Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Widianingsih
    MyJurnal
    Tujuan kajian ini adalah untuk menilai sifat-sifat fizikokimia Radix Glycyrrhizae sebagai bahan eksipien untuk pembuatan tablet dengan kaedah pemampatan terus dan membandingkannya dengan eksipien komersil iaitu laktosa, selulosa mikrohablur (MCC) dan kalsium laktat pentahidrat (Puracal). Saiz partikel untuk semua sampel yang digunakan dalam kajian ini dihadkan pada 200-250µm. Hasil imbasan elektron mikroskop menunjukkan partikel Radix Glycyrrhizae mempunyai kepelbagaian saiz dan bentuk yang tidak seragam seperti laktosa berbanding MCC yang lebih bersifat jejarum dan Puracal yang bersifat sfera dan poros. Keupayaan sampel untuk dimampatkan, ketumpatan partikel sampel, kesan kelembapan ke atas tegasan pengenduran dan keliangan tablet diuji serta dibandingkan dengan eksipien komersil yang lain. Sifat ikatan dari sampel Radix Glycyrrhizae ini pula dikaji dengan menghitung kekuatan tegangan melalui kaedah pemampatan diametral dan turut dilakukan perbandingan. Radix Rlycyrrhizae memiliki ketumpatan sebenar serbuk iaitu 1.5746 g/cc manakala laktosa, selulosa mikrohablur dan kalsium laktat pentahidrat masing-masing 1.5476, 1.6654 dan 1.3506 g/cc. Radix Rlycyrrhizae juga di dapati mempunyai daya ketermampatan yang sederhana sebagaimana laktosa berbanding Puracal dan MCC yang jauh lebih baik sifatnya. Kajian kesan kelembapan menunjukkan kekuatan tablet Radix Glycyrrhizae, Puracal, laktosa dan MCC dipengaruhi perubahan suhu. Hasil kajian analisis Heckel pula menunjukkan bahawa Radix Glycyrrhizae bersifat aliran plastik sebagaimana MCC manakala laktosa dan Puracal lebih bersifat rapuh. Keputusan ujian ke atas sifat pemampatan dan pemadatan mendapati bahawa Radix Kesimpulannya, Radix Glycyrrhizae boleh digunakan sebagai eksipien dalam pembuatan tablet melalui kaedah pemampatan terus dan ciriciri fisikokimianya sebagai eksipien adalah setanding dengan eksipien komersial.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links