan kepada 200 pelajar universiti. Kajian menunjukkan bahawa ramai pelajar menggunakan konsep klasik untuk menjelaskan fenomena kuantum. Sebagai contoh pelajar menjelaskan bahawa cahaya adalah gelombang, elektron adalah zarah, dan struktur atom selari dengan sistem suria. Bagi mengatasi masalah ini, dicadangkan agar pensyarah mengambil masa lebih untuk menjelaskan takrifan asas dan kaedah penggunaan analogi dalam pengajaran fizik kuantum.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  19. Norbahiah Misran, Mohammad Tariqul Islam, Mohammad Rashed Iqbal Faruque, Nurul Hafizah Mohd Hanafi, Farizah Ansarudin, Mohd Faisal Ibrahim
    Sains Malaysiana, 2012;41:779-785.
    Kertas ini membincangkan kaedah untuk mengurangkan kesan interaksi gelombang elektromagnet dengan kepala manusia menggunakan bahan ferit dan metabahan. Pengukuran pengurangan bagi Kadar Penyerapan Spesifik (SAR) menggunakan bahan ferit dan metabahan telah dilaksana dengan kaedah domain-masa perbezaan-terhingga (FDTD) model Lossy-Drude melalui perisian CST Microwave Studio. Metabahan dibentuk dengan menyusun penyalun cincin terpisah (SRRs) secara berkala. Nilai SAR diukur pada beberapa nilai jarak antara model kepala dengan telefon, kelebaran, ketebalan dan ketinggian bahan ferit dan metabahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai SAR1g telah berkurang kepada 1.043 W/kg dengan menggunakan bahan ferit dan 1.161 W/kg dengan menggunakan metabahan. Bagi SAR10g, nilai SAR menurun kepada 0.676 W/kg menggunakan bahan ferit dan 0.737 W/kg dengan menggunakan metabahan. Keputusan bagi nilai SAR dalam kepala manusia dengan kehadiran SRR yang membentuk metabahan telah dianalisis untuk menentusahkan kesan bagi pengurangan SAR ini. Keputusan analisis ini boleh memberikan maklumat yang dapat membantu dalam reka bentuk peralatan komunikasi tanpa wayar bagi mematuhi peraturan keselamatan.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
  20. Sanusi W, Abdul Aziz Jemain, Wan Zawiah Wan Zin
    Sains Malaysiana, 2014;43:1791-1800.
    Dalam kajian ini, pendekatan pengelompokan kabur Gustafson-Kessel (Gx) telah digunakan untuk mengelaskan 35 stesen hujan di Semenanjung Malaysia ke dalam rantau homogen. Pertama, algoritma pengelompokan kabur GK digunakan untuk mengenal pasti rantau awal. Kemudian, diuji keserasian dan kehomogenan rantau berkenaan. Akhir sekali, penyesuaian rantau dilakukan untuk mendapatkan rantau homogen. Hasil kajian mendapati 35 stesen hujan kajian boleh dibahagikan kepada enam rantau yang homogen. Rantau 1 meliputi bahagian barat laut dan utara Semenanjung Malaysia, rantau 2, 3 dan 4 meliputi bahagian barat, rantau 5 meliputi bahagian barat daya dan rantau 6 meliputi bahagian timur. Hasil kajian ini juga memperlihatkan bahawa berdasarkan nilai purata Indeks Kerpasan Piawai (sPi) skala masa satu bulan, rantau 2 lebih sering mengalami keadaan kemarau melampau. Walau bagaimanapun, berdasarkan sPi skala masa satu bulan, peristiwa kemarau terjadi secara rawak dalam semua rantau yang dianalisis , bahkan semua rantau tersebut pernah mengalami kejadian kemarau melampau dalam tempoh masa setahun. Hasil kajian ini turut menunjukkan bahawa pendekatan pengelompokan kabur Gustafson-Kessel boleh digunakan untuk membina rantau homogen.
    Matched MeSH terms: Methylglycosides
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (tengcl@gmail.com)

External Links