Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Khairul Azhar Meerangani, Mohammad Fahmi Abdul Hamid, Syafiq Akmal Sazali
    MyJurnal
    Penubuhan Islamic Tourism Centre (ITC) pada tahun 2009 di bawah kendalian Kementerian Pelancongan telah merancakkan lagi pelancongan Islam di Malaysia. Organisasi ini bertanggungjawab membangun dan mempromosikan produk-produk pelancongan Islam di Malaysia kepada pelancong luar. Ini kerana Malaysia merupakan antara tumpuan utama yang menjadi destinasi pilihan hampir 25% pengunjung daripada keseluruhan pelancong Muslim di serata dunia. Pulau Besar merupakan antara lokasi tumpuan di Melaka yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagenda. Para pelancong dari dalam dan luar negara sering melawati pulau ini atas pelbagai tujuan dan keperluan. Kajian ini bertujuan menilai potensi dan cabaran Pulau Besar sebagai salah satu lokasi tumpuan pelancongan Islam khususnya di Melaka. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi sumber primer dan sumber sekunder yang dianalisis secara induktif. Keindahan alam semula jadi dan kewujudan makam para ulama Nusantara yang masyhur seperti Syeikh Ismail, Syeikh Ibrahim dan Syeikh Yusuf telah menjadi tarikan para pelancong khususnya dari rantau Asia Tenggara. Namun, amalan-amalan khurafat yang masih berleluasa terutamanya di beberapa lokasi ‘keramat’ perlu diberi perhatian bagi memastikan potensi pulau ini sebagai salah satu hub pelancongan Islam berjaya direalisasikan.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links