Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Ismarulyusda Ishak, Hidayatulfathi Othman, Nihayah Mohammad, Syarif Husin Lubis, Zariyantey Abdul Hamid, Nur Zakiah Mohd Saat, et al.
    MyJurnal
    Pendedahan terhadap pestisid dapat menyebabkan penurunan paras unsur surih di dalam badan manusia. Unsur surih memainkan peranan penting dalam metabolisma tubuh. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji paras unsur surih selenium, zink dan kromium dalam kalangan pesawah yang terdedah kepada pestisid di Wilayah I, MADA, Perlis. Kajian keratan rentas ini melibatkan 70 orang pesawah dan 57 orang yang tinggal di perkampungan nelayan sebagai kumpulan kawalan yang berumur di antara 21 hingga 80 tahun. Maklumat sosiodemografi pesawah dilakukan melalui temuduga borang soal selidik yang telah divalidasi. Pemeriksaan tekanan darah dan glukosa darah pesawah dilakukan. Paras selenium, zink dan kromium sampel kuku dan rambut dianalisis dengan menggunakan kaedah penghadaman asid dan mesin Inductively Coupled Plasma-Mass Spectrometry (ICP-MS). Hasil kajian mendapati bahawa paras selenium pada rambut (5.11 ± 17.05 μg/L) dan kuku (4.92 ± 2.17 μg/L) adalah lebih rendah secara signifikannya (p < 0.05) berbanding paras selenium pada rambut (15.67 ± 10.59 μg/L) dan kuku (6.67 ± 2.81 μg/L) kumpulan kawalan. Paras kromium pada rambut (31.83 ± 15.17 μg/L) dan kuku (87.64 ± 23.30 μg/L) kumpulan pesawah juga didapati lebih rendah secara signifikannya (p < 0.05) berbanding paras kromium pada rambut (85.19 ± 56.90 μg/L) dan kuku (99.36 ± 56.89 μg/L) pada kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan paras unsur surih yang signifikan (p > 0.05) menurut tempoh pendedahan pestisid. Kesimpulannya, paras selenium dan kromium pada kuku dan rambut pesawah yang terdedah kepada pestisid adalah lebih rendah berbanding kumpulan komuniti nelayan.

Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links