Displaying all 4 publications

Abstract:
Sort:
  1. Abdul Mutalib Mohamed Azim, Dina Syamilah Zaid
    MyJurnal
    Sering kali sektor pelancongan ini dikaitkan dengan isu-isu pembaziran air, tenaga, sisa makanan dan juga pencemaran alam sekitar. Isu pembaziran ini merupakan satu bentuk kerugian kepada industi pelancongan kerana ianya boleh memberi kesan pencemaran alam sekitar, kesan sosial dan ekonomi. Malah, agama Islam menuntut agar umatnya tidak membazir serta menitikberatkan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar dan menjaga segala isi bumi anugerah Allah. Bukan sahaja perlu memelihara amanah besar tersebut, manusia juga perlu bertindak bijak dalam mengatur penggunaan hasil bumi secara lestari demi memastikan generasi seterusnya tidak terbeban dengan sifat tamak dan kerakusan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Pelaksanaan amalan hijau dalam sektor pelancongan pada masa ini dilihat sebahagian daripada amalan agama Islam. Ianya bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar, seterusnya memastikan manusia dapat menunaikan tanggungjawab secara langsung terhadap Allah. Bagi menentukan kesedaran dan kepentingan amalan pelancongan hijau, kertas konsep ini akan menghurai peranan agama Islam dalam melestarikan alam sekitar dalam sektor pelancongan.
  2. Dina Syamilah Zaid, Abdul Mutalib Mohamed Azim
    MyJurnal
    Kajian dalam bidang ekopelancongan masih boleh dianggap berada di peringkat awal. Definisi konsep ekopelancongan masih kurang jelas sama ada dari segi skop dan kriteria yang digunakan, serta dalam aspek perancangan dan pengoperasiannya. Terdapat pelbagai definisi ekopelancongan, semuanya mencerminkan pelbagai paradigma dan perspektif. Ekopelancongan sering dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan pemuliharaan alam sekitar. Ini kerana alam sekitar boleh dijadikan sebagai produk pelancongan yang seterusnya memberi impak ekonomi kepada masyarakat setempat. Kejayaan pemuliharaan alam sekitar bergantung kepada sikap positif masyarakat setempat. Oleh itu, ianya penting untuk mengetahui jika ekopelancongan memberi kesedaran kepada persepsi masyarakat tentang sumber semula jadi dan pemuliharaannya, kerana ini boleh menjadi penentu penting dalam tingkah laku pemuliharaan. Kertas konsep ini membincangkan definisi ekopelancongan dan kesedaran masyarakat yang merangkumi pengetahuan dan sikap, serta tingkah laku terhadap ekopelancongan.
  3. Abdul Mutalib Mohamed Azim, Dina Syamilah Zaid
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan empat dimensi modal psikologi iaitu keberkesanan diri, optimis, harapan dan daya tahan ke atas komitmen organisasi. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara persempelan rawak. Seramai 173 kakitangan hotel di lima buah hotel di negeri Melaka telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat dimensi modal psikologi mempunyai kesan yang signifikan terhadap komitmen oganisasi. Kajian ini juga mendapati dimensi optimis merupakan faktor yang paling dominen ke atas komitmen organisasi. Hasil dapatan kajian ini bermakna semakin tinggi modal psikologi pekerja maka semakin tinggi komitmen organisasinya.
  4. Abdul Mutalib Mohamed Azim, Siti Zuraydah Md. Jenil, Baharom Said, Muhammad Shahril Mohd Zin, Siti Saedah Dolah
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan faktor ganjaran, sokongan penyelia, beban tugas dan kekangan masa terhadap tekanan kerja. Bagi tujuan tersebut, seramai 112 orang pekerja di lima buah hotel lima bintang di negeri Melaka telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Kaedah pengumpulan data menggunakan kaedah persempelan rawak mudah dengan G-Power sebagai panduan bagi mendapatkan jumlah sampel kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara kesemua pembolehubah bebas terhadap tekanan kerja. Hasil kajian ini menyokong kajian-kajian lampau dan hipotesis kajian. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kekangan masa merupakan penyumbang terbesar kepada tekanan kerja dalam kalangan pekerja hotel.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links