Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Norazizah Abd Latif, Woi PJ, Nurul Hafizah Ahmad Rashaidi, Kaur S, Mohd Izzuddin Hairol
    Sains Malaysiana, 2017;46:1913-1921.
    Akuiti visual subjek ambliopia anisometropik sering disimulasi pada individu normal dengan mengkaburkan penglihatan
    fovea mereka. Walau bagaimanapun, prestasi akuiti visual periferi subjek ini tidak diketahui dan kaedah pengkaburan
    ini tidak semestinya dapat mensimulasi penglihatan periferi mereka. Untuk mendalami ketepatan kaedah ini, kami
    mengkaji akuiti dan bentuk zon interaksi ruang di fovea dan periferi retina subjek normal dan ambliopia anisometropik
    serta kesan pengkaburan pada akuiti subjek normal pada esentrisiti retina yang berbeza untuk dibandingkan dengan
    periferi subjek ambliopia. Akuiti diukur menggunakan Kaedah Rangsangan Malar untuk huruf Sheridan-Gardiner pada
    6 orang subjek normal dan 6 orang subjek ambliopia anisometropik. Kesan kesesakan diukur dengan membandingkan
    respons pengesanan huruf sasaran yang diapit oleh huruf lain yang diletakkan pada orientasi mendatar, menegak dan
    pepenjuru. Rangsangan dipaparkan pada fovea dan 2.5, 5 dan 10 darjah di medan penglihatan inferior. Selain itu,
    akuiti fovea 4 orang subjek normal dikaburkan supaya sepadan dengan akuiti fovea subjek ambliopia menggunakan
    kaedah pengkaburan optik dan penuras digital Gaussian. Subjek normal menunjukkan kemerosotan akuiti yang lebih
    besar dengan peningkatan esentrisiti retina (E2
    : 2.25±0.21) berbanding subjek ambliopia anisometropik (E2
    : 6.02±1.45).
    Kesemua subjek menunjukkan zon interaksi ruang yang tidak simetri di kesemua esentrisiti retina yang diuji. Interaksi
    antara jenis kabur dan esentrisiti retina adalah signifikan F(2.13,6.38)=4.93, p=0.049) tetapi akuiti subjek normal yang
    dikaburkan dengan kedua-dua kaedah pengkaburan tidak berbeza secara signifikan dengan akuiti subjek ambliopia.
    Zon interaksi ruang subjek ambliopia anisometropik adalah sama dengan subjek normal. Akuiti fovea subjek ambliopia
    anisometropik lebih teruk berbanding subjek normal kerana peningkatan pengkaburan intrinsik. Walau bagaimanapun,
    periferi subjek ambliopia adalah normal secara fungsian.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links