Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Ling,S.l., Hatta, S., Azlin, B.
    Medicine & Health, 2019;14(1):1-22.
    MyJurnal
    Transgender adalah satu keadaan biopsikososial yang kompleks dan merupakan sebahagian daripada dimensi seksualiti manusia. Ia merangkumi komponen kognitif-emosi dan tingkah-laku yang membuatkan seseorang insan itu unik di dalam ekspresi seksualitinya. Kaum transgender cenderung untuk menggunakan hormon-silang-seks untuk mengubah keadaan dirinya menyerupai gender bertentangan yang diingini dengan cara menutupi ciri sekunder seksnya. Seks hormon yang biasa digunakan ialah: ““Female to Male Treatment Options (FMTO)” iaitu testosterone and hormon wanita pada “Male to Female Treatment Options (MFTO)”, di mana kombinasi estrogen dan anti-androgen digunakan. Hormonsilang-seks iaitu FMTO, atau MFTO mempengaruhi sifat biologi dan psikologi individu transgender. Namun begitu, hormon-silang-seks mempunyai profil kesan sampingan tertentu yang juga memberi impak biologi dan psikologi. Impak psikologi menjurus kepada masalah kesihatan mental dan bunuh-diri. Pelbagai tahap pengaruh biopsikososial kesan hormon-silang-seks diterangkan dan ulasan ini memberi ruang membincangkan kepelbagaian pilihan rawatan. Di dalam psikiatri, perubahan biologi memberi pengaruh yang besar ke atas individu transgender, terutamnaya dari aspek psikososial dan budaya.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links