Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Normah Awang, Siti Musslihah Shahidi, Asmah Hamid, Nurul Farahana Kamaludin
    MyJurnal
    Kesan sitotoksik sebatian organostanum (IV) terhadap pelbagai sel kanser telah dikaji oleh para saintis di seluruh dunia.Dalam kajian ini,dua sebatian baru organostanum (IV) iaitu difenilstanum (IV) etilfenilditiokarbamat (DFEF) dan difenilstanum (IV) butilfenilditiokarbamat (DFBF) telah diuji kesan sitotoksiknya terhadap sel eritroleukemia, K562. Sel eritroleukemia, K562 merupakan sel sasaran manakala, sel hepar Chang dan sel fibroblas V79 pula digunakan untuk menilai kesan kedua-dua sebatian ini terhadap sel bukan kanser. Kesan sitotoksik sebatian DFEF dan DFBF diuji menggunakan ujian asai 3-(4,5-dimetiltiazol-2-il)-2, 5-difeniltetrazolium bromida (MTT) dengan masa pendedahan 24 jam, 48 jam dan 72 jam pada kepekatan sebatian yang berbeza. Pemerhatian terhadap perubahan morfologi juga dilakukan menggunakan nilai IC50 yang diperolehi pada masa pendedahan seperti ujian asai MTT. Ujian sitotoksisiti telah menunjukkan sebatian DFEF dan DFBF adalah sangat toksik terhadap sel K562 dengan nilai IC50 kurang daripada 10 μM untuk ketiga-tiga masa pendedahan.Indeks pemilihan juga membuktikan bahawa kedua-dua sebatian memberikan kesan sitotoksik secara memilih terhadap sel K562 pada masa 48 jam dan 72 jam, tetapi pada masa 24 jam, sebatian ini bertindak secara tidak memilih terhadap sel K562 dan sel bukan kanser. Perubahan morfologi yang diperhatikan adalah menyerupai ciri-ciri apoptosis seperti pengecutan sel dan pembentukan jasad apoptotik dan juga nekrosis seperti sel lisis. Kesimpulannya, sebatian difenilstanum (IV) alkilfenilditiokarbamat berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen antileukemia tetapi mekanisma khusus tindakan sebatian ini terhadap sel K562 perlu dikaji pada masa akan datang untuk menjelaskan potensi sebatian ini sebagai dadah antikanser yang baru.


Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links