Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Mohd Safix Lamsah, Rosniza Aznie Che Rose, Rogis Baker
    MyJurnal
    Latihan di tempat kerja merupakan faktor kritikal dalam meningkatkan kekuatan sumber manusia khususnya membentuk prestasi kerja yang optimis. Pengurusan latihan yang baik dan kreatif akan mempengaruhi kuantiti penyertaan dan tahap kepuasan daripada peserta. Walau bagaimanapun, pengurusan latihan secara atas talian di kebanyakan organisasi secara umumnya masih berada pada tahap yang rendah mendepani situasi sukar pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan ini adalah berkenaan pengurusan latihan secara atas talian di Kementerian Pertahanan, Malaysia dalam konteks penerimaan peserta latihan. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenalpasti profil peserta latihan, menganalisis tahap kepuasan peserta terhadap latihan secara atas talian dan mencadangkan langkah penambahbaikan terhadap pengurusan latihan secara atas talian di sektor awam. Kaedah kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual tidak rasmi dan borang soal selidik yang diedarkan kepada 210 orang responden. Pemilihan sampel dilakukan menggunakan formula Taro Yamanae. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif frekuensi, CrossTabulation, Chi-Square dan analisis kolerasi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa penyertaan peserta latihan secara atas talian disebabkan oleh faktor platform atas talian yang mudah untuk diakses, modul latihan secara atas talian yang interaktif, rakaman video latihan yang boleh dijadikan rujukan dan suasana latihan yang fleksibel di mana nilai min yang diperolehi adalah tinggi. Secara keseluruhan, tahap kepuasan responden terhadap pengurusan latihan secara atas talian adalah pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, setiap latihan secara atas talian perlu diuruskan dengan dengan efisyen dari segenap aspek agar impaknya menjamin kepuasan dan keperluan pekerja.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links