Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Azita Ahmad Zawawi, Shiba M, Hazandy Abdul Hamid, Mohd Zaki Hamzah, Pakhriazah Hassan Zaki
    Sains Malaysiana, 2012;41:1079-1086.
    Kajian mengenai corak susunan sel salur dijalankan terhadap struktur kayu Baeckea frutescens bagi menilai perbezaan ciri anatomi spesies tersebut akibat impak daripada aktiviti rekreasi di Gunung Tahan, Malaysia. Plot kajian bersaiz 20 m × 20 m dibina di tiga kawasan perkhemahan utama dan penilaian dijalankan di sub-plot yang mewakili kawasan
    terganggu dan kawasan kawalan. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan pada susunan dan struktur sel salur B. frutescens antara kawasan kajian. Keputusan menunjukkan spesies yang tumbuh di kawasan terganggu mempunyai saiz sel salur yang lebih tinggi dengan nilai 177.06 µm2 berbanding 106.40 µm2 di kawasan kawalan. Bagi parameter tumbesaran pokok, nilai purata diameter di keseluruhan kawasan terganggu adalah 2.10 berbanding 1.55 cm di kawasan kawalan manakala nilai purata bacaan tinggi pokok adalah 0.95± 0.04 dan 0.82 ± 0.06 m bagi kedua-dua kawasan. Kebanyakan kajian lepas menunjukkan ciri anatomi kayu adalah tertakluk kepada faktor genetik sesuatu spesies namun kajian ini menghasilkan pemerhatian yang menarik dan ia menunjukkan bahawa faktor genetik anatomi sesuatu spesies kayu itu boleh berubah sebagai tindak balas terhadap sebarang gangguan dan respons kepada perubahan ciri ekologi sesebuah kawasan.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links