Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Julius William-Dee, Faisal Ali Anwarali Khan, Qhairil Rosli, Muhd Amsyari Morni, Isham Azhar, Lee Sim Lim, et al.
    Trop Life Sci Res, 2019;30(2):1-18.
    MyJurnal
    Pembangunan yang semakin pesat di Malaysia telah meningkatkan bilangan aktiviti antropogenik, sekaligus menyebabkan kemerosotan alam sekitar. Ini menunjukkan bahawa perlunya inventori hidupan liar dan sumber alam sekitar dijalankan di dalam kawasan hutan yang sedia ada, untuk mempromosikan peningkatan yang seimbang dalam pelan pemuliharaan dan pengurusan yang sedia ada, terutamanya untuk haiwan yang terancam seperti spesies mamalia kecil. Kajian mamalia kecil telah dijalankan di Tasik Bera, Hutan Simpan Ulu Gombak, Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Pulau Pinang, dan Taman Negeri Wang Kelian. Harp trap, mist net, cage trap dan pitfall trap telah dipasang untuk kajian. Spesies Rhinolophus affinis (N = 61) merupakan spesies yang paling banyak ditangkap, diikuti dengan R. Lepidus (N = 27). Manakala untuk mamalia kecil tidak terbang, species Leopoldamys sabanus merupakan spesies paling banyak (N = 33) diikuti dengan Maxomys rajah (N = 25) dan Tupaia glis (N = 22). Dua spesies cencurut, Suncus etruscus dan Crocidura monticola masing-masing telah ditangkap dengan jumlah satu individu bagi setiap satu spesies. Hutan Simpan Ulu Gombak merekodkan kepelbagaian spesies yang paling tinggi (H’ = 2.754), manakala Pulau Pinang merekodkan nilai yang paling rendah (H’ = 2.245). Senarai mamalia kecil yang telah direkodkan melalui kajian ini merupakan maklumat yang signifikan bagi tujuan pemantauan dan konservasi biodiversiti.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links