Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Zulfahmi Ali Rahman, Sahibin Abd. Rahim, Wan Muhd Razi Idris, Jasni Yaakob
    Sains Malaysiana, 2007;36(2):105-116.
    Secara geologi, kawasan Cameron Highland terdiri daripada batuan granit batolit yang merejah ke dalam batuan sedimen yang lebih tua. Rejahan jasad igneus asidik ini menyebabkan pembentukan batuan meta-sedimen dan batuan metamorfik lain sebagai sisa bumbung. Sekis sering ditemui telah mengalami luluhawa tinggi hingga sepenuhnya, berwarna kelabu cerah hingga gelap dengan butiran halus hingga sederhana dan struktur foliasi yang ketara. Manakala batuan granit mengandungi mineral kuarza, felspar dan butiran biotit dan/atau turmalin. Kebanyakan cerun potongan jalan raya yang dibina merentasi jasad batuan ini dan survei ketidakstabilan cerun dilakukan berdasarkan jenis, geometri dan cirian fiziko-kimia tanah cerun. Hasil cerapan lapangan menunjukkan bahawa jenis cerun yang gagal adalah jenis cerun tanah yang terdiri daripada jenis gelinciran cetek dan dalam. Antara faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan cerun adalah geometri cerun seperti cerun yang tinggi dan sudut muka cerun yang curam, sifat keperoian tanah pada cerun dan kekurangan litupan vegetasi permukaan. Ini menyebabkan permukaan cerun terdedah kepada hentaman terus hujan. Kesan daripada air larian permukaan juga menyebabkan pembentukan alur-alur hakisan pada muka cerun tanah. Sifat fiziko-kimia bahan cerun (tanah) seperti taburan saiz partikel, pH, kandungan ferum oksida, bahan organik, kandungan air, ketumpatan pukal dan sebenar serta keporosan juga didapati memainkan peranan sebagai faktor yang dalaman dalam mempengaruhi kestabilan cerun tertentu yang dikaji. Julat pH tanah yang rendah (sifat asidik) pada semua cerun mengurangkan kandungan ferum oksida dalam tanah yang bertindak sebagai bahan penyimen tanah. Ini menyebabkan agregatan tanah menjadi lemah dan mudah terhakis.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (tengcl@gmail.com)

External Links