Displaying publications 1 - 20 of 375 in total

Abstract:
Sort:
  1. Hasnah Haron, Norfasihah Raob, Tan, Mei Chen
    MyJurnal
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan perencatan fi tat terhadap bioavailabiliti kalsium (Ca), ferum (Fe) dan zink (Zn) dalam produk kacang soya tempatan terpilih. Fitat menyebabkan kesan perencatan terhadap penyerapan mineral seperti Ca, Fe dan Zn dengan membentuk kompleks yang tidak larut dan tidak dapat dicernakan. Kesan perencatan fi tat terhadap bioavailabiliti mineral seperti Ca, Fe dan Zn telah dianggarkan dengan nisbah molar fi tat kepada mineral. Kandungan fi tat ditentukan dengan menggunakan kaedah pertukaran anion dan kandungan mineral ditentukan dengan Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Produk kacang soya dibeli dari pasar malam dan gerai makanan yang terletak di Cheras dan Sri Rampai, Kuala Lumpur. Setiap sampel yang dibeli dari kedua- dua lokasi dianalisis secara duplikat. Kajian ini mendapati kek soya dan kesemua masakan yang mengandungi tempe tidak mempunyai kandungan fi tat. Ini mungkin disebabkan oleh kehadiran R. oligosporus yang menghasilkan fi tase lalu menghidrolisiskan kandungan fi tat semasa proses fermentasi tempe. Terdapat lima jenis sampel makanan yang mempunyai nisbah molar fi tat/Ca > 0.24, sepuluh jenis sampel makanan dengan nisbah molar fi tat/ Fe > 1, lapan jenis sampel makanan mempunyai nisbah molar fi tat/ Zn > 15 dan satu jenis sampel makanan mempunyai nisbah molar [fi tat x Ca]/ Zn > 200. Keputusan nisbah molar fi tat/ mineral dari kajian ini menganggarkan bioavailabiliti Ca, Fe dan Zn yang rendah. Kesimpulannya, kek soya dan masakan mengandungi tempe mempunyai bioavailabiliti mineral yang tinggi manakala tau-hoo pok bakar mempunyai bioavailabiliti mineral yang rendah.

  2. Syafiqah Ismail, Chelliah, Kanaga Kumari, Nabishah Mohamad, Benny Efendie
    MyJurnal
    Interprofesion learning (IPL) occurs when students from two or more different professionals study with and learn about different professions. IPL is believed to enhance the collaboration level within the different profession after graduated. The objective of this research is to compare perception levels among the respondents coming from eleven different professions including Medical, Nursing, Dentistry, Pharmacy, Occupational Therapy, Dietetics, Audiology, Speech Science, Physiotherapy, Optometry and Diagnostic Imaging & Radiotherapy. Each respondent were selected randomly representing each year of study for each profession. They were required to fill up the survey form provided. 330 survey forms were returned instead of 367 distributed copies or 90% from overall surveys. Using one-way ANOVA analysis, all professions indicate same level of perception in knowledge subscale (p = 0.11), the practice of teamwork and cooperation (p = 0.23) and various methods to start the IPL (p = 0.61). However, for professional identity scales and interprofession educational preparation the value was (p < 0.05). Post-hoc Turkey test, indicated Physiotherapy students had a higher average score (M = 4.35 ± 0.54) compared to Speech Science (M = 3.75 ± 0.59) in professional identity subscale whereas in students preparation subscale for interprofession education, only Physiotherapy students had higher score (M = 4.15 ± 0.82) in comparison to Diagnostic Imaging & Radiotherapy (M = 3.25 ± 0.83). Besides, independent T test showed the students were in favour of having IPL in early year of education with the average score (M = 3.53 ± 1.029) for year one and year two compared to year three to five (M = 3.34 ± 1.089). The result form this research shows that the students have a positive perception towards IPL based on the average values not more than 3.0.
    Keywords: Interprofesional learning; Student’s perception; Profession; Collaboration
  3. Duratul Ain Hussin, Mahani Mohd Salleh, Che Ruhani Che Jaafar, Rini Roslina Amir, Farahiyah Ibrahim, Nor Aini Hanafi
    MyJurnal
    Amblyopia is one of the most common causes of visual defi cit in children. Presently, in the Ministry of Health Malaysia hospitals, there is no documented data on the characteristic and profi le of amblyopia cases. This study was conducted to scribe the profile of new amblyopia cases seen by optometrists at the Ministry of Health (MOH) Hospitals. This study was a retrospective and multicenter study including all MOH hospitals with optometry clinics. Clinical record data of amblyopic patients aged 3 to 17 years old who were newly diagnosed between 1st August 2010 to 31st January 2011 and who fulfi lled the inclusion criteria were obtained. Data collected included demography, systemic history, ocular history and optometric findings and diagnosis. Thirty eight MOH hospitals participated and a total of 301 patients were diagnosed with functional amblyopia within the study period. Mean age for these amblyopic patients was 7.70 + 0.16 years old. Boys were the predominant gender (57.1%) and Malay preceded the other races with a 65.4% occurrence. Mild amblyopia was found in 51.5% of the patients, 31.6% were with moderate amblyopia and only 16.9% of patients were severe amblyopia. The underlying amblyogenic causes assessed were ametropia (61.5%), anisometropia (25.2%), strabismus (9.3%) and stimulus deprivation (4.0%). Refractive error was discovered as the most common cause of amblyopia in this study. It is crucial for optometrists to detect this type of visual impairment and undertake an early optometric intervention.

    Study site: multicenter study including all MOH hospital
  4. Norhani Mohidin, Shaznida Ghulam, Rokiah Omar
    MyJurnal
    Elektroretinogram paten (pERG) adalah pengrekodan respons retina terhadap stimulus paten yang dipancarkan bersilih ganti. Ia memberi maklumat mengenai integriti sel dalaman retina khasnya sel ganglion. Pengrekodan pERG dalam sesebuah makmal boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor, maka piawai makmal perlu ada untuk memastikan bacaan pERG yang diperolehi boleh diulang dan dihasilkan semula. Objektif kajian ini ialah untuk menentusahkan faktor yang mungkin mempengaruhi pengukuran pERG untuk paiwaian Makmal Elektrofisiologi Jabatan Optometri, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini melibatkan 45 orang subjek yang berumur di antara 20 hingga 25 tahun yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Faktor yang dikaji adalah 1) kesan penggunaan anestetik Alcaine 0.5%, 2) variasi pengukuran pada waktu pagi dan petang dan 3) saiz dan bentuk target fiksasi yang berbeza terhadap bacaan pERG (amplitud dan tempoh pendam). Ujian-t berpasangan mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara pengukuran sebelum dan selepas penggunaan Alcaine 0.5% bagi amplitud (p = 0.116) dan tempoh pendam
    (p = 0.557). Pengukuran pada waktu pagi dan petang juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi amplitud (p = 0.864) dan tempoh pendam (p = 0.174). Untuk bentuk dan saiz target yang berbeza, didapati tiada perbezaan yang signifikan untuk parameter amplitud (p = 0.125) dan tempoh pendam (p = 0.404). Kesimpulannya, penggunaan Alcaine 0.5%, pengukuran pada waktu pagi dan petang dan target fiksasi yang berbeza tidak mempengaruhi bacaan pERG di Makmal Elektrofisiologi, FSK, UKM. Hasil kajian boleh diguna pakai untuk perbandingan dalam penyelidikan ataupun tujuan pendiagnosan penyakit retina di masa hadapan.


  5. Rukiah A. Latiff, Akmal Sabaruddin, Norfadilah Mat Nor
    MyJurnal
    Thyroid and gonads are radiosensitive organs which requires radiation shield to reduce the dose received. However,
    radiation shielding is not widely used in radionuclide imaging because it is heavy, uncomfortable and can cause pain
    in the spine. Therefore, a research was carried out to determine the ability of thyroid and gonad radiation shield
    which is thinner and lighter in reducing radiation dose. A study was conducted in Hospital Putrajaya to determine
    the radiation dose received by the thyroid and gonads during a complete Positron Emission Tomography-Computed
    Tomography (PET-CT) procedure with and without radiation shield. A total of six male staffs have been chosen as subject
    and data from 33 complete PET-CT procedures have been collected. For every PET-CT procedure, the subject’s thyroid
    and gonad were shielded using 0.5-mm thick radiation shielded, model Mavig 615 (USA) and Shielding International
    (USA) respectively. Thermal luminescent dosimeter (TLD) chips were used as radiation dose detector. The average 18FFDG radioactivity administered to the patient was 387 MBq and the average scan time is 9.224 ± 1.797 minutes. The
    results showed that the mean equivalent dose received by the thyroid with and without shielding were 0.080 ± 0.033
    mSv and 0.078 ± 0.039 mSv respectively. The mean equivalent dose received by gonad with and without shielding
    were 0.059 ± 0.040 mSv and 0.061 ± 0.030 mSv respectively. Radiation shield with 0.5 mm thickness is unable to
    reduce radiation dose received by the thyroid (p = 0.76) and gonads (p = 0.79) because it is too thin to resist the
    high-energy radiation during PET-CT procedures. Thyroid receive higher radiation dose of 0.016 m Sv compared to
    the gonads (p < 0.05) because the thyroid’s position is more exposed to radiation sources which are 18F-FDG during
    radiopharmaceutical preparation and patients after administered with 18F-FDG during PET-CT procedure.
    Keywords: equivalent dose, radiation shield, TLD
  6. Yong SP, Kamaralzaman S, Budin SB
    MyJurnal
    This study aimed to identify the foot sensory status of Malay women with type 2 diabetes mellitus and to determine its relation with: demographic factors, glycated haemoglobin level in plasma, and body mass index. A cross-sectional study was conducted on 71 Malay women with type 2 diabetes mellitus who attend three health clinics in Hulu Langat District, Selangor. Foot sensation was assessed using the Semmes-Weinstein Monofilament 5.07 in nine locations on the plantar and dorsal of the feet. Loss of protective sensation was defined as inability to sense the monofilament in one or more sites of either foot. This study found that 56.3% of women had loss of protective sensation, with common sites being the heel, fifth metatarsal head, lateral mid-foot and little toe. Duration of diabetes mellitus were significantly related to foot sensation. The age, HbA1C level and body mass index did not show any significant correlation. Loss of protective sensation may lead to serious foot complication and therefore early screening involving multidisciplinary team is essential for prevention.


  7. Harold Criso Ajin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Abdul Hamid Abd Aziz, Ahmad Zorin Sahalan, Norazah Ahmad
    MyJurnal
    Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan prevalens kandidiasis dalam kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji dalam kalangan lima kumpulan etnik yang utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu. Penyaringan mikroskopik dijalankan ke atas lumuran Pap lazim sejumlah 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelupan Papanicolaou. Berdasarkan maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat dengan ciri-ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel-sel epitelium sekiranya ia mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan Candida sp. telah dapat dikesan sebanyak 12.7% daripada jumlah spesimen. Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan juga pada kesemua golongan umur 20 hingga 59 tahun. Kesemua kes turut menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan pentingnya menjalankan ujian penyaringan lumuran Pap bagi mengesan jangkitan kandida di samping sebagai saringan awal pengesanan kanser serviks.


  8. Hasnah Haron, Nurul Hidayah Aminudin, Nik Shanita Safii, Hazila Khalid
    MyJurnal
    Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan iaitu kuih seri muka (SM), kuih bakar (B) dan kuih wajik (W) yang mana resepinya telah dibentuk secara pengiraan nutrien yang berdasarkan Jadual Komposisi Makanan Malaysia (JKMMM) dengan kaedah analisis secara proksimat. Penentuan kandungan makronutrien secara spesifik ditentukan menggunakan kaedah analisis proksimat manakala penentuan tenaga dan karbohidrat total dijalankan melalui pengiraan. Hasil analisis proksimat menunjukkan W mengandungi karbohidrat total tertinggi (61.5 ± 1.6%) secara signifikan (p < 0.05), berbanding B (39.3 ± 1.5%) dan SM (38.7 ± 1.5%). SM mempunyai kandungan air yang lebih tinggi (46.7 ± 1.6%) secara signifikan (p < 0.05) berbanding B (42.5 ± 6.6 %) dan W (30.2 ± 0.4%). B mengandungi kandungan protein tertinggi (6.1 ± 0.9%) secara signifikan berbanding dengan W (3.0 ± 0.3%). Tiada perbezaan yang signifikan bagi kandungan lemak di antara B (12.8 ± 1.8%), SM (9.9 ± 0.2%) dan W (8.2 ± 2.6%). Jumlah kalori untuk W adalah tertinggi (332 kcal/100g) diikuti oleh B (299 kcal/100g) dan SM (262 kcal/100g). Secara umumnya, nilai kandungan makronutrien dari analisis proksimat adalah lebih rendah berbanding secara pengiraan kandungan makronutrien menggunakan JKMMM. Ini disebabkan pengiraan berdasarkan JKMMM adalah berdasarkan bahan mentah manakala analisis proksimat berdasarkan sampel kuih yang telah disediakan.


  9. Normah Awang, Siti Musslihah Shahidi, Asmah Hamid, Nurul Farahana Kamaludin
    MyJurnal
    Kesan sitotoksik sebatian organostanum (IV) terhadap pelbagai sel kanser telah dikaji oleh para saintis di seluruh dunia.Dalam kajian ini,dua sebatian baru organostanum (IV) iaitu difenilstanum (IV) etilfenilditiokarbamat (DFEF) dan difenilstanum (IV) butilfenilditiokarbamat (DFBF) telah diuji kesan sitotoksiknya terhadap sel eritroleukemia, K562. Sel eritroleukemia, K562 merupakan sel sasaran manakala, sel hepar Chang dan sel fibroblas V79 pula digunakan untuk menilai kesan kedua-dua sebatian ini terhadap sel bukan kanser. Kesan sitotoksik sebatian DFEF dan DFBF diuji menggunakan ujian asai 3-(4,5-dimetiltiazol-2-il)-2, 5-difeniltetrazolium bromida (MTT) dengan masa pendedahan 24 jam, 48 jam dan 72 jam pada kepekatan sebatian yang berbeza. Pemerhatian terhadap perubahan morfologi juga dilakukan menggunakan nilai IC50 yang diperolehi pada masa pendedahan seperti ujian asai MTT. Ujian sitotoksisiti telah menunjukkan sebatian DFEF dan DFBF adalah sangat toksik terhadap sel K562 dengan nilai IC50 kurang daripada 10 μM untuk ketiga-tiga masa pendedahan.Indeks pemilihan juga membuktikan bahawa kedua-dua sebatian memberikan kesan sitotoksik secara memilih terhadap sel K562 pada masa 48 jam dan 72 jam, tetapi pada masa 24 jam, sebatian ini bertindak secara tidak memilih terhadap sel K562 dan sel bukan kanser. Perubahan morfologi yang diperhatikan adalah menyerupai ciri-ciri apoptosis seperti pengecutan sel dan pembentukan jasad apoptotik dan juga nekrosis seperti sel lisis. Kesimpulannya, sebatian difenilstanum (IV) alkilfenilditiokarbamat berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen antileukemia tetapi mekanisma khusus tindakan sebatian ini terhadap sel K562 perlu dikaji pada masa akan datang untuk menjelaskan potensi sebatian ini sebagai dadah antikanser yang baru.


  10. Sino, Hukil, Zurina Mahadi, Hasnah Haron, Muhammad Aizat Misrin, Nurul’izzah Ismail, Mohd Hasamizi Mustapa
    MyJurnal
    Kajian kes ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kebersihan diri pengendali makanan dan kebersihan kafetaria di kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 75 responden telah terlibat. Data demografi menunjukkan terdapat responden yang tidak mendapat suntikan demam kepialu (32%) dan tidak mempuyai sijil kursus pengendali makanan (49.3%). Selain itu, lebih separuh bilangan responden adalah bukan warganegara (50.73%). Dapatan berkaitan amalan kebersihan diri menunjukkan 7 item mempunyai peratusan yang agak baik (70.3% – 87.5%) manakala 7 item yang lain mempunyai peratusan kurang baik (26.4% – 68%). Kajian juga menunjukkan terdapat 12 item berkaitan kebersihan kafetaria yang dipatuhi dan 9 item yang tidak dipatuhi daripada 21 item yang dinilai. Ujian statistik menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan (U = 472, p = 0.01) antara pengendali makanan yang warganegara dan bukan warganegara di mana warganegara mempunyai amalan kebersihan diri yang lebih baik berbanding bukan warganegara. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang positif dan signifikan di antara kebersihan diri dan kebersihan kafetaria (χ2 = 6.432, p = 0.011). Walau bagaimanapun, kekuatan hubungannya adalah sederhana (Φ = 0.29). Kesimpulannya, pengendali makanan yang warganegara mempunyai amalan kebersihan diri yang baik dan akan menjana suasana persekitaran kafetaria yang bersih.

  11. Ismarulyusda Ishak, Hidayatulfathi Othman, Nihayah Mohammad, Syarif Husin Lubis, Zariyantey Abdul Hamid, Nur Zakiah Mohd Saat, et al.
    MyJurnal
    Pendedahan terhadap pestisid dapat menyebabkan penurunan paras unsur surih di dalam badan manusia. Unsur surih memainkan peranan penting dalam metabolisma tubuh. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji paras unsur surih selenium, zink dan kromium dalam kalangan pesawah yang terdedah kepada pestisid di Wilayah I, MADA, Perlis. Kajian keratan rentas ini melibatkan 70 orang pesawah dan 57 orang yang tinggal di perkampungan nelayan sebagai kumpulan kawalan yang berumur di antara 21 hingga 80 tahun. Maklumat sosiodemografi pesawah dilakukan melalui temuduga borang soal selidik yang telah divalidasi. Pemeriksaan tekanan darah dan glukosa darah pesawah dilakukan. Paras selenium, zink dan kromium sampel kuku dan rambut dianalisis dengan menggunakan kaedah penghadaman asid dan mesin Inductively Coupled Plasma-Mass Spectrometry (ICP-MS). Hasil kajian mendapati bahawa paras selenium pada rambut (5.11 ± 17.05 μg/L) dan kuku (4.92 ± 2.17 μg/L) adalah lebih rendah secara signifikannya (p < 0.05) berbanding paras selenium pada rambut (15.67 ± 10.59 μg/L) dan kuku (6.67 ± 2.81 μg/L) kumpulan kawalan. Paras kromium pada rambut (31.83 ± 15.17 μg/L) dan kuku (87.64 ± 23.30 μg/L) kumpulan pesawah juga didapati lebih rendah secara signifikannya (p < 0.05) berbanding paras kromium pada rambut (85.19 ± 56.90 μg/L) dan kuku (99.36 ± 56.89 μg/L) pada kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan paras unsur surih yang signifikan (p > 0.05) menurut tempoh pendedahan pestisid. Kesimpulannya, paras selenium dan kromium pada kuku dan rambut pesawah yang terdedah kepada pestisid adalah lebih rendah berbanding kumpulan komuniti nelayan.

  12. Raja Muhammad Zuha, Balkhis Bashuri, Supriyani Mustamin, Baharudin Omar, Nazni Wasi Ahmad
    MyJurnal
    In forensic entomology practice, it is more common to use raw animal tissue to breed dipteran larvae and it often brings unpleasant odour in the laboratory. Few studies suggested the use of synthetic diets, mainly agar-based media, as alternatives to animal tissue but it is rarely being practiced in forensic entomology laboratory. The present study observed the growth of a forensically important fly, Megaselia scalaris (Loew) on raw cow’s liver, nutrient agar, casein agar and cow’s liver agar. A total of 100 M. scalaris eggs were transferred each into the different media and placed in an incubator at 30°C in a continuous dark condition. Data on length and developmental period were collected by randomly sampling three of the largest larvae from each rearing media, twice a day at 0900 and 1500 hours until pupariation. M. scalaris larvae reared on raw cow’s liver recorded the highest mean length (4.23 ± 1.96 mm) followed by cow’s liver agar (3.79 ± 1.62 mm), casein agar (3.14 ± 1.16 mm) and nutrient agar (3.09 ± 1.11 mm). Larval length in raw liver and liver agar were significantly different from those in nutrient and casein agar (p < 0.05). Larvae bred in liver agar and raw liver recorded the shortest larval duration before entering the post-feeding stage (89 hours), followed by nutrient agar (119 hours) and casein agar (184 hours). Total developmental time from oviposition until adult emergence for M. scalaris in liver agar and raw liver was approximately 163 hours. All puparia in nutrient agar and casein agar failed to hatch. This research highlighted the potential use of cow’s liver agar as an alternative diet of raw liver to culture M. scalaris in laboratory.
  13. Abdul Hamid Abdul Aziz, Nur Fariza Mat Reffin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Hing, Hiang Lian, Ahmad Zorin Sahalan
    MyJurnal
    Suatu kajian mengenai pemencilan dan pengenalpastian mikroflora bakteria dari kolam air panas telah dilakukan di kolam air panas Bentong, Pahang. Kebanyakan bakteria yang dipencil dari kolam air panas adalah dari Bacillus sp. kerana ia mempunyai ciri adaptasi yang membolehkannya hidup di kawasan suhu yang tinggi dengan pembentukan endospora. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti spesies bakteria selain daripada spesies Bacillus sp. yang boleh dipencilkan dari kolam air panas. Tiga buah kolam air panas (A, B dan C) dikenal pasti dengan julat suhunya antara 36°C-52°C dan nilai pH antara 7.88-8.65. Kajian ini telah berjaya memencilkan dua pencilan bakteria kokus Gram positif dan tiga spesies basilus Gram negatif. Spesies Gram positif tersebut adalah dari genus Streptococcus dan Staphylococcus, manakala bagi Gram negatif pula terdapat masalah dalam pengenalpastian dan hanya dikenali sebagai X, XI and XII.


  14. Lee, Szu Ming, Poh, Bee Koon, Mohd Ismail Noor, Ahmad Fuad Shamsuddin
    MyJurnal
    Kafein mempunyai kesan ergogenik terhadap golongan yang terlatih; walaubagaimanapun, kajian kesan fisiologi kafein terhadap golongan sedentari adalah amat terhad. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kafein ke atas penggunaan oksigen dan tanggapan tahap lesu semasa senaman intensiti sederhana dalam kalangan dewasa muda perempuan yang sedentari. Subjek terdiri daripada 16 orang mahasiswi yang berumur antara 22 hingga 24 tahun. Kriteria penerimaan adalah tahap aktiviti fizikal yang rendah dan pengambilan kafein adalah kurang daripada 50 mg sehari, disaring dengan menggunakan Soal Selidik Aktiviti Fizikal Antarabangsa (versi pendek) dan soal selidik pengambilan kafein. Reka bentuk kajian eksperimental ini adalah buta tunggal, pindah silang, kawalan plasebo dengan semua subjek menjadi kawalannya tersendiri. Subjek dikehendaki malaporkan diri ke makmal untuk menjalankan dua sesi eksperimen selepas masing-masing mengambil kapsul plasebo atau kafein dengan selang masa 3 hari antara dua sesi eksperimen tersebut. Enam puluh minit selepas mengambil kapsul plasebo (Glucolin, glukosa) atau 100 mg kafein (Pro-plus, United Kingdom), subjek dikehendaki berlari di atas treadmill selama 30 minit pada kuasa kerja yang bersamaan 60% daripada anggaran maksimum kadar denyutan jantung. Penggunaan oksigen, kadar denyutan jantung dan tanggapan tahap lesu direkod pada minit ke-20, ke-25 dan ke-30, manakala tekanan darah direkod serta-merta selepas subjek menghabiskan larian. Perbezaan direkod selepas kesemua subjek menyempurnakan kedua-dua eksperimen plasebo dan kafein. Min peratus lemak tubuh subjek adalah 28.4 ± 5.4. Ujian t bersandar menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara trial plasebo dengan trial kafein ke atas penggunaan oksigen (13.99 ± 2.47 vs 14.49 ± 1.73, p = 0.440), tanggapan tahap lesu (12.3 ± 2.5 vs 12.3 ± 2.1, p = 1.000), tekanan darah sistolik (113 ± 10 vs 117 ± 11, p = 0.129), tekanan diastolik (67 ± 8 vs 69 ± 10, p = 0.408) dan kadar denyutan jantung (127.3 ± 11.0 vs 127.1 ± 11.6, p = 0.912). Terdapat korelasi negatif tinggi yang signifikan antara peratusan lemak tubuh dengan pengambilan oksigen (r = –0.568, p < 0.05) serta korelasi positif tinggi yang signifikan antara peratusan lemak tubuh dengan tanggapan tahap lesu (r = 0.515, p < 0.05). Hasil kajian tidak meningkatkan kesan yang signifikan mungkin disebabkan oleh kesan saiz (effect size) kajian ini yang kecil (d = 0.24). Justeru itu, kajian masa depan yang melibatkan lebih ramai subjek harus dijalankan untuk mengkaji kesan kafein semasa senaman dalam kalangan populasi sedentari.
  15. Rokiah Abu Bakar, Siti Hajar Abu Bakar Ah, Abd. Hadi Zakaria
    MyJurnal
    Kajian rintis telah dilakukan di Kuala Lumpur dalam kalangan 30 orang kanak-kanak berumur 10-18 tahun bagi mengumpulkan pandangan mereka mengenai strategi pemasaran kempen anti-merokok. Hasil kajian menunjukkan kempen tersebut kurang berkesan mencegah kanak-kanak daripada merokok. Faktor-faktor yang menyebabkan kempen ini kurang berjaya mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak adalah kanak-kanak tidak merasa takut dengan poster dan gambar penyakit kritikal yang dipaparkan (60%), mereka dengan mudah boleh mendapatkan rokok (66%), serta kekurangan kerjasama semua sektor masyarakat dalam menyokong kempen ini (77%). Strategi pemasaran kempen anti-merokok dari aspek produk, harga, aksesibiliti, promosi, dasar sosial dan perkongsian komuniti perlu diperbaiki dan diberi penekanan seimbang untuk menjamin keberkesanan kempen secara komprehensif.


  16. Ruzita Abdul Talib, Chan, Choon Li, Ismail Mohd Noor, S, Thavaraj
    MyJurnal
    Prevalens obesiti di Malaysia telah meningkat dengan mendadak sejak dua dekad yang lalu. Oleh itu, usaha untuk menangani masalah ini menjadi semakin penting. Objektif umum kajian hirisan lintang ini adalah untuk menilai keberkesanan projek obesiti yang dijalankan oleh NGOs yang dibiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Dalam kajian ini, data sekunder dari laporan akhir 22 buah projek obesiti telah dianalisiskan untuk menilai keberkesanannya. Maklumat dalam laporan akhir projek telah dimasukkan ke dalam borang penilaian formatif yang disediakan oleh pihak LPKM. Keberkesanan projek ditentukan melalui tahap pencapaian indikator RE-AIM dengan menggunakan 21 indikator berasaskan Model RE-AIM yang telah disahkan. Projek yang mencapaikan 15 hingga 21 indikator dikirakan mempunyai kualiti tinggi, 8 hingga 14 indikator dikirakan kualiti sederhana dan 0 hingga 7 indikator dikategorikan sebagai kualiti rendah. Dengan menggunakan ujian Cohen’s Kappa untuk menilai reliabiliti antara penyelidik terhadap 21 indikator RE-AIM, didapati bahawa terdapat persetujuan yang tinggi antara 2 penyelidik (k = 0.868). Daripada 22 buah projek obesiti yang dikaji, tiada projek yang mempunyai kualiti tinggi, 21 projek didapati mempunyai kualiti yang sederhana dan 1 projek mempunyai kualiti yang rendah. Tiada perbezaan yang signifikan terhadap peratusan pencapaian indikator RE-AIM antara tempoh projek menurut ujian T tidak berpasangan (P > 0.05). Berdasarkan kepada saringan kesihatan yang dijalankan terhadap 1982 orang peserta, 333 (16.8%) orang didapati mempunyai masalah berlebihan berat badan dan 354 (17.9%) orang adalah obes. Kesimpulannya, majoriti projek telah dilaksanakan dengan berjaya. Namun, kajian lanjut disarankan untuk memantau perubahan gaya hidup yang mungkin dapat mengurangkan prevalens obesiti di komuniti di mana projek telah dijalankan.


  17. Sameeha Mohd Jamil, Ngew, Chi Yee
    MyJurnal
    Kepercayaan ibu terhadap mitos atau tanggapan salah tentang penyusuan susu ibu didapati mempengaruhi penerimaan mereka untuk menyusui bayi mereka secara eksklusif. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk membentuk satu bahan pendidikan dalam bentuk risalah yang bertajuk “Panduan penyusuan susu ibu: Fakta vs mitos”. Kajian ini melibatkan tiga fasa; fasa I ialah tinjauan dan penilaian keperluan penyusuan susu ibu; fasa II ialah pembentukan bahan pendidikan bercetak dan fasa III ialah evaluasi proses bahan pendidikan bahan bercetak terhadap 41 orang ibu mengandung yang berbangsa Melayu. Seramai 41 orang subjek terlibat dalam fasa III melalui pengiraan saiz sampel kajian dengan program G*Power digunakan dan power kajian ialah 0.8. Dalam fasa III, borang soal selidik pengetahuan pra ujian telah diberikan kepada subjek untuk menilai tahap pengetahuan mereka mengenai penyusuan susu ibu dan borang tersebut dikumpulkan dengan serta-merta selepas dilengkapi. Subjek tersebut diberi masa seminggu untuk membaca dan memahami risalah yang disediakan dan seterusnya menjawab borang soal selidik pengetahuan pos ujian beserta dengan borang penilaian risalah. Dalam fasa III, kajian mendapati kesemua subjek (100.0%) memahami isi kandungan risalah. Manakala 95.1% (n = 39) subjek berpendapat gambar adalah penting untuk menjadikan bahan pendidikan bercetak lebih menarik dan sebanyak 75.6% (n = 31) subjek menyatakan bahawa gambar yang disertakan dalam risalah yang diberi adalah menarik. Majoriti subjek (97.0%) mempunyai keinginan untuk menyusui bayi mereka secara eksklusif selepas membaca risalah yang diberi. Didapati bahawa min peratus skor pengetahuan subjek kajian meningkat secara signifikan (p < 0.001) daripada 83.1 ± 13.1% semasa pra ujian kepada 94.3 ± 6.7% semasa pos ujian dengan t=5.58 dan saiz kesan yang besar, d = 1.13. Secara kesimpulannya, keputusan menunjukkan bahan pendidikan bercetak yang telah dibentuk mendapat respon penilaian positif dan berkesan dalam meningkatkan tahap pengetahuan ibu mengandung mengenai penyusuan susu ibu. Sehubungan dengan ini, risalah yang dibentuk boleh digunakan sebagai alat pengajaran semasa mendidik ibu mengandung mengenai penyusuan susu ibu.


  18. Muhammad Hamdi Mahmood, Jamaludin Mohamed
    MyJurnal
    The higher education provider in this country has established a platform for training of biomedical scientist at the undergraduate level. The program provides a sound foundation to explore the science of biomedicine and complement the healthcare system by preparing medical laboratory professionals as a platform to apply their knowledge. Apart from
    medical laboratory and healthcare service, graduates of the program can also explore and adapt in regard to employment in other interesting niche areas of academic and industry. This effort can further culminate into greater support and further strengthening of the discipline.
    Keywords: Education, Practice, Niche areas, Biomedical Science
  19. Noor Farhana Nazri, Ruzita Abdul Talib
    MyJurnal
    Kajian berbentuk hirisan lintang ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara keterlibatan aktiviti di kolej kediaman dengan status pemakanan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur dan menentukan tabiat makan pelajar serta kebolehdapatan makanan sihat di sekitar mereka. Seramai 106 pelajar tahun dua hingga empat UKM Kuala Lumpur terlibat dalam kajian ini (20.8% lelaki dan 79.2% perempuan). Data pengambilan makanan subjek direkod dengan menggunakan diari makanan tiga hari. Keterlibatan subjek dalam aktiviti kolej dan juga kebolehdapatan makanan sihat ditentukan dengan menggunakan borang soal selidik yang dibentuk khas untuk kajian ini. Berat badan, ketinggian, ukurlilit pinggang, peratus lemak tubuh dan Indeks Jisim Tubuh (IJT) juga diukur. Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada subjek (62.3%) terlibat secara aktif dengan aktiviti yang diadakan di kolej kediaman. Daripada peratusan ini, 5.3% daripada subjek lelaki dan 31.9% perempuan adalah kurang berat badan. 68.4% subjek lelaki dan 55.3% perempuan mempunyai berat badan normal. 21% subjek lelaki dan 8.5% perempuan adalah pra obes. Tambahan pula, 5.3% (n = 1) subjek lelaki dan 4.3% (n = 2) daripada subjek perempuan tergolong dalam klasifi kasi IJT obes. Kajian ini mendapati majoriti subjek bersetuju bahawa mudah untuk memperolehi makanan sihat di kampus. Terdapat korelasi positif yang signifi kan di antara pengambilan tenaga (r = 0.352, p < 0.05) dan lemak (r = 0.391, p < 0.05) dengan Indeks Jisim Tubuh (IJT) bagi penglibatan terhadap aktiviti kolej yang kurang daripada tiga jam. Bagi penglibatan terhadap aktiviti kolej yang lebih daripada tiga jam pula, terdapat korelasi positif yang signifi kan di antara pengambilan tenaga (r = 0.678, p < 0.01), lemak (r = 0.550, p < 0.05), karbohidrat (r = 0.685, p < 0.01), protein (r = 0.465, p < 0.05), kalsium (r = 0.357, p < 0.05), ferum (r = 0.500, p < 0.05), vitamin A (r = 0.733, p < 0.01) dan vitamin E (r = 0.582, p < 0.05) dengan IJT. Pencapaian ‘Recommended Nutrient Intake’ (RNI) bagi pengambilan tenaga, kalsium, ribofl avin, vitamin C dan vitamin E adalah lebih tinggi bagi subjek yang terlibat dengan aktiviti kolej kurang daripada tiga jam berbanding dengan subjek yang terlibat dengan aktiviti kolej lebih daripada tiga jam. Kesimpulannya, walaupun ramai subjek yang aktif, masih terdapat dalam kalangan mereka yang mengalami masalah kurang berat badan, lebih berat badan dan obes. Oleh yang demikian, penglibatan dalam aktiviti di kolej kediaman memberi kesan kepada status pemakanan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.
  20. Rafina Mimi Muhamad, Pua, Hiang, Atiah Ayunni Abdul Ghani, Balkhis Bashuri, Abdul Aziz Ishak, Khairul Osman
    MyJurnal
    Penentuan kumpulan bangsa dalam analisis rambut pada kepala adalah satu cabaran yang dihadapi dalam analisis forensik untuk mengenal pasti mangsa, suspek dan tempat kejadian jenayah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara dua kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina melalui penelitian ciri-ciri rambut. Ini termasuklah ciri umum rambut, corak kutikel, warna, taburan pigmen kortek dan ciri medula – jenis, ketebalan dan indeks medula. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan mikroskop cahaya dan terdiri daripada lima langkah iaitu penyediaan sampel, penelitian ciri umum rambut, penyediaan dan penelitian slaid acuan corak sisik kutikel, slaid kortek serta medula. Hasil daripada kajian in mendapati bahawa kebanyakan Melayu mempunyai warna pigmen yang bercoklat gelap manakala Cina mempunyai pigmen coklat cerah. Kami juga mendapati bahawa ketebalan medula boleh juga digunakan untuk membezakan antara Melayu dan Cina di mana nilai purata bagi Melayu dan Cina masing-masing adalah 7.59 ± 1.45 μm dan 9.12 ± 1.85 μm. Nilai purata indeks medula bagi Melayu dan Cina pula adalah 0.17 ± 0.02 μm dan 0.18 ± 0.02 μm masing-masing. Walaupun begitu, ciri-ciri seperti tekstur, ketebalan rambut, corak sisik kutikel, taburan pigmen dan jenis medula pula menunjukkan perbezaan yang tidak ketara antara Melayu dan Cina. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa warna pigmen, ketebalan medula dan indeks medula adalah ciri-ciri penting yang boleh digunakan untuk menentukan bangsa.
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (tengcl@gmail.com)

External Links