Displaying all 3 publications

Abstract:
Sort:
  1. Nishata Royan Rajendran Royan, Abu Bakar Sulong, Nor Yuliana Yuhana, Mohd Hafizuddin Ab Ghani, Sahrim Ahmad
    Sains Malaysiana, 2017;46:1749-1756.
    Kaedah tindak balas permukaan (RSM) telah digunakan untuk mengoptimumkan penyediaan biokomposit rHDPE berpenguat sekam padi sebagai pengisi. Sekam padi adalah sisa pertanian yang mempunyai ciri-ciri kayu dan digunakan secara pesat dalam bidang komposit kayu plastik. Kesan parameter suhu, tekanan serta masa proses tekanan panas ke atas kekuatan tegangan telah dikaji. Reka bentuk Box Bechken telah digunakan untuk menentukan parameter optimum biokomposit yang mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi. Model tertib kedua telah dibangunkan untuk meramalkan kekuatan tegangan berdasarkan reka bentuk komposit. Didapati bahawa komposit sesuai digunakan apabila model regresi kuadratik dengan pekali penentu bilang (R2) yang tinggi. Keadaan proses menekan yang optimum dicapai pada suhu 180°C, tekanan 1000 psi dan masa 9 min dengan pekali penentu berbilang mencapai 97%. Di bawah keadaan yang optimum ini, komposit yang mengandungi 10, 20, 30, 40 dan 50% gentian RH telah disediakan. Kekuatan tegangan dan modulus tegangan biokomposit menunjukkan peningkatan apabila kandungan gentian RH ditambah.
  2. Mohd Hafizuddin Ab Ghani, Mohd Nazry Salleh, Chen RS, Sahrim Ahmad, Ismail Hanafi, Nishata Royan Rajendran Royan, et al.
    Sains Malaysiana, 2016;45:1259-1263.
    Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji sifat mekanik nanokomposit epoksi berpenguat gentian hibrid nano tiub
    karbon berbilang dinding (MWCNT) dan nanozarah tanah liat (NC). Nanokomposit berpenguat hibrid nanozarah telah
    disediakan melalui kaedah kacauan mekanik dan sampel dengan jumlah nanozarah berbeza dibentuk menggunakan
    pengacuan mampatan. Dalam ujian lenturan yang dijalankan, didapati sampel hibrid memberikan nilai kekuatan
    yang lebih tinggi berbanding sampel tunggal. Ujian terhadap sifat hentaman nanokomposit epoksi berpenguat gentian
    nanozarah menunjukkan bahawa penambahan gentian terhadap sampel tidak dapat meningkatkan sifat ketahanan daya
    hentaman yang dikenakan. Namun demikian, sampel yang mengandungi gentian hibrid nano merekodkan nilai daya
    tahan hentaman yang lebih tinggi berbanding sampel tunggal. Mikrograf pengimbas elektron (SEM) mengesahkan kesan
    serakan pengisi hibrid dan ikatan antara muka dalam matriks yang baik. Ini membuktikan bahawa gentian hibrid antara
    nanotiub karbon dan nanozarah tanah liat pada kandungan komposisi tertentu dapat menambahbaik sifat mekanik
    bahan nanokomposit.
  3. Mohd Nazri Idris, Abdul Razak Daud, Nur Akma Mahat, Mohd Hafizuddin Ab Ghani, Norinsan Kamil Othman, Fathul Karim Sahrani
    Sains Malaysiana, 2015;44:1593-1598.
    The performance of pipeline system used in petroleum industry is crucially declined by natural microbial activities and
    demanding extra operational cost. Requirement on high capability of functional substances is attracting worldwide
    research interest. The aim of this paper was to study the effectiveness of benzyltriethylammonium chloride (BTC) on
    reducing the activity of a consortium bacteria consisting of sulfate-reducing bacteria (C-SRB). C-SRB was isolated from
    tropical crude oil and enumeration of this consortium was measured by viable cell count technique. The effectiveness of
    BTC was calculated from potentiodynamic polarization method and biofilm analysis was performed by scanning electron
    microscope. The viable cell count technique indicated that the maximum growth of C-SRB was approximately 160 trillion
    CFU/mL at 7 days incubation period. BTC was capable of reducing biocorrosion activity due to adsorption process and
    mitigating SRB species. Biofilm analysis has proven that C-SRB activity is minimized due to less presence of bacterial
    growth, extracellular polymeric substances and corrosion product. In conclusion, BTC is capable to inhibit C-SRB activity
    on biocorrosion of carbon steel pipeline.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links