Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Nurfariha Firdaus, Ismarulyusda Ishak, Syarif Husin Lubis, Nooraisyah Mansoor, Hidayatul Fathi Othman, Nihayah Mohammad, et al.
    MyJurnal
    Kromium merupakan mineral yang penting dan kofaktor insulin yang memainkan peranan penting sebagai hormon yang membantu dalam regulasi gula dalam darah. Penduduk Kelantan sering dikaitkan dengan pengambilan makanan berasaskan gula. Petani merupakan golongan yang berisiko tinggi kerana pendedahan terhadap pestisid dan pengambilan makanan bergula boleh mempengaruhi paras kromium. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui status paras kromium dalam kalangan petani yang terdedah kepada pestisid dan baja kimia di Kelantan. Kajian ini adalah kajian keratan rentas yang dilakukan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan. Responden adalah seramai 113 petani yang terdedah kepada pestisid atau baja kimia tidak kurang daripada satu tahun. Subjek ditemu bual menggunakan soal selidik pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) yang telah divalidasi untuk informasi berkaitan data demografi k. Sampel kuku dan rambut telah dianalisia dengan menggunakan kaedah pencernaan asid dan Inductively Coupled Plasma Mass Spectroscopy (ICPMS) untuk mendapatkan paras kromium. Hasil kajian menunjukkan 81.4% adalah petani lelaki dan 18.6% adalah perempuan. Paras kromium kuku (125.82 ± 47.81 μg/L) dan rambut (39.63 ± 5.70 μg/L) petani adalah lebih rendah berbanding julat piawai kuku (6200 μg/L) dan rambut (100-2500 μg/L). Tiada perbezaan paras kromium yang signifi kan (p > 0.05) menurut jantina, umur, glukosa darah, tempoh pendedahan pestisid dan pemakanan. Petani yang merokok menunjukkan paras kromium yang lebih rendah (p < 0.05) berbanding petani yang tidak merokok. Kesimpulannya, paras unsur kromium petani di Bachok dan Pasir Puteh adalah rendah berbanding julat normal dan petani harus berhenti merokok kerana merokok akan merendahkan paras kromium.
  2. Ismarulyusda Ishak, Hidayatulfathi Othman, Nihayah Mohammad, Syarif Husin Lubis, Zariyantey Abdul Hamid, Nur Zakiah Mohd Saat, et al.
    MyJurnal
    Pendedahan terhadap pestisid dapat menyebabkan penurunan paras unsur surih di dalam badan manusia. Unsur surih memainkan peranan penting dalam metabolisma tubuh. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji paras unsur surih selenium, zink dan kromium dalam kalangan pesawah yang terdedah kepada pestisid di Wilayah I, MADA, Perlis. Kajian keratan rentas ini melibatkan 70 orang pesawah dan 57 orang yang tinggal di perkampungan nelayan sebagai kumpulan kawalan yang berumur di antara 21 hingga 80 tahun. Maklumat sosiodemografi pesawah dilakukan melalui temuduga borang soal selidik yang telah divalidasi. Pemeriksaan tekanan darah dan glukosa darah pesawah dilakukan. Paras selenium, zink dan kromium sampel kuku dan rambut dianalisis dengan menggunakan kaedah penghadaman asid dan mesin Inductively Coupled Plasma-Mass Spectrometry (ICP-MS). Hasil kajian mendapati bahawa paras selenium pada rambut (5.11 ± 17.05 μg/L) dan kuku (4.92 ± 2.17 μg/L) adalah lebih rendah secara signifikannya (p < 0.05) berbanding paras selenium pada rambut (15.67 ± 10.59 μg/L) dan kuku (6.67 ± 2.81 μg/L) kumpulan kawalan. Paras kromium pada rambut (31.83 ± 15.17 μg/L) dan kuku (87.64 ± 23.30 μg/L) kumpulan pesawah juga didapati lebih rendah secara signifikannya (p < 0.05) berbanding paras kromium pada rambut (85.19 ± 56.90 μg/L) dan kuku (99.36 ± 56.89 μg/L) pada kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan paras unsur surih yang signifikan (p > 0.05) menurut tempoh pendedahan pestisid. Kesimpulannya, paras selenium dan kromium pada kuku dan rambut pesawah yang terdedah kepada pestisid adalah lebih rendah berbanding kumpulan komuniti nelayan.

Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links