Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Afifah-radiah Fauzi, Mariati Abdul Rahman, Saliana A. Aziz, Norashikin Hamzah, Badiah Baharin, Norzana Abdul Ghafar
    Sains Malaysiana, 2016;45:1923-1930.
    Periodontitis adalah penyakit kronik yang melibatkan kehilangan tulang dan inflamasi pada tisu periodontium. Interleukin-6 (IL-6) dan Tumor Necrosis Factor-α (TNF-α) merupakan penanda pro-inflamasi yang penting yang terlibat dalam periodontitis. Sebanyak 20 ekor tikus Sprague-Dawley dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu: Kumpulan kawalan dengan salin normal (CS); kumpulan kawalan dengan madu Gelam 3 g/mL (CH); kumpulan ujian periodontitis dengan salin normal (TS); dan kumpulan ujian periodontitis dengan madu Gelam 3 g/mL (TH). Benang bersaiz 4/0 diikat pada molar pertama gigi tikus sebelah kiri bagi tujuan rangsangan penyakit periodontitis. Madu Gelam diberi secara paksa oral selama 15 hari. Selepas 15 hari, sampel plasma dan tisu dianalisis menggunakan kaedah Elisa dan pewarnaan histologi. Kehilangan tulang alveolar pada kumpulan TS adalah paling tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan, CS dan CH namun, tiada perbezaan yang signifikan berbanding dengan kumpulan TH. Berdasarkan ujian imunohistokimia, ekspresi IL-6 dan TNF-α pada tisu periodontium adalah tinggi secara signifikan pada kumpulan TS berbanding dengan kumpulan lain. Namun, tiada perubahan aras IL-6 dan TNF-α yang signifikan pada plasma ke semua tikus kajian.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links