Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Habibah Jamil, Wan Fuad Wan Hassan, Mohamad Md Tan
    Sains Malaysiana, 2007;36:9-13.
    Terdapat dua jenis permineralan bijih besi di kawasan Ladang Toh Pawang, Kedah iaitu bijih besi primer dan sekunder. Kepekatan Pb dan Cr yang amat rendah ditemui dalam bijih besi primer (bdl) manakala Cu ditemui sebagai bendasing (60-93 μg/g). Kepekatan Cr dan Cu meningkat di persentuhan antara jasad rejahan bijih besi dengan batuan sekitar. Kepekatannya masing-masing ialah sebanyak 27-30 μg/g and 242-294 μg/g. Pengayaan logam-logam tersebut disebabkan oleh penggantian metasomatik apabila magma likat yang panas berinteraksi dengan batuan syal Formasi Mahang yang kaya besi. Secara umum, kepekatan Pb dan Cr dalam bijih besi sekunder lebih tinggi berbanding dengan pemineralan bijih besi primer yang mana masing-masing berjulat 3-7 μg/g and 121-151 μg/g. Kepekatan Cu di dalam bijih besi primer dan sekunder hampir sama. Taburan Pb, Cr dan Cu di dalam bijih besi sekunder berpunca daripada luluhawa batuan syal Formasi Mahang yang kaya besi. Ketika proses permukaan berlaku, logam-logam berat tersebut telah dijerap daripada air bawah tanah lalu turut terenap bersama-sama dengan bijih besi sekunder.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links