Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Tukimat Lihan, Nur Fatin Khodri, Muzzneena Ahmad Mustapha, Zulfahmi Ali Rahman, Wan Mohd Razi Idris
    Sains Malaysiana, 2018;47:2241-2249.
    Aktiviti guna tanah di kawasan lembangan adalah salah satu faktor yang mendorong kepada kemerosotan kualiti air
    sungai akibat daripada hakisan tanih. Potensi hakisan tanih di kawasan lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang yang
    menjadi sumber bekalan air minuman utama di daerah Raub boleh ditentukan dengan menggunakan integrasi model
    Semakan Semula Persamaan Kehilangan Tanih Universal (RUSLE) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini
    bertujuan untuk menentukan potensi hakisan tanih dan faktor utama yang mempengaruhi kadar hakisan tanih. Kajian ini
    melibatkan penggunaan data sekunder yang terdiri daripada data hujan, data siri tanih dan topografi bagi menghasilkan
    faktor kehakisan hujan (R), kebolehhakisan tanih (K), serta panjang dan kecuraman cerun (LS). Faktor litupan tumbuhan
    (C) dan amalan pemuliharaan (P) pula dijana daripada imej satelit Landsat 8 (2014). Keputusan kajian menunjukkan
    nilai faktor R di kawasan kajian ialah 8927.68-9775.18 MJ mm ha-1 jam-1 tahun-1, nilai K ialah 0.036-0.500 tan jam-1
    MJ-1 mm-1, nilai LS ialah 0-514, nilai C ialah 0.03-0.80 dan nilai P ialah 0.1-0.7. Kawasan yang mempunyai potensi
    hakisan sangat rendah hingga rendah meliputi 81%, manakala potensi hakisan tanih sederhana hingga sangat tinggi
    meliputi 19% daripada keseluruhan kawasan kajian. Model yang dihasilkan mempunyai ketepatan sebanyak 81%. Faktor
    utama yang mempengaruhi berlakunya hakisan tanih di kawasan kajian adalah faktor topografi, litupan tumbuhan dan
    kebolehhakisan tanih. Keputusan menunjukkan analisis integrasi RUSLE dan GIS berpotensi dalam penentuan potensi
    hakisan tanih untuk kawasan luas yang mempunyai pelbagai jenis guna tanah, topografi dan jenis tanih.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links