Sering kali sektor pelancongan ini dikaitkan dengan isu-isu pembaziran air, tenaga, sisa makanan dan juga pencemaran alam sekitar. Isu pembaziran ini merupakan satu bentuk kerugian kepada industi pelancongan kerana ianya boleh memberi kesan pencemaran alam sekitar, kesan sosial dan ekonomi. Malah, agama Islam menuntut agar umatnya tidak membazir serta menitikberatkan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar dan menjaga segala isi bumi anugerah Allah. Bukan sahaja perlu memelihara amanah besar tersebut, manusia juga perlu bertindak bijak dalam mengatur penggunaan hasil bumi secara lestari demi memastikan generasi seterusnya tidak terbeban dengan sifat tamak dan kerakusan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Pelaksanaan amalan hijau dalam sektor pelancongan pada masa ini dilihat sebahagian daripada amalan agama Islam. Ianya bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar, seterusnya memastikan manusia dapat menunaikan tanggungjawab secara langsung terhadap Allah. Bagi menentukan kesedaran dan kepentingan amalan pelancongan hijau, kertas konsep ini akan menghurai peranan agama Islam dalam melestarikan alam sekitar dalam sektor pelancongan.
Kajian dalam bidang ekopelancongan masih boleh dianggap berada di peringkat awal. Definisi konsep ekopelancongan masih kurang jelas sama ada dari segi skop dan kriteria yang digunakan, serta dalam aspek perancangan dan pengoperasiannya. Terdapat pelbagai definisi ekopelancongan, semuanya mencerminkan pelbagai paradigma dan perspektif. Ekopelancongan sering dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan pemuliharaan alam sekitar. Ini kerana alam sekitar boleh dijadikan sebagai produk pelancongan yang seterusnya memberi impak ekonomi kepada masyarakat setempat. Kejayaan pemuliharaan alam sekitar bergantung kepada sikap positif masyarakat setempat. Oleh itu, ianya penting untuk mengetahui jika ekopelancongan memberi kesedaran kepada persepsi masyarakat tentang sumber semula jadi dan pemuliharaannya, kerana ini boleh menjadi penentu penting dalam tingkah laku pemuliharaan. Kertas konsep ini membincangkan definisi ekopelancongan dan kesedaran masyarakat yang merangkumi pengetahuan dan sikap, serta tingkah laku terhadap ekopelancongan.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan empat dimensi modal psikologi iaitu keberkesanan diri, optimis, harapan dan daya tahan ke atas komitmen organisasi. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara persempelan rawak. Seramai 173 kakitangan hotel di lima buah hotel di negeri Melaka telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat dimensi modal psikologi mempunyai kesan yang signifikan terhadap komitmen oganisasi. Kajian ini juga mendapati dimensi optimis merupakan faktor yang paling dominen ke atas komitmen organisasi. Hasil dapatan kajian ini bermakna semakin tinggi modal psikologi pekerja maka semakin tinggi komitmen organisasinya.
Penginapan merupakan perkara yang perlu ada dalam aktivti pelancogan. Salah satu contohnya adalah ‘Homestay’. Program ‘homestay’ dikenali sebagai pelanconngan yang berasaskan komuniti dan berpotensi untuk berkembang dan membangunkan masyarakat desa selain pelancong dapat merasai pengalaman semuajadi dan cara hidup mereka. Oleh itu, kepada pengusaha ‘homestay’ mereka perlu memepertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan untuk menarik minat pelancong dari dalam dan luar negera untuk datang semula. Melalui artikel ini akan membicangkan kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan pelanggan terhadap kualti perkhidmatan ‘homestay’ di Melaka yang tertumpu kepada ‘Homestay Seri Tanjung’.