Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Zamali Tarmudi, Mohd Lazim Abdullah, Abu Osman Md Tap
    Kajian ini memfokuskan penggunaan model kabur baru untuk pemilihan sistem pelupusan sisa pepejal perbandaran (SPP) yang dewasa ini dilihat semakin menghambat terutamanya negeri-negeri di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Rekod menunjukkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mencatatkan penghasilan SPP tertinggi melebihi 2.32 juta tan setahun pada tahun 2005. Lazimnya, proses untuk menentukan sistem pelupusan yang sesuai melibatkan pengenalpastian matlamat dan kriteria berdasarkan pilihan yang ada. Ia juga bersifat pertimbangan multi-kriteria yang melibatkan banyak pihak berkepentingan dalam membuat keputusan. Berdasarkan permasalahan tersebut, model multi-kriteria dwikabur konflik diusulkan menggunakan konsep penegasan linguistik (i.i., dilasi dan konsentrasi) dalam proses hierarki analitik (AHP). Model ini diubahsuai menggunakan teori set baru yang diberi nama ‘set dwikabur konflik’. Kajian kes di negeri Selangor dan WPKL dimanfaatkan sepenuhnya untuk menunjukkan kesesuaian model yang diusulkan. Berdasarkan pengiraan yang ditunjukkan, model yang diusulkan dapat menilai kesemua kriteria secara lebih menyeluruh disebabkan sifat ‘timbal balas’ yang dimilikinya. Di samping itu, ia mampu menangani masalah yang bersifat berketaktentuan secara berkesan disebabkan pembuat keputusan boleh menilai secara linguistik sepenuhnya sekaligus memudahkan mereka membuat keputusan dengan lebih cekap dan berkesan.
  2. Abd. Fatah Wahab, Jamaludin Md. Ali, Ahmad Abd. Majid, Abu Osman Md. Tap
    Pembinaan model geometri berbantukan komputer (CAGD) dengan titik data yang mempunyai ketakpastian adalah sukar dan mencabar. Dalam kertas ini, pembinaan model splin-B kabur sebagai perwakilan matematik bagi lengkung dengan data ketakpastian menggunakan titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan dibincangkan. Lengkung splin-B kabur atau splin-B penyahkaburan kubik untuk masalah data ketakpastian akan diperihalkan dengan menggunakan kaedah penghampiran splin-B kubik yang ditakrif menerusi titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan. Bagi menyelesaikan masalah mengenai titik data ketakpastian pula, kaedah pengkaburan dan penyahkaburan titik data berkomponen kabur (penyahkaburan) beserta modelnya diperkenalkan. Bagi menguji tahap keberkesanan model, beberapa contoh lengkung simulasi data tersebut juga dibincangkan.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links