Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Nor Shahidah Mohd Nazer
    Sains Malaysiana, 2017;46:2325-2329.
    Tanah runtuh jenis rayapan merupakan salah satu fenomena geobencana yang sering terjadi dalam skala yang besar dan amat berkait rapat dengan perubahan tekanan air liang. Ia bercirikan canggaan jangka masa panjang maka dengan itu pengetahuan mendalam terhadap tindak balas rayapan di dalam keadaan tepu dan tidak tepu air adalah penting untuk meramal pergerakan masa hadapan. Kertas ini bertujuan mengkaji tindak balas rayapan di dalam sampel lempung bebola menggunakan kotak ricih terus yang terubah suai. Simulasi rayapan dibuat menggunakan model analog mekanik hasil gabungan spring dan peredam. Parameter γo (pergerakan rayapan awal) yang diperoleh daripada ujian kotak ricih terubah suai digunakan sebagai input parameter bersama-sama dengan parameter lain yang diperoleh berdasarkan kaedah kuasa dua terkecil. Simulasi oleh model analog mekanik terhadap tindak balas rayapan yang direkod di makmal berjaya merakam tindak balas rayapan awal dan akhir. Keputusan kajian mendapati bahawa tindak balas rayapan adalah lebih signifikan di dalam keadaan tepu air berbanding keadaan tidak tepu air.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links