Displaying 1 publication

Abstract:
Sort:
  1. ZULAIHA AHMAD TAJUDDIN
    MyJurnal
    Tulisan ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pelaksanaan aktiviti dakwah terhadap pekerja Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sektor pembuatan dan perkhidmatan milik Bumiputra Muslim. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Bagi mendapatkan maklumat, borang kaji selidik diedarkan kepada 300 responden. Mereka terdiri daripada pekerja kilang berjawatan semua peringkat. Kajian ini menggunakan pesampelan rawak telah mudah dipilih bagi mendapatkan maklumat responden. Instrumen kajian merangkumi pencapaian aktiviti dakwah di kilang. Seterusnya data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah deduktif. Maklumat kajian ini diperolehi menerusi kaedah pemerhatian pengkaji terhadap premis kilang dan suasana budaya kerja di premis terbabit. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti dakwah telah dilaksanakan dengan kekerapan seminggu sekali. Nilai min bagi pelaksanaan aktiviti dakwah ialah 2.57. Ini merupakan suatu pencapaian yang baik. Program tersebut ialah ceramah, tazkirah, kelas pengajian fardu ‘ain, bacaan al-Qur’an, zikir, solat sunat, nasyid dan program menghafal doa harian. Sebagai kesimpulan, pencapaian aktiviti dakwah yang dilaksanakan di IKS merupakan suatu motivasi kepada pekerja supaya sentiasa mematuhi kehendak agama dalam segenap kehidupan ketika bekerja mahupun di luar waktu bekerja. Kajian ini juga memberi garis panduan dan persefahaman antara majikan dan pekerja ketika pelaksanaan aktiviti dakwah kerana menerusi aktiviti dakwah dapat melahirkan pekerja berkualiti dan meningkatkan produktiviti IKS
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links