Displaying all 3 publications

Abstract:
Sort:
  1. Mord Yusof Othman, Saleem H. Zaidi, Kamaruzzaman Sopian, Marhama Jelita
    Sains Malaysiana, 2014;43:575-582.
    Analisis terma dan prestasi modul fotovoltan semi-lutsinar yang dipasang pada tetingkap dwi kaca (TDK) telah dikaji. Di dalam TDK terjadi pemindahan haba olakan yang disebabkan oleh perbezaan suhu. Perisian COMSOL digunakan untuk menyelesaikan model matematik dengan empat jenis gas yang berlainan disimulasikan untuk mengisi ruang dalam TDK iaitu udara, argon, kripton dan xenon. Ruang dalam TDK diubah antara 5 hingga 100 mm. Keadaan cuaca di Kuala Lumpur, Malaysia telah digunakan. Modul fotovoltan yang digunakan untuk kajian simulasi ialah jenis silikon amorfus (Si-a). Kajian ini mendapati penggunaan gas xenon dalam ruang TDK memberikan prestasi maksimum dalam mengurangkan beban penyejukan. Ketebalan optimum ruang TDK bergantung kepada jenis gas yang digunakan dan secara umumnya berada dalam julat 10 hingga 20 mm.
  2. Suhaila Sepeai, Wan Zulhafizhazuan, Cheow SL, Ludin N, Ibrahim M, Sopian K, et al.
    Sains Malaysiana, 2017;46:1943-1949.
    Sel suria adalah peranti semikonduktor yang menukar tenaga matahari kepada tenaga elektrik. Sel suria generasi
    pertama terdiri dari sel suria silikon (Si). Pada masa ini, hampir 90% daripada pasaran pengeluaran fotovolta (PV)
    adalah berdasarkan wafer Si. Ini disebabkan oleh kecekapan dan ketahanan yang tinggi serta jangka hayat yang
    lama iaitu selama 30 tahun. Proses pemfabrikasian piawai bagi sel suria Si dimulakan dengan proses pencucian dan
    penteksturan wafer Si, difusi Fosforus untuk pembentukan pemancar, pembentukan elektrod atas dan bawah melalui
    proses cetakan skrin dan proses pembakaran yang melengkapkan fabrikasi sel suria. Dalam industri, proses piawai
    ini dilakukan pada wafer Si jenis-p. Wafer jenis-n pula mempunyai potensi yang tinggi untuk menghasilkan sel suria Si
    yang berkecekapan tinggi. Namun, proses untuk menghasilkan sel suria silikon atas Si wafer jenis-n melalui proses yang
    lebih rumit dan lama seperti dua peringkat proses difusi menjadikan wafer jenis-p digunakan secara meluas kerana
    dapat merendahkan kos pemfabrikasian. Dalam penyelidikan ini, analisis bagi arus-voltan bagi sel suria Si jenis-n yang
    difabrikasi menggunakan adaptasi proses fabrikasi piawai bagi wafer Si jenis-p akan dibincangkan. Daripada kajian
    simulasi menggunakan perisian PC1D, didapati bahawa kecekapan bagi sel suria jenis-p dan jenis-n yang difabrikasi
    dengan kaedah yang sama adalah 19.63% dan 20.16%. Manakala keputusan eksperimen menunjukkan kecekapan
    sebanyak 9.44% dan 5.51% bagi sel suria jenis-p dan jenis-n.
  3. Nurul Aqidah Mohd Sinin, Mohd Adib Ibrahim, Suhaila Sepeai, Mohd Asri Mat Teridi, Norasikin Ahmad Ludin, Kamaruzzaman Sopian, et al.
    Sains Malaysiana, 2018;47:789-795.
    Sel suria digunakan untuk menawan foton untuk menjana tenaga. Walau bagaimanapun, penambahbaikan sel diperlukan
    untuk meningkatkan jumlah penangkapan foton dan juga untuk meningkatkan kecekapan sel. Ini melibatkan keseluruhan
    proses pembuatan sel, dengan proses penyepuhlindapan adalah salah satu daripada langkah penting yang perlu
    dioptimumkan. Percetakan perlogaman menggunakan dwi pembakaran merupakan kaedah yang paling biasa digunakan
    dalam penghasilan sel suria kristal secara komersial. Aluminium (Al) digunakan pada bahagian belakang sel sebagai
    medan permukaan belakang dan penyambung belakang manakala perak (Ag) dicetak pada bahagian hadapan sebagai
    grid pemungut. Proses dwi pembakaran bagi komponen ini adalah penting dalam menentukan kecekapan sel. Oleh itu,
    dalam kajian ini, rawatan pembakaran telah dikaji dengan menggunakan relau tiub kuarza (QTF) dengan perubahan
    suhu pembakaran (700, 750, 800 and 850°C) sebagai satu percubaan untuk mendapatkan kecekapan yang tinggi serta
    meningkatkan kesan pemirauan persimpangan Ag. Apabila suhu meningkat, sifat elektrik sel suria dwi-muka juga turut
    meningkat. Kebergantungan suhu menunjukkan rintangan pirau yang tinggi disebabkan oleh proses penyejukan yang
    pantas selepas proses pembakaran dan seterusnya membawa kepada faktor isi dan kecekapan sel yang tinggi.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links