Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Serirama Ebbi, Roslee Bin Talip, Dayang Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan kompetensi peribadi guru terhadap efikasi pengajaran guru bagi guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan 361 responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di zon Pedalaman, Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan regresi berganda. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Standard Guru Malaysia (SGM) dan Teacher Efficacy Scale (TES) bagi mengumpul data daripada 361 responden yang telah melengkapkan borang soal selidik, daripada 54 buah sekolah rendah yang melibatkan tujuh daerah di zon Pedalaman, Sabah. Persampelan secara rawak digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru manakala persampelan bertujuan digunakan bagi menentukan bilangan sekolah yang mewakili setiap daerah seperti yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan pengajaran guru besar (Min = 4.52; SP = 0.313) pada tahap sangat tinggi, kompetensi profesionalisme guru (Min = 4.41; SP = 0.295) juga pada tahap sangat tinggi dan kompetensi peribadi guru (Min = 4.47; SP = 0.366) juga berada pada tahap sangat tinggi manakala efikasi pengajaran guru (Min = 3.96; SP = 0.358) berada pada tahap tinggi. Data inferensi dianalisis menggunakan regresi berganda. Analisis regrasi menunjukkan pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar menyumbang 65 peratus, kompetensi profesionalisme guru menyumbang 65.9 peratus dan kompetensi peribadi guru menyumbang 66.5 peratus terhadap efikasi pengajaran guru dan merupakan peramal yang signifikan kepada tahap efikasi pengajaran guru.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links