Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Faiz Bukhari Mohd Suah, Musa Ahmad, Lee YH
    Sains Malaysiana, 2016;45:1807-1814.
    Dalam kajian ini, kesan surfaktan tak-ionik terhadap kompleks Al(III)-morin telah dijalankan. Surfaktan tak-ionik didapati telah meningkatkan bacaan serapan kompleks Al(III)-morin. Penambahan triton X-100 kepada kompleks Al(III)-morin telah membolehkan penentuan ion Al(III) dalam kuantiti submikrogram pada pH4.00 dijalankan. Bacaan serapan maksimum adalah pada 425 nm dengan serapan molar, ε, 9.31 × 103 l.mol-1cm-1. Graf kalibrasi bagi penentuan ion Al(III) adalah linear daripada 0.03 hingga 2.0 μg mL-1 dengan had pengesanan 0.015 μg mL-1 telah diperoleh dalam kajian ini. Sisihan ralat relatif (r.s.d) ialah 2.2% bagi kepekatan Al(III) 1.0 μg mL-1. Kesan penambahan ion lain terhadap kompleks Al(III)-morin turut dijalankan dan didapati ion Cu(II), Zn(II) dan Pb(II) memberi gangguan yang lebih berbanding ion-ion lain.
  2. Faiz Bukhari Mohd Suah, Musa Ahmad, Lee YH
    Sains Malaysiana, 2016;45:1795-1805.
    Sensor Al(III) optik berasaskan prinsip pengukuran pantulan dengan menggunakan manik polimer terkandung polimer (PIMs) terpegun telah dibangunkan. Manik PIMs terpegun yang disediakan dalam kajian ini mengandungi manik poli(vinil klorida) (PVC), Aliquat 336, diositil pthalat (DOP) dan reagen eriokrom sianin R (ESR). Sensor yang menggunakan manik PIMs terpegun ini menunjukkan rangsangan yang lebih tinggi berbanding dengan sensor yang tidak menggunakan manik PIMs. Masa rangsangan sensor pula ditetapkan selepas 3 min dengan nilai pH optimum 6.0. Sensor Al(III) optik ini memberikan rangsangan linear pada julat 5.56×10-5 - 3.52×10-4 molL-1, dengan nilai had pengesanan terendah (LOD) yang dikira ialah 3.41×10-5 molL-1. Kajian validasi nilai ion Al(III) bagi beberapa sampel air semula jadi yang ditambah dengan ion Al(III) menggunakan sensor Al(III) optik yang dibangunkan dalam kajian ini, menunjukkan tiada perbezaan secara signifikan pada nilai ion Al(III) yang diperoleh apabila dibandingkan dengan keputusan yang diperoleh menggunakan spektrofotometer serapan atom konvensional.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links