Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Norjoanna Johan, Mohd. Sanusi Jangi, Wan KL
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Eimeria tenella merupakan salah satu daripada tujuh spesies Eimeria yang menjangkiti ayam. Jangkitan parasit ini menyebabkan penyakit koksidiosis yang mendatangkan kerugian ekonomi yang besar kepada industri penternakan ayam. Adalah dipercayai parasit yang terdapat di dalam ayam domestik berasal daripada dan/atau mempunyai kaitan rapat dengan strain yang wujud di dalam ayam hutan. Oleh yang demikian, pencirian spesies Eimeria ini yang dipencil daripada ayam hutan tempatan akan memberi pengetahuan baru bagi meningkatkan pemahaman mengenai biologi parasit ini. Dalam kajian yang dilaporkan di sini, populasi parasit Eimeria AH1 telah dipencil daripada saluran usus ayam hutan tempatan. Berasaskan kepada pasaj bersiri didapati penghasilan oosista populasi AH1 tersebut dalam ayam domestik bergantung kepada umur oosista dan dos jangkitan. Pencirian morfologi pula menunjukkan oosista populasi AH1 berbentuk ovoid dan kebanyakan oosista tersebut mempunyai granul kutub. Nilai dimensi purata bagi oosista populasi AH1 ialah 22.51 (± 0.17) × 17.30 (± 0.14) μm. Saiz oosista populasi AH1 didapati berbeza secara signifikan (p < 0.05) berbanding dengan saiz oosista strain rujukan, E. tenella strain Houghton. Amplifikasi tindak balas berantai polimerase multipleks populasi AH1 menghasilkan jalur bersaiz ~540 pb yang berkolerasi dengan saiz produk yang spesifik untuk E. tenella. Hasil kajian kami ini mengesahkan bahawa populasi Eimeria AH1 yang dipencilkan daripada ayam hutan tempatan, terdiri daripada parasit E. tenella.
  2. Soon PE, Mohd. Sanusi Jangi, Wan KL, Tomley FM
    Sains Malaysiana, 2006;35:17-21.
    Dalam parasit intrasel obligat seperti Eimeria tenella, protein membran dipercayai memainkan peranan yang penting dalam pengecaman dan pelekatan pada sel perumah supaya proses penyerangan parasit ke dalam sel perumah dapat disempurnakan. Untuk mengenalpasti protein pada membran E. tenella, penyaringan imuno telah dilakukan dengan menggunakan antiserum terhadap fraksi subsel yang telah diperkayakan dengan protein membran sporozoit. Usaha penyaringan imuno ini berjaya memencilkan 21 klon positif. Daripada jumlah ini, 13 klon menunjukkan pemadanan bermakna dengan jujukan dalam pangkalan data, iaitu 11 dengan protein mikronem EtMIC4, satu dengan EtMIC1 dan satu lagi dengan EtMIC2. Lapan klon selebihnya yang tidak menunjukkan sebarang pemadanan bermakna dengan jujukan dalam pangkalan data didapati membawa lima gen yang berlainan. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah penyaringan imuno berupaya mengenalpasti gen baru yang kemungkinan besar mengekodkan protein membran dalam sporozoit E. tenella.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links