Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Tohid, H., Md Monoto, E.M., Ooi, C.F., Leong, Y.H., Mohamad Ngasri, N.E., Ismail, M.I., et al.
    Medicine & Health, 2020;15(2):246-261.
    MyJurnal
    Tabiat langkau waktu makan adalah kaedah lazim untuk mengawal diet. Namun, amalan kaedah permakanan ini oleh pesakit diabetes melllitus (T2DM) masih belum diketahui berikutan kekangan kajian. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti selazim mana pesakit T2DM melangkau waktu makan. Kaitannya dengan faktor sosiodemografi dan klinikal, HbA1c, makan di luar rumah dan kecelaruan gaya pemakanan turut dikaji. Kajian keratan lintang ini telah dijalankan pada tahun 2015 dalam kalangan 203 pesakit di klinik kesihatan awam di Kuala Lumpur. Borang soal selidik yang diisi sendiri oleh subjek termasuk borang Skala Kecelaruan Gaya Pemakanan dalam Bahasa Melayu. Seramai 41.4% subjek kerap melangkau waktu makan dan 61.6% subjek sering makan di luar. Hanya 2% sahaja yang mempunyai masalah kecelaruan gaya pemakanan. Regresi logistik berbilang menunjukkan subjek berbangsa Cina mempunyai kaitan yang kuat dengan tabiat melangkau waktu makan berbanding dengan subjek berbangsa Melayu (nisbah ganjil selaras: 0.36; 95% sela keyakinan: 0.16-0.77; nilai p: 0.009) setelah mengambil kira faktor usia, status pekerjaan, tahap pendidikan, HbA1c, komplikasi, jenis rawatan, makan di luar dan kecelaruan gaya pemakanan. Kesimpulannya, tabiat melangkau waktu makan merupakan satu amalan lazim begitu juga dengan makan di luar rumah. Namun, kecelaruan gaya pemakanan jarang dijumpai. Tabiat melangkau waktu makan tiada kaitan dengan amalan pemakanan ini dan juga kawalan gula dalam darah. Faktor budaya dan keagamaan berkemungkinan mempengaruhi amalan pemakanan individu. Kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap keselamatan dan penerimaan berkaitan dengan amalan ini. Walau bagaimanapun, kesannya daripada sudut klinikal perlu diperiksa dengan teliti untuk mengelakkan komplikasi kesihatan.

Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links