Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Mohd Kamal Nik Hassan, Rasadah Mat Ali, Zulkhairi Amom, Mohd Shahidan Mohd Arshad, Zamree Md Shah, Khairul Kamilah Abdul Kadir, et al.
    Sains Malaysiana, 2014;43:559-566.
    Dalam kajian ini, keupayaan Apigenin, Berberin dan Rutin untuk mengurangkan metabolisme kolesterol pada sel kanser hepatoma manusia (Hep G2) telah ditentukan. Penilaian sitotoksik Apigenin, Berberin dan Rutin telah dilakukan dengan mendedahkan Hep G2 kepada Apigenin, Berberin dan Rutin pada kepekatan antara 7.8 sehingga 1000 ,uglmL selama 24 jam pada suhu 37°C dan 5% atmosfera CO2. Apigenin, Berberin dan Rutin masing-masing mempunyai kepekatan perencat 20 (IC2) 7 .8, 125 dan 1000 liglmL. Keupayaan mengurangkan metabolisme kolesterol oleh Apigenin, Berberin dan Rutin pada Hep G2 telah diuji dengan penyemaian Hep G2 dalam plat 6-telaga. Kumpulan rawatan Apigenin, Berberin dan Rutin telah dirawat dengan kepekatan 7 .8, 31 25 dan 62.5 ,uglmL masing-masing dan didedah dengan lipoprotein ketumpatan rendah (LW sebanyak 10 ,uL. Dalam kumpulan kawalan normal (NC), Hep G2 telah dieram dengan media kultur sahaja. Sel diinkubasikan dan media telah diambil untuk analisis Apo Al , LCAT, LDLR dan FDFT1 dengan menggunakan kit. Rutin didapati mampu merendahkan aktiviti HMGR secara signifikan (p<0.05) berbanding kawalan normal. Apigenin dan Berberin mampu meningkatkan kepekatan APO Al . Ketiga - tiga sampel mampu meningkatkan kepekatan LCAT pada sel yang dirawat. Selain itu, Apigenin mampu meningkatkan kepekatan LDLR. Keputusan ujian untuk FDFT1 menunjukkan Berberin dan Rutin merendahkan kepekatan FDFT1 dan berbeza secara signifikan (p<0.05) berbanding kawalan normal. Penemuan ini menunjukkan bahawa Apigenin, Berberin dan Rutin mempunyai potensi dalam mengurangkan metabolisme kolesterol dalam sel Hep G2.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links