Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Ainnur Erwana Saharudin, Khadijah Alavi
    MyJurnal
    Bapa tunggal merupakan satu golongan yang kurang dititikberatkan oleh masyarakat termasuk agensi-agensi dan NGO yang memfokuskan kepada kebajikan masyarakat berbanding dengan ibu tunggal. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat merasakan bahawa golongan ini memiliki kekuatan fizikal dan mental yang tinggi memandangkan bapa tunggal adalah kaum lelaki. Namun, tidak dinafikan bahawa golongan bapa tunggal ini juga mengalami tekanan serius kerana kehilangan satu semangat atau sokongan tanpa pasangan hidupnya. Mereka terpaksa menyandang pelbagai tugas dalam rumah tangga dan membesarkan anak-anak. Kajian terdahulu lebih memfokuskan kepada ibu tunggal yang mendapat sokongan sosial daripada pelbagai agensi. Maka tekanan dan sokongan sosial penting dalam permasalahan bapa tunggal terutama dalam pengurusan rumah tangga dan pekerjaan harian. Objektif utama kajian ini ialah meneroka tekanan dan sokongan sosial dalam kalangan bapa tunggal. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian adalah melalui temu bual berstruktur. Tujuh orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah daerah Kuala Selangor, Selangor. Data temu bual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi tekanan terhadap bapa tunggal iaitu emosi, pengurusan rumah tangga dan pekerjaan yang ditemukan menerusi transkrip informan kajian. Manakala sokongan sosial yang diperlukan oleh golongan bapa tunggal ialah kewangan, sokongan moral dan tempat bersembang. Implikasi kajian ini diharapkan dapat mencadangkan program advokasi yang sesuai kepada pekerja sosial dalam mengendalikan kes bapa tunggal dalam komuniti dan institusi.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links