Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Ahmad Nabir Amir
    MyJurnal
    Kertas ini mengkaji sumbangan Ibn Abī Dunyā (208-281/894) dalam mengembangkan pemikiran tasawuf Islam dan peranannya dalam merumuskan falsafah kesufian yang diungkapkan oleh ahli-ahli sufi yang besar yang berkembang dengan meluas di abad ke 3 Hijrah. Penulisan dan karya-karya tasawuf yang dihasilkan oleh Ibn Abī Dunyā banyak memberikan pengaruh kepada perkembangan ilmu tasawuf di abad pertengahan dan pemikirannya dikutip oleh ulama sufi yang muktabar yang mengasaskan manhaj kesufian Islam yang utama seperti Imām al-Ghazālī, al-Qushayrī, al-Shādhilī, Ibn ‘Arabī, al-Sulamī, al-Kutubī, al-Birgivī dan sebagainya. Cetusan dan fikrah tasawuf yang digagaskannya dizahirkan dalam karya-karyanya yang monumental seperti Dhamm al-Dunyā, Dhamm al-Malāḥī, al-‘Uqūbāt, al-Jū‘, Makārim al-Akhlāq, al-Riqqah wa’l-Bukā’, al-Ṣabr, Iṣṭinā‘ al-Ma‘rūf, al-Muḥtaḍirīn, al-Mutamannīn, Ṣifat al-Nār dan sebagainya. Kertas ini akan menganalisis pemikiran dan sumbangannya yang signifikan ini dalam disiplin tasawuf dan melihat relevensinya dengan idealisme tasawuf moden.
    Matched MeSH terms: Arabis
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links