Displaying all 2 publications

Abstract:
Sort:
  1. Nurul Fariza Rossle, Mohamed Kamel Abd Ghani, Anisah Nordin, Yusof Suboh, Noraina Ab Rahim
    MyJurnal
    Kajian ini dijalankan untuk memencilkan Acanthamoeba spp. daripada pelbagai persekitaran akuatik di Semenanjung Malaysia. Sebanyak 160 sampel diambil dengan 140 sampel menggunakan kaedah swab manakala 20 sampel lagi menggunakan kaedah pensampelan air dengan botol Schott 500 ml yang steril. Sampel swab diambil daripada kepala paip air (50), sinki (50), serta kolam renang (40) manakala sampel air diambil dari laut. Sampel swab diinokulasi secara terus ke atas agar tanpa nutrien (NNA) yang dilapisi dengan Escherichia coli matian haba secara aseptik. Sampel air dituras menggunakan membran turas bersaiz liang 0.45 µm sebelum membran turas itu dipindahkan secara aseptik ke atas piring NNA yang dilapisi dengan E. coli matian haba. Semua piring dieram pada suhu 30°C dan diperiksa setiap hari untuk kehadiran Acanthamoeba spp. sehingga hari ke-14 sebelum disahkan negatif. Secara keseluruhannya, terdapat 20% sampel yang positif untuk kehadiran Acanthamoeba. Acanthamoeba spp. paling banyak dipencilkan daripada sampel air laut dengan peratusan sebanyak 40% manakala paling sedikit dipencilkan daripada swab paip air dengan peratusan sebanyak 4% sahaja. Pencilan positif Acanthamoeba spp. daripada sinki dan kolam renang masing-masing adalah 20% dan 30%. Ketiga-tiga kumpulan genus Acanthamoeba dalam bentuk sista dapat ditemui dalam sampel yang diambil.
  2. Nurul Fariza Rossle, Mohamed Kamel Abd Ghani, Anisah Nordin, Yusof Suboh, Noraina Ab Rahim
    MyJurnal
    This study was carried out to observe thermotolerance ability of Acanthamoeba spp. A total of 32 Acanthamoeba spp. isolates obtained from water taps, sinks, swimming pools and sea water were used. Trophozoites of Acanthamoeba spp. were inoculated onto non-nutrient agar (NNA) seeded with heat-killed Escherichia coli using aseptic technique and incubated for 14 days at 30°C to obtain the cyst. The cysts were subcultured onto new agar plates for thermotolerance test at 37°C and 42°C. The plates were observed until 96 hours after incubation for excystation of Acanthamoeba before being declared negative. Overall, 81.25% of samples were able to excyst at 37°C while 37.5% were able to excyst at 42°C. Thermotolerant Acanthamoeba is associated with high pathogenicity potential.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links