Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Normah Awang, Rosalina Kasim, Hidayatulfathi Othman, Nurul Farahana Kamaludin
    MyJurnal
    Perkembangan penggunaan insektisid sebatian organostanum(IV) terhadap Aedes aegypti telah diterokai dan diuji keberkesanannya bagi mengatasi masalah kerintangan insektisid sedia ada. Kajian ini dijalankan bertujuan menguji kesan insektisidal iaitu larvisidal dan adultisidal dua siri baru sebatian difenilstanum(IV) dan trifenilstanum(IV) alkilfenilditiokarbamat ke atas Ae. aegypti di makmal. Keempat-empat sebatian iaitu difenilstanum(IV) etilfenilditiokarbamat (DFEF), trifenilstanum(IV) etilfenilditiokarbamat (TFEF), difenilstanum(IV) butilfenilditiokarbamat (DFBF) dan trifenilstanum(IV) butilfenilditiokarbamat (TFBF) telah dijalankan ujian bioasai larvisidal ke atas larva instar ketiga Aedes aegypti. Kajian lanjutan diteruskan bagi sebatian yang telah menunjukkan aktiviti larvisidal terbaik untuk menguji kesan adultisidnya ke atas nyamuk betina Aedes aegypti. Hasil ujian bioasai larvisidal, didapati sebatian TFEF menunjukkan kesan larvisidal terbaik dengan nilai LC50 dan LC90 pada 0.082 ppm dan 0.184 ppm masing-masing. Sementara itu, sebatian TFBF juga menunjukkan kesan larvisidal yang baik dengan nilai LC50 dan LC90 masing-masing pada 0.108 ppm dan 0.273 ppm manakala kedua-dua sebatian DFEF dan DFBF didapati tidak menunjukkan kesan larvisidal yang baik. Ujian adultisidal pula, sebatian TFEF didapati tidak menunjukkan kesan adultisidal yang baik dengan nilai LC50 dan LC90 masing-masing yang agak tinggi iaitu 31,556.03 ppm dan 98,427.05 ppm. Walaupun sebatian TFEF didapati tidak menunjukkan kesan adultisid yang baik, ianya sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai larvisid. Namun begitu, kajian lanjutan perlu dilakukan untuk menjelaskan dan memastikan sebatian ini selamat digunakan sebagai larvisid.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links