Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. MUHAMMAD FIRDAUS SUMAMBRI, MAHIRAH KAMALUDIN
    MyJurnal
    Mengekalkan sumber semula jadi adalah penting untuk keseimbangan ekosistem, namun aktiviti pemuliharaan tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan kewangan atau kurangnya perhatian. Oleh itu, pengenalan yuran masuk adalah bertepatan untuk membantu mendapatkan dana bagi penambahbaikan dan pengurusan kawasan rekreasi berfungsi dengan baik. Kajian ini menilai tahap kesanggupan untuk membayar (WTP) pengunjung yang memasuki kawasan rekreasi Sungai Sedim dan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesanggupan untuk membayar menggunakan kaedah penilaian kontingen (CVM). Sejumlah 150 responden dipilih secara rawak dalam kajian ini. Perisian STATA 14.1 digunakan untuk menganalisis data menggunakan analisis deskriptif dan kaedah regresi logistik binari. Kedua-dua model logit dan probit yang digunakan untuk menganalisis data primer yang diperolehi melalui temuduga. Keputusan menunjukkan bahawa harga, pendapatan, dan umur mempengaruhi kesanggupan pengunjung untuk membayar penyelenggaraan Sungai Sedim. Kesanggupan untuk membayar juga dipengaruhi oleh faktor yang dibincangkan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa 64% responden sanggup membayar dan 36% responden tidak sanggup membayar daripada 150 responden. Harga purata kesanggupan membayar adalah RM 3.71 setiap orang, menunjukkan bahawa kebanyakan orang menghargai usaha pemuliharaan hutan untuk melindungi keseimbangan ekosistem dalam jangka panjang.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links