Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Nor-raidah Rahmat, Amira Kamalrudin, Shazrul Fazry, Mahanem Mat Noor
    Sains Malaysiana, 2018;47:1109-1115.
    Diabetes melitus telah terbukti mengganggu penghasilan testosteron dan menyebabkan masalah libido dalam kalangan
    lelaki. Sehingga kini, tiada kajian mengenai potensi Lunasia amara dalam membaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh
    diabetes. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi afrodisiak L. amara ke atas tikus jantan teraruh
    diabetes. Empat kumpulan tikus teraruh diabetes masing-masing diberi perlakuan ekstrak L. amara (250 dan 500 mg/
    kg berat tubuh), 500 mg/kg metformin dan air suling. Tikus kumpulan kawalan normal tanpa aruhan diabetes menerima
    perlakuan air suling. Perlakuan diberikan secara suap paksa selama 30 hari untuk melihat kesan L. amara ke atas status
    libido, aras testosteron serum, berat tubuh tikus, morfometri testis dan epididimis kauda serta aktiviti enzim antioksida
    testis tikus teraruh diabetes berbanding kawalan. Keputusan kajian menunjukkan berlaku penurunan libido, aras
    testosteron dan aktiviti khusus enzim antioksida (glutation peroksidase, katalase dan superoksida dismutase) testis tikus
    teraruh diabetes secara signifikan (p<0.05) pada kedua-dua dos tersebut berbanding kawalan normal. Sementara itu,
    perlakuan L. amara didapati tidak menjejaskan morfometri testis, epididimis kauda dan berat tubuh tikus yang menerima
    perlakuan L. amara berbanding kawalan normal. Kajian ini membuktikan bahawa ekstrak akuas batang L. amara pada
    dos 250 dan 500 mg/kg berat tubuh tidak berupaya memperbaiki aktiviti seksual tikus jantan teraruh diabetes.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links